Skip to main content
THEATER MODE

Tonton Online Filem Polis Evo 3 (2013)

Polis Evo 3: Menggegarkan Pawagam!

Filem aksi blockbuster terlaris, Polis Evo, kembali untuk melengkapkan triloginya dengan Polis Evo 3. Filem ini akan temui penonton di seluruh pawagam di Malaysia, Singapura, dan Brunei mulai 25 Mei ini!

Polis Evo 3 mengembalikan Zizan Razak dalam peranannya sebagai Inspektor Sani dan Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai. Pelakon lain yang menambah "keluarga Polis Evo" adalah Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana.

Tidak ketinggalan, filem ini turut mempersembahkan penampilan istimewa oleh pelakon terkenal Malaysia seperti Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor, Daniel Cheang, Isha Norsham ERA, Zukieeeee dan Dato’ Afdlin Shauki yang pasti akan memikat penonton.

Bermula dengan filem Polis Evo (2015) yang meraih kutipan RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) dengan kutipan RM25 juta, Polis Evo 3 kali ini diarahkan oleh pengarah filem pecah panggung, Syafiq Yusof, dan dihasilkan oleh rumah produksi BlackFlag. Ini juga merupakan kali pertama filem Polis Evo melibatkan tiga penerbit besar Malaysia - Astro Shaw, Skop Productions dan TGV Pictures.

Lagu tema filem ini, bertajuk "AYUH," merupakan karya ciptaan komposer rap terkenal, Malique, atau turut dikenali sebagai Mr General. Turut ditulis oleh Adeep Nahar dan lirik oleh Malique, Kmy Kmo, Aman Ra, lagu ini dinyanyikan oleh Malique, Kmy Kmo, Aman Ra dan penyanyi hebat, Ernie Zakri. Lagu berirama 'up beat' ini pasti akan mengajak semua peminat untuk menikmati setiap bait liriknya dari awal hingga akhir. Ini merupakan kemunculan pertama Malique dalam enam tahun tanpa merakam lagu.

Filem Polis Evo 3 Raih Kutipan Tinggi

Filem Polis Evo 3 terus menunjukkan kecemerlangannya dengan meraih kutipan sebanyak RM16 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan di seluruh Malaysia, termasuk Brunei dan Singapura.

Hasil yang diperolehi oleh filem arahan pengarah Syafiq Yusof itu telah mengatasi kutipan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang mencatat kutipan sebanyak RM12.2 juta semasa minggu pembukaannya selepas fasa pandemik.

Raja Jastina Raja Arshad, Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, mengatakan kejayaan ini menunjukkan penerimaan penonton terhadap filem tempatan adalah tinggi dan setanding dengan filem-filem antarabangsa.

“Alhamdulillah atas kejayaan luar biasa ini yang membuktikan penonton kita masih mempercayai filem tempatan serta mahukan filem berkualiti. Jutaan terima kasih kepada semua penonton kerana sokongan padu anda, menjadi nadi untuk filem Malaysia terus bernafas dan melangkah setanding naskhah luar negara,”

Jumlah kutipan filem ini, yang memakan belanja sebanyak RM6 juta, dijangka akan terus meningkat memandangkan musim cuti sekolah yang bermula minggu ini.

Polis Evo 3, yang dibintangi oleh Zizan Razak dan Shaheizy Sam, juga menampilkan pelakon-pelakon hebat lain seperti Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi dan Eyka Farhana.

Sebagai makluman, filem Polis Evo pertama yang ditayangkan pada tahun 2015 telah mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama yang menembusi kutipan box office dengan kutipan lebih RM18 juta, manakala Polis Evo 2 (2018) berjaya mengumpul sebanyak RM23 juta.



Polis Evo 3: Maklumat Filem

Genre: Aksi / Komedi

Tarikh Tayangan: 25 Mei 2023

Skrip: Kyle Goonting, Joel Soh, Abhilash Chandra, Bernice Low, Anwari Asraf

Pengarah: Syafiq Yusof

Dipersembahkan: Astro Shaw, Skop Productions, TGV Pictures

Syarikat Produksi: BlackFlag

Watak Pelakon

  • Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai
  • Zizan Razak sebagai Inspektor Sani
  • Sharnaaz Ahmad sebagai Reza
  • Syafiq Kyle sebagai Inspektor Dani
  • Fara Ali Khan sebagai Inspektor Julie
  • Douglas Lim sebagai Inspektor Dell
  • Nora Danish sebagai Anis
  • Eyka Farhana sebagai Yati
  • Fauzi Nawawi sebagai ACP Farouk
  • Fezrul Khan sebagai Inspektor Faizal

Sinopsis Polis Evo 3

Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini, pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Sebuah letupan di Pulau Pinang yang telah membunuh ratusan mangsa termasuk seorang anggota polis kini dalam siasatan Inspektor Sani dan Khai.

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila mereka menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.


Polis Evo 3: Inspektor Khai dan Inspektor Sani Menghadapi Tugas Baru

Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali untuk tugas baru. Kali ini, mereka berkerja bersama Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang masing-masing mempunyai keahlian tertentu. Mereka kini sedang menyiasat suatu letupan besar di Pulau Pinang yang telah meragut nyawa ratusan orang, termasuk seorang dari anggota polis.

Situasi menjadi semakin sukar apabila Inspektor Khai menjadi sasaran seterusnya. Hubungan persahabatan antara Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji bila mereka menyedari bahawa orang yang mereka kejar ini sebenarnya ada kaitan dengan masa lalu Inspektor Khai.


Comment Policy: Please write your comments that match with the topic on this this page's posts. Comments that contain links will not be displayed.
Buka Komentar
You Might Also Like:
Loading...