Skip to main content
THEATER MODE

Tonton Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal Full Movie Online


Tonton Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal Full Movie Online : Siapa yang tidak kenal dengan watak animasi Upin dan Ipin? Bukan sahaja kanak-kanak meminati watak animasi tersebut filem animasi itu juga telah dapat menarik semua golongan penonton tidak kira peringkat umur.

Kalau sebelum ini Filem Upin & Ipin pernah diterbitkan dan mendapat sambutan yang menarik bukan sahaja di negara Malaysia, bahkan negara luar juga tidak ketinggalan untuk menikmati filem animasi itu untuk hiburan bersama keluarga.

Selain Malaysia, watak dan filem animasi Upin & Ipin mendapat perhatian yang banyak di negara seperti Indonesia,Brunei,Singapore dan lain-lainnya.

Terbaharu, Filem Upin & Ipin yang bertajuk Keris Siamang Tunggal telah diterbitkan oleh syarikat yang menerajui filem tersebut iaitu Les' Copaque Production Sdn Bhd.

Filem animasi Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal ini ditayangkan di pawagam bermula 21 Mac 2019. Filem yang mana telah menelan kos sebanyak RM 20 juta ini menggunakan sepenuhnya kepakaran anak-anak tempatan.

Menariknya filem ini turut mengetengahkan watak-watak dongeng seperti Bawang Putih Bawang Merah, Raja Bersiong, Pak Belalang dan Mat Jenin.


Informasi Penuh Tentang Tonton Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal Full Movie Online

Sinopsis Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Mengisahkan bagaimana Upin dan Ipin bersama rakan-rakannya terperangkap dalam keris mistik yang dijumpai dalam bilik stor Tok Dalang dan terus membawa mereka ke sebuah kerajaan Inderaloka. Semasa mencari jalan kembali ke Kampung Durian Runtuh, mereka membantu memulihkan kerajaan itu kembali ke bekas kemuliaannya. Pengembaraan itu membawa mereka bertemu pelbagai watak dongeng popular tempatan antaranya Mat Jenin, Si Tanggang, Bawang Putih Bawang Merah dan Pak Belalang.

Tajuk: Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal
Tarikh Mula Tayangan: 21 Mac 2019
Genre: Fantasi, Kembara, Keluarga
Pengarah: Ahmad Razuri Roseli, Adam Amiruddin, Syed Nurfaiz Khalid
Terbitan: Les' Copaque Production Sdn Bhd
Idea Asal: Hajah Ainon Binti Ariff, Nur Naquyah Burhanuddin, Aliya Nazlan
RATING/PENILAIAN KAMI: ★★★★☆


Comment Policy: Please write your comments that match with the topic on this this page's posts. Comments that contain links will not be displayed.
Buka Komentar
You Might Also Like:
Loading...