Skip to main content
THEATER MODE

Gaji ayah 40K Akan Tapi dia kedekut. Masa aku kecil ayah ada beli tanah, terkejut aku bila tanah tu dah jadi apa sekaarang. Kat sini rupanya duit dia habis.


Gaji ayah 40K Akan Tapi dia kedekut. Masa aku kecil ayah ada beli tanah, terkejvt aku bila tanah tu dah jadi apa sekaarang. Kat sini rupanya duit dia habis. :

Aku nak cerita pasal ayah aku. Kami ni hidup sederhana. Aku ada 5 adik beradik. Ayah ada sebuah rumah, sebiji kereta dan sebiji motor. Dulu masa kecik2 aku selalu ikut ayah aku. Sebab kalau ikut dia, dia pasti bawa makan cendol lepas tu. Memang kegemaran aku lah tu. Ada satu masa tu aku dan ayah aku pergi ke tempat jual van.

Aku tak ingat sangat kat mana tapi memang banyak van kat situ. Ayah aku beli 5 buah van masa tu. Aku pun seronok lah sebab ingat setiap adik beradik dapat satu van. Comel juga fikiran masa kecik2. Tapi meh. Tak pernah tengok dah pun van tu lepas tu.

Lepas tu seingat aku masa aku darjah 5 macam tu, kami memang selalu pergi ke kawasan perumahan baru, pergi ke tanah2 lapang. Ada tempat yg aku memang masih ingat. And ayah aku ada lah bincang2 dengan dengan orang yg jual rumah tu.

Aku rasa ayah aku beli lah kot. Sebab aku duk main kat taman permainan ngan adik aku so tak tau apa jadi. Masa kat tanah lapang tu pulak, aku tanya lah ayah aku. Buat apa pergi ke tanah lapang ni? Ayah aku jawab tu tanah ayah aku. Dia saja nak tengok2.

Sampailah aku dah masuk tingkatan satu, aku nak daftar masuk sekolah menengah. Jadi masa tu ada lah borang yg tanya berapa gaji ibu dan ayah kan. Bila aku tengok slip gaji ayah aku, aku mcm tak percaya. Yelah, gaji ayah aku 40K kot sebulan. Tu gaji bersih dah tu. Ibu aku surirumah. Ayah tak bagi kerja.

Aku mula terfikir lah, kalau duit banyak macam tu, kenapa hidup kami tak semewah orang2 lain. Dah lah masa tu masa smartphone baru diperkenalkan, aku minta ayah aku beli, tapi yg dia beli cuma handphone nokia yg murah tu je. Tak puas hati la aku. Tapi aku akur jelah. Lagipun masa tu aku sekolah berasrama penuh. Takde masa pun nak main smartphone apa semua.

Lepas tu aku ni teringin sangat nak pergi negara yang ada salji. Tapi ayah aku tak nak pun bawa. Kami cuma pernah pergi umrah je beberapa kali. Disebabkan aku teringin sangat sangat nak main salji, so aku merajuk ngan ayah aku. Bila aku dah habis SPM aku pergi ambil lesen memandu and dah boleh drive lah masa tu. Jadi long short story, aku try siasat ke mana sebenarnya duit ayah aku ni. Aku ajak adik aku masa tu.

Aku cuba lah pergi balik tempat kawasan tanah ayah aku yg dia bawa aku tu dulu, tengok2 ada signboard “Tanah Perkuburan Islam” kat situ. Aku pun jadi keliru, betul ke tanah ni tanah ayah aku dulu. Then aku balik. Next day aku pergi pulak tempat kawasan perumahan yang ayah aku bawa tu.

Aku masih ingat tempat tu sebab selang beberapa dari rumah tu ada taman permainan. Bila dah sampai tu, aku tengok ada tiga buah rumah dicat dengan warna yang sama, and ada banner “Kelas Mengaji Al Quran”. Lepas tu aku tengok ada ustaz keluar dari rumah tu. Dan ustaz tu lah yg ajar kami adik beradik mengaji dulu. Tapi ustaz tu yg datang ke rumah aku. Memang keliru juga lah aku ngan adik aku.

Kami terus balik rumah, then aku bagitau lah ibu aku tentang semua yg dah jadi. Ibu aku cakap memang ayah aku beli tiga buah rumah kat kawasan tu, untuk orang belajar mengaji. Free je belajar situ. Upah untuk ustaz2 tu sampai sekarang ayah aku yang bayar. Tanah tu pulak ayah aku wakafkan untuk perku buran Islam. Ibu aku kata nak diperbesarkan lagi ku bur tu.

Ingat tak 5 buah van yg ayah aku beli tu? Rupanya van2 tu adalah van jena zah yg diagihkan ke 5 buah surau. Murahnya hati ayah aku. Sangat kaya hati ayah aku. Ayah aku tak pakai pun kekayaan dia untuk diri dia sendiri. Tak pernah tengok dia beli baju untuk diri sendiri. Beli baju pun untuk ibu aku dan kami adik beradik. Padahal dia terlebih mampu. Kami adik beradik pun tak dimewahkan oleh ayah. Kami sangat jarang makan luar. Sebab ayah aku sangat suka makan masakan ibu.

Kami adik beradik pun memang ayah ajar untuk selalu bersedekah. Setiap kali pergi masjid, mesti setiap seorang akan diberi seringgit untuk masuk dalam tabung. Dah lah duit seringgit tu semua duit baru. Aku syak ayah aku memang sengaja tukar duit seringgit2 kat bank khas untuk anak2 dia bersedekah. Haha. Mesti korang tertanya2 apa pekerjaan ayah aku kan? Dia kerja nun di tengah laut. Beberapa kali setahun sahaja kami akan berjumpa. Tu jelah daripada aku. Assalamualaikum.

Assalamualaikum semua. Aku nak share tips2 yang ibu, ayah, ayah saudara dan datuk aku ajar dalam bersedekah. Semoga kita semua juga Allah jadikan orang2 yang pemurah.

1. Sematkan dalam dada anak2 sejak kecil lagi utk belajar dan berusaha bersungguh2 supaya suatu hari nanti boleh tolong orang susah, dan bantu agama Allah. Ibu ayah tak pernah ajar aku untuk mengejar dunia.

2. Ceritakan pada anak2 kisah Umar Al Khattab, Abu Bakar, Khadijah. Mereka ini memang sangat2 kaya dan juga dermawan. Ada yg menderma seluruh hartanya untuk Islam. Dan sebab tu lah nama aku Umar, sbb ayah aku suka peribadi Umar. Haha.

3. Jangan sesekali rasa duit semakin sikit jika bersedekah. Itu salah sama sekali. Allah dah janji dalam al-Quran, siapa yg bersedekah, rezeki nya akan dilipat gandakan. Sesungguhnya Allah itu Maha Nyata dan Maha Benar.

4. Beri duit untuk anak2 bersedekah. Sedekah lah pada peminta sedekah dan juga masjid. Sikit pun takpe. Disebabkan itu, anak2 akan rasa pelik tiap kali mereka tidak bersedekah. Dan jangan lupa untuk ajar anak menyembunyikan sedekah.

5. Jangan kalah pada hasutan syaitan. Pernah tak masa nak sedekah certain amount, contoh RM 10, tiba2 terfikir, ehh banyak sangat ni, lepas ni nak kena beli macam2 lagi. Itu adalah hasutan syaitan yang direjam. Jangan kalah. Double kan jumlah kalau mampu. Sedekah RM 20. Biar syaitan itu kalah.

6. Jangan pernah rasa “aku tak kaya, macam mana nak bersedekah”. Jangan sesekali. Contoh dalam wallet ada RM 10. Sedekah lah seringgit. Dan ada banyak lagi cara bersedekah sebenarnya, bukan hanya pada wang semata2.

7. Beli makanan untuk haiwan. Dan berilah pada mereka di jalanan. Salah satu sedekah yg baik adalah sedekah yg membuatkan makhluk Allah itu kenyang.

8. Anak2 yatim jangan dilupa. Kalau ada buat jamuan, jemputlah mereka, layanlah seperti raja. Atau beri sahaja sumbangan terus pada institusi mereka.

9. Ajar anak2 ayat Quran dan hadis yg berkaitan dengan sedekah. Surah al-Baqarah banyak mengatakan manfaat sedekah. Sedekah memang boleh memanjangkan umur seseorang menurut hadis. Bayangkan kau sepatutnya mati hari ini, tapi disebabkan sedekah kau semalam, Allah panjangkan umur untuk bertaubat. Nikmat manakah yg kau ingin dustakan?

10. Sedekahlah pada keluarga juga. Nafkah pada isteri dan anak2 jangan diabai. Berilah belanja untuk ibu ayah di kampung. Walaupun ibu ayah itu termasuk kategori terlebih mampu. Ayah saudara aku tiap bulan akan bank in certain amount pada semua anak2 saudaranya sebagai duit belanja.

11. Last sekali, belanja orang makan. Datuk aku suka belanja orang makan sampai semua orang makan di restoran itu dia yg bayar. Memang contoh yg baik untuk cucunya.

Marilah bersedekah. Jika kau bersedekah, kau akan semakin kaya dan terus kaya. Kaya apa? Kaya jiwa, kaya amalan dan kaya saham akhirat. Kaya harta dunia tu biar Allah yg uruskan. Terima kasih. Assalamualaikum.


Ikuti Kami Di Media Sosial

Jangan lupa LIKE dan FOLLOW SEE FIRST Facebook Page Kami Di Sini. Dan jadilah sebahagian komuniti kami dengan menyertai kumpulan/group facebook kami yang kini mencecah hampir 300,000 ahli Di Sini.

Dengan berbuat demikian anda akan menjadi dikalangan antara orang yang terawal mengetahui informasi dan maklumat terkini. Cubalah kerana ianya adalah percuma!

×


Kami menghormati secara total tentang hak privasi anda. Walaupun begitu, kami juga sarankan anda membaca terlebih dahulu dasar-dasar privasi yang telah ditetapkan pada laman ini di sini.

Dan dengan melayari laman ini juga kami beranggapan anda sudah pun bersetuju dan paham serta jelas dengan membaca keseluruhan isi kandungan tentang dasar privasi yang ditetapkan pada laman ini.
Untuk makluman juga, anda perlulah terlebih dahulu menyemak terma dan syarat yang terkandung dalam laman ini di sini.

Oleh kerana itu, kami beranggapan dengan melayari laman ini anda juga sudah pun membaca dan bersetuju sepenuhnya dengan terma dan syarat laman ini.
Sebarang kekeliruan atau kemusykilan silahkan hubungi kami. Dan kami juga akan membalas sebarang pertanyaan ataupun apa sahaja yang diajukan kepada kami dari anda dengan kadar yang segera.

Mungkin dengan segala maklumat dan informasi juga panduan yang telah kami sediakan ianya boleh menjadi rujukan anda pada bila-bila masa.

Sebagai kesimpulan, laman ini hanyalah menyediakan maklumat yang telah kami dapati dari laman-laman sumber lainnya dan anda mungkin juga sudah sedia maklum tentang perkara tersebut.

Apapun yang paling penting ialah maklumat yang disalurkan itu sahih dan telah pun disemak kebenarannya. Seterusnya anda boleh hubungi kami dengan layari pautan ini.

Sumber: Rujukan | Gambar Hiasan | Video Lampiran

Comment Policy: Please write your comments that match with the topic on this this page's posts. Comments that contain links will not be displayed.
Buka Komentar
You Might Also Like:
Loading...