Skip to main content
THEATER MODE

Zamani Slam Terkelu Ketika Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-5

Zamani Slam Terkelu Ketika Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-5 : Zamani vokalis dari kumpulan SLAM yang mengikuti pertandingan realiti yang mana rancangan tersebut ialah Gegar Vaganza terbitan Astro.

Dalam persembahan malam tadi iaitu pada konsert ke 5, suara Zamani tidak keluar seakan terkelu selepas sahaja cuba melontarkan suara pada lirik pertama. Pun begitu semua penonton dalam dewan yang menyaksikan serta juri memberi sokongan agar meneruskan acara tersebut.

Ramai tertanya-tanya apa sudah jadi dengan Zamani yang nampak sedikit menggeletar dan pengacara program tersebut Nabil dan Jihan menyatakan bahawa keadaan Zamani tidak berapa sihat sehingga menjejaskan suara serta persembahan beliau pada malam itu.

Zamani Slam Terkelu Ketika Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-5

Konsert Gegar Vaganza Minggu ke lima ini menyaksi penyanyi terkenal Zamani tidak dapat menyanyi di pentas kerana tiada suara.

Zamani ditugaskan untuk membawa lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta nyanyian asal Flybaits.

Sewaktu Zamani membuka mulut untuk menyanyikan baris pertama lagu, kelihatan penyanyi itu sukar untuk mengeluarkan suaranya.

Penonton di dewan terkejut dengan situasi yang berlaku tetapi mereka turut sama membantu menyanyikan lagu itu. Zamani terdiam dan hanya merenung lantai pentas.

Juri tetap Datuk Khatijah Ibrahim dan juri jemputan, AC Mizal turut bangun dan sama-sama menyanyi untuk Zamani.

Setelah selesai membuat tempatan, ketiga-tiga juri memberi komen-komen mereka. Antara kata-kata Datuk Khatijah Ibrahim dan AC Mizal, Zamani tetap Zamani, walau pun tak boleh menyanyi tetapi orang tetap suka.

Datuk Ramli MS pula meminta Zamani menyanyi rangkap pertama dengan kod yang rendah. Zamani tetap mencuba untuk keluarkan suara tetapi masih tidak boleh menyanyi dengan baik.

Menurut Datuk Ramli MS suara Zamani telah terkoyak teruk dan meminta untuk mengadakan perbincangan dengan pihak produksi tentang status Zamani dalam program berkenaan kelak.

Zamani kelihatan sebak dan mengalirkan air mata. Penonton di dewan juga turut sebak menonton apa yang berlaku di atas pentas. Walau pun mempunyai masalah kesihatan, Zamani tetap berani naik ke pentas.

Pengacara Gegar Vaganza, Nabil Ahmad dan Jihan Muse turut memberi semangat kepada Zamani. Mereka berada di belakang Zamani untuk memberi sokongan. Nabil kelihatan beberapa kali memegang bahu dan mengusap belakang Zamani.

Penaja utama Gegar Vaganza, Datuk Aliff Syukri mengutarakan pendapatnya supaya gegar vaganza tidak menyingkirkan penyanyi berbakat besar seperti Zamani.

Kita doakan supaya Zamani cepat sihat dan boleh teruskan menyanyi seperti biasa. Apa-apa pun kita tunggu akhir konsert nanti, adakah pihak Gegar Vaganza akan terus mengekalkan Zamani atau pun tidak.

Kepada semua yang berada di dewan, anda memang sporting support Zamani. Kepada Zamani, jangan putus asa, teruskan berjuang dalam bidang seni. Anda memang seorang LEJEN !!

Zamani Slam Terkelu Ketika Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-5

Pada akhir rancangan Konsert Gegar Vaganza minggu ke 5 itu juga menyaksikan Zamani tersingkir dengan juri memberi markah paling corot sekali kerana tidak menonjol.

Di akhir konsert, pihak Gegar Vaganza mengumumkan tiada lagu untuk Zamani. Datuk Aliff Syukri naik ke pentas dan memberitahu seperti yang tertulis dalam kontrak, dia diberi keistimewaan untuk memberi imuniti.

Zamani akhirnya dipertahankan oleh Dato Alif Syukri yang juga selaku penaja utama yang mana mempunyau imuniti untuk mempertahankan Zamani agar meneruskan persembahan sehingga minggu hadapan.

Jika anda ada pertanyaan/cadangan/saranan atau ingin menghubungi kami secara terus silalah hubungi kami melalui RUANGAN PESANAN INI atau boleh terus hubungi kami diruangan LIVE CHAT INI ataupun ruangan komen di bawah.

Dan Jangan Lupa Like/Follow Laman Facebook Kami Terlebih Dahulu Agar Anda Menjadi Orang Yang Terawal Mengetahui Segala Informasi Yang Terkini.

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang apa sahaja informasi yang berkaitan seperti tajuk artikel ini ( Zamani Slam Terkelu Ketika Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-5 ) ,anda bolehlah join GROUP/KUMPULAN FACEBOOK kami yang mana kini telah melebihi 200,000 ahli.

Pastikan anda SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI terlebih dahulu agar membolehkan anda melihat kandungan yang kami kongsikan secara eksklusif.


Comment Policy: Please write your comments that match with the topic on this this page's posts. Comments that contain links will not be displayed.
Buka Komentar
You Might Also Like:
Loading...