Skip to main content
THEATER MODE

Permohonan Dibuka Untuk Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 hingga RM30,000 Sebelum Aidilfitri

Permohonan Dibukan Untuk Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 hingga RM30,000 Sebelum Aidilfitri

Kecoh beberapa hari ni tentang permintaan untuk Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 hingga RM30,000 Sebelum Aidilfitri. Difahamkan bahawa dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu tidak akan terjejas walaupun ramai yang mendesak pengeluaran kwsp 2.0 dipenuhi. Kecoh.Info memetik laporan artikel daripada Berita Harian, yang mana difahamkan Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) dan Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) ada memberitahu, ianya berikutan berjuta caruman lagi masuk setiap bulan dalam tabungan agensi terbabit (KWSP).

Pengeluaran Khas KWSP Bersasar 2.0

Pertubuhan bukan kerajaan itu juga yang sinonim mendesak pengeluaran KWSP ini, mempunyai alasan yang kukuh mendesak kerajaan kini meluluskan pengeluaran kali ini. Presiden 4PM, Rosland Mohd Arif berkata, pengeluaran (KWSP) itu seharusnya dibenarkan berikutan ia membabitkan simpanan milik pencarum itu sendiri dan mereka sedar tabungan masa depan susut. Katanya lagi, dengan kesempitan hidup dan kepayahan mungkin ada antara pencarum-pencarum tidak sempat menikmati persaraan hari tua, memandangkan pada masa sekarang (ini) jumlah yang terkesan semakin ramai, ada yang diisytihar bankrap dan mengakhirinya dengan bunuh diri.
Apabila KWSP mengatakan RM145 bilion sudah dikeluarkan dalam tempoh pandemik, pada kami itu hanya satu angka kerana pelbagai penyelesaian dana diseleweng, negara kita masih lagi berduit, tiada kakitangan tidak bergaji atau sebagainya.
Justeru mengapa KWSP sukar membenarkan pengeluaran sedangkan berjuta pencarum terus melabur dalam dana persaraan itu dan kenapa terus mempertikai soal pengeluaran (saki baki simpanan), sedangkan mereka benar-benar memerlukannya,
katanya memetik laporan artikel portal arus perdana tersebut. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum ini pernah mendedahkan pihaknya terlepas peluang mengembangkan aktiviti pelaburannya susulan pengeluaran RM145 bilion oleh 8.1 juta ahlinya menerusi empat siri kemudahan pengeluaran ketika pandemik Covid-19, iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas. Namun demikian, Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, dilaporkan berkata pengeluaran RM145 bilion berkenaan tidak memberi kesan ketara terhadap portfolio pelaburan pengurus dana persaraan itu. Ini kerana katanya, prestasi pelaburan KWSP dan pemberian dividen lebih dipengaruhi oleh perkembangan yang berlaku dalam pasaran global dan domestik, yang mana masih kekal mencabar dan tidak menentu. Berikutan empat siri pengeluaran sebelum ini, beberapa pihak terus mendesak kerajaan agar membenarkan pengeluaran simpanan KWSP antara RM10,000 hingga RM30,000 secara "one-off" bagi meringankan kos sara hidup rakyat. Mengulas lanjut, Presiden 4PM Rosland berkata, penjelasan yang diberikan KWSP yang tidak mahu membenarkan pengeluaran menunjukkan agensi itu seolah-olah ada kepentingan tersembunyi, mengecewakan kerana tuntutan itu dibuat mengeluarkan simpanan pencarum sendiri.
Dengan penjelasan itu, KWSP seolah-olah tidak melihat realiti yang terjadi seperti rakyat menderita, tiada beras, hilang pekerjaan dan hanya menggunakan apa yang difikirkan tanpa meletakkan diri dalam situasi sebenar.
Lagipun ia bukan dana kerajaan, mahu menunggu hari tua untuk mengeluarkannya, mungkin tidak sampai usia itu kerana mereka meninggal dunia, ditimpa musibah, kita tidak tahu,
katanya. Tuntutan pengeluaran RM10,000 hingga RM30,000 ‘one off’ tidak akan mengganggu pelaburan KWSP dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minta diberikan masa untuk mempertimbangkan pengeluaran khas KWSP.
Kami berharap Kerajaan Perpaduan dan Malaysia Madani berhasil mencari satu formula dan resolusi terbaik bagaimana caruman KWSP boleh diluluskan.
Besar harapan pencarum supaya tabungan itu boleh dikeluarkan selepas pembayaran dividen selewat-lewatnya pada Mac atau sebelum Ramadan atau Aidilfitri,
ujarnya.


Kami menghormati secara total tentang hak privasi anda. Walaupun begitu, kami juga sarankan anda membaca terlebih dahulu dasar-dasar privasi yang telah ditetapkan pada laman ini di sini. Dan dengan melayari laman ini juga kami beranggapan anda sudah pun bersetuju dan paham serta jelas dengan membaca keseluruhan isi kandungan tentang dasar privasi yang ditetapkan pada laman ini.
Untuk makluman juga, anda perlulah terlebih dahulu menyemak terma dan syarat yang terkandung dalam laman ini di sini. Oleh kerana itu, kami beranggapan dengan melayari laman ini anda juga sudah pun membaca dan bersetuju sepenuhnya dengan terma dan syarat laman ini.
Sebarang kekeliruan atau kemusykilan silahkan hubungi kami. Dan kami juga akan membalas sebarang pertanyaan ataupun apa sahaja yang diajukan kepada kami dari anda dengan kadar yang segera. Mungkin dengan segala maklumat dan informasi juga panduan yang telah kami sediakan ianya boleh menjadi rujukan anda pada bila-bila masa. Sebagai kesimpulan, laman ini hanyalah menyediakan maklumat yang telah kami dapati dari laman-laman sumber lainnya dan anda mungkin juga sudah sedia maklum tentang perkara tersebut. Apapun yang paling penting ialah maklumat yang disalurkan itu sahih dan telah pun disemak kebenarannya. Seterusnya anda boleh hubungi kami dengan layari pautan ini.
Sumber: Rujukan | Gambar Hiasan | Video Lampiran

Comment Policy: Please write your comments that match with the topic on this this page's posts. Comments that contain links will not be displayed.
Buka Komentar
You Might Also Like:
Loading...