Skip to main content
THEATER MODE

Maharaja Lawak Mega 2019 Live Streaming Online

Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) yang membuka tirainya bermula 1 November 2019, yang mana rancangan komedi realiti tersebut berlangsung setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam.

Mengikut format rancangan Maharaja Lawak Mega yang terdahulu, siri ini akan berlangsung selama 11 minggu berturut-turut di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Maharaja Lawak Mega 2019 Live (MLM 2019) akan bersiaran secara langsung dari Royal Theater, Shah Alam, Program ini boleh ditonton secara live pada setiap malam Jumaat jam 9:00 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Astro Warna HD (saluran 124), Astro On Demand dan live streaming menerusi Astro Go.

Manakala pengacara masih mengekalkan Dato’ AC Mizal sebagai pengacara tetap rancangan Maharaja Lawak Mega 2019 Live pada tahun ini.

Empat barisan juri turut ditampilkan dalam rancangan Maharaja Lawak Mega 2019 dan diberikan kepercayaan untuk mereka memberi komen-komen serta markah kepada peserta iaitu:
  • Dato Jamal Abdillah (Malaysia)
  • Inul Daratista (Indonesia)
  • Najip Ali (Singapura)
  • Lisa Surihani (Malaysia)

Bersama hos Dato’ AC Mizal, siapakah di antara pelawak popular yang berjaya menggegarkan pentas mega MLM 2019 (Maharaja Lawak Mega 2019 Live) sekaligus mecuit hati para juri dan penonton? Sama-samalah kita nantikan keputusan akhirnya.

Maharaja Lawak Mega (MLM) pada tahun 2019 ini telah menggabungkan 12 kumpulan lawak dan 2 pelawak solo profesional terbaik Nusantara (Malaysia, Indonesia dan Brunei), untuk sama-sama bertanding bagi merebut gelaran Juara MLM 2019.
Barisan peserta ini perlu membuat persembahan komedi berdasarkan tema mingguan yang diberi.

Senarai Peserta MLM2019

  1. Bocey (Achey, Abam, Fad)
  2. Zero (Syarif, Atu, Syaiful)
  3. Rare (Ajak, Ropie, Pak Ya)
  4. Puteh (Mamak, Man, Ali)
  5. Stone (Mamat, Azlee, Acong)
  6. Jambus (Tauke, Tapai)
  7. Rojak (Chiwan, Bell, Rahim)
  8. J-Born (Khir Rahman, Joey, Vicha)
  9. Smart (Zam, Aliff Yasraff, Am Ketampi)
  10. Rahmet (Solo) dari Indonesia
  11. Cali (Tony, Khai) dari Brunei
  12. Popon (Solo) dari Indonesia
  13. On X On (Gibob, Che Mat, Azrul)
  14. Halus (Farid, Filzah)

Tonton video Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) live streaming dan full episode secara online dan percuma.

Gelanggang komedi Maharaja Lawak Mega iaitu MLM2019 akhirnya kembali tampil di tahun 2019 dengan gandingan barisan pelawak veteren dan pelawak baharu.

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2019

Maharaja Lawak Mega 2019 Live
Bocey Zero Rare Puteh Stone Jambus Rojak
J-Born Smart Rahmet Cali Popon On X On Halus

Sila bookmark page Maharaja Lawak Mega 2019 full episode ini untuk rujukan anda.


Comment Policy: Please write your comments that match with the topic on this this page's posts. Comments that contain links will not be displayed.
Buka Komentar
You Might Also Like:
Loading...