Skip to main content
THEATER MODE

Lagi penghina agama ditahan. Ini pengakuan dia sambil menangis selepas ditangkap


Lagi penghina agama ditahan. Ini pengakuan dia sambil menangis selepas ditangkap :

Polis menahan seorang lagi lelaki selepas dipercayai memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan berkata, lelaki berusia 28 tahun terbabit ditahan semalam.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini,” katanya.

Mohamad Fuzi dalam kenyataan itu turut menasihati orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi degan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman sehingga membangkitkan ketegangan kaum dalamkalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Sementara itu, dua rakaman video dipercayai suspek dipaksa mengaku dan memohon maaf oleh orang ramai tular sejak semalam.

Video masing-masing berdurasi 29 saat dan tiga minit 15 saat itu menunjukkan suspek mencangkung di atas sebuah tong dram dan disuruh membuat pengakuan berhubung penghinaan terhadap agama Islam serta Nabi Muhammad SAW.

Suspek dipercayai memuat naik status tersebut di laman Facebook “Danny A’antonio Jr.” dengan menggunakan kata-kata kesat pada Januari lalu sebelum tular di media sosial baru-baru ini.

Berikut tulisan dia yang tular di media sosial:

Hina Islam: Jakim tubuh unit pemantau, adu terus di 010-3005260

KUALA LUMPUR 7 Mac – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menubuhkan unit pemantau bagi mengawasi penulisan atau provokasi yang bersifat menghina Nabi Muhammad serta agama Islam di semua platform media termasuk media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, unit tersebut ditubuhkan berikutan berlakunya kes-kes menghina Nabi Muhammad dan perbuatan mempersendakan agama Islam.

Serentak itu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan boleh terus membuat aduan ke WhatsApp talian hotline 010-3005260 atau emelkan kepada aduan@islam.gov.my.

“Saya juga telah meminta unit pemantau ini menerima sebarang aduan berkaitan penghinaan Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, seterusnya dengan segera membuat laporan polis dan SKMM.

DR. MUJAHID YUSOF RAWA

“Saya berharap kita semua dapat berganding bahu bagi menjaga dan mengekalkan keharmonian negara kita. Saya percaya, pihak berkuasa telah melakukan tindakan sewajarnya untuk menangani isu ini,” kata Mujahid dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mujahid, sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal agama sekali tidak akan berkompromi dengan perbuatan menghina Nabi Muhammad serta agama Islam.

Jelas beliau Malaysia mempunyai undang-undang dan pihak yang bersalah perlu dijatuhkan hukuman yang setimpal.

VIDEO : PENGAKUAN




Ikuti Kami Di Media Sosial

Jangan lupa LIKE dan FOLLOW SEE FIRST Facebook Page Kami Di Sini. Dan jadilah sebahagian komuniti kami dengan menyertai kumpulan/group facebook kami yang kini mencecah hampir 300,000 ahli Di Sini.

Dengan berbuat demikian anda akan menjadi dikalangan antara orang yang terawal mengetahui informasi dan maklumat terkini. Cubalah kerana ianya adalah percuma!

×


Kami menghormati secara total tentang hak privasi anda. Walaupun begitu, kami juga sarankan anda membaca terlebih dahulu dasar-dasar privasi yang telah ditetapkan pada laman ini di sini.

Dan dengan melayari laman ini juga kami beranggapan anda sudah pun bersetuju dan paham serta jelas dengan membaca keseluruhan isi kandungan tentang dasar privasi yang ditetapkan pada laman ini.
Untuk makluman juga, anda perlulah terlebih dahulu menyemak terma dan syarat yang terkandung dalam laman ini di sini.

Oleh kerana itu, kami beranggapan dengan melayari laman ini anda juga sudah pun membaca dan bersetuju sepenuhnya dengan terma dan syarat laman ini.
Sebarang kekeliruan atau kemusykilan silahkan hubungi kami. Dan kami juga akan membalas sebarang pertanyaan ataupun apa sahaja yang diajukan kepada kami dari anda dengan kadar yang segera.

Mungkin dengan segala maklumat dan informasi juga panduan yang telah kami sediakan ianya boleh menjadi rujukan anda pada bila-bila masa.

Sebagai kesimpulan, laman ini hanyalah menyediakan maklumat yang telah kami dapati dari laman-laman sumber lainnya dan anda mungkin juga sudah sedia maklum tentang perkara tersebut.

Apapun yang paling penting ialah maklumat yang disalurkan itu sahih dan telah pun disemak kebenarannya. Seterusnya anda boleh hubungi kami dengan layari pautan ini.

Sumber: Rujukan | Gambar Hiasan | Video Lampiran

https://www.kecoh.info/2018/12/lagi-penghina-agama-ditahan-ini.html

Open Comments

You Might Also Like:

Loading...