Skip to main content
THEATER MODE

Anggota Tentera Didakwa Kerana Cabul Anak Kandungnya Berumur 4 Tahun


Anggota Tentera Didakwa Kerana Cabul Anak Kandungnya Berumur 4 Tahun : Seorang anggota tentera berpangkat koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul anak kandungnya sendiri pada tahun lalu.

Tertuduh berusia 30 tahun itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Julie Lack Abdullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memasukkan jari ke dalam kemaluan kanak-kanak perempuan berumur empat tahun lima bulan itu di sebuah rumah di Bandar Baru Putra di sini pada Disember tahun lalu.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat selain diletakkan di bawah pengawasan polis bagi satu tempoh tidak kurang setahun dan tidak melebihi tiga tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Naidatul Athirah Azman sementara tertuduh tidak mahu melantik sebarang peguam kerana yakin tidak bersalah.

Terdahulu, Naidatul Athirah memohon mahkamah supaya tiada sebarang jaminan dibenarkan kerana tertuduh merupakan bapa kandung dan tinggal serumah dengan mangsa dan ibu mangsa, justeru dikhuathiri berlaku kacau ganggu terhadap saksi pendakwaan.

Tertuduh yang dibenarkan untuk memohon rayuan, meminta supaya jaminan terhadapnya dikurangkan.

Mahkamah bagaimanapun bersetuju dengan pihak pendakwaan supaya tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin kerana mangsa merupakan anak kandungnya sendiri selain dibimbangi berlakunya kacau ganggu.

Selain itu, mahkamah turut menasihatkan tertuduh supaya mendapatkan khidmat peguam kerana tuduhan ke atasnya merupakan suatu yang serius dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online.

Kes ditetapkan pada 25 Februari ini untuk sebutan semula.


Ikuti Kami Di Media Sosial

Jangan lupa LIKE dan FOLLOW SEE FIRST Facebook Page Kami Di Sini. Dan jadilah sebahagian komuniti kami dengan menyertai kumpulan/group facebook kami yang kini mencecah hampir 300,000 ahli Di Sini.

Dengan berbuat demikian anda akan menjadi dikalangan antara orang yang terawal mengetahui informasi dan maklumat terkini. Cubalah kerana ianya adalah percuma!

×


Kami menghormati secara total tentang hak privasi anda. Walaupun begitu, kami juga sarankan anda membaca terlebih dahulu dasar-dasar privasi yang telah ditetapkan pada laman ini di sini.

Dan dengan melayari laman ini juga kami beranggapan anda sudah pun bersetuju dan paham serta jelas dengan membaca keseluruhan isi kandungan tentang dasar privasi yang ditetapkan pada laman ini.
Untuk makluman juga, anda perlulah terlebih dahulu menyemak terma dan syarat yang terkandung dalam laman ini di sini.

Oleh kerana itu, kami beranggapan dengan melayari laman ini anda juga sudah pun membaca dan bersetuju sepenuhnya dengan terma dan syarat laman ini.
Sebarang kekeliruan atau kemusykilan silahkan hubungi kami. Dan kami juga akan membalas sebarang pertanyaan ataupun apa sahaja yang diajukan kepada kami dari anda dengan kadar yang segera.

Mungkin dengan segala maklumat dan informasi juga panduan yang telah kami sediakan ianya boleh menjadi rujukan anda pada bila-bila masa.

Sebagai kesimpulan, laman ini hanyalah menyediakan maklumat yang telah kami dapati dari laman-laman sumber lainnya dan anda mungkin juga sudah sedia maklum tentang perkara tersebut.

Apapun yang paling penting ialah maklumat yang disalurkan itu sahih dan telah pun disemak kebenarannya. Seterusnya anda boleh hubungi kami dengan layari pautan ini.

Sumber: Rujukan | Gambar Hiasan | Video Lampiran

Comment Policy: Please write your comments that match with the topic on this this page's posts. Comments that contain links will not be displayed.
Buka Komentar
You Might Also Like:
Loading...