Skip to main content
THEATER MODE

Zamani Ke Final Walau Persembahan Pertama Menghampakan

Zamani Ke Final Walau Persembahan Pertama Menghampakan : Akhirnya berakhirlah sudah debaran minggu separuh akhir atau semifinal Konsert Gegar Vaganza musim ke-5. Dimana Zamani antara finalis yang terpilih mengikuti 5 lagi yang lainnya.

Hetty Sarlene dan Kumpulan Forteen Tersingkir

Umum ketahui pada konsert akhir Gegar Vaganza pada tahun-tahun sebelumnya, hanya akan ada 6 finalis yang akan ke minggu akhir konsert tersebut seperti kelazimannya.

Namun malam semifinal atau separuh akhir malam tadi dimana ada 8 peserta kesemuanya. Namun sayang sekali perjuangan Hetty Sarlene dan kumpulan Forteen terhenti pada konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5) 2018 itu (Ahad, 11 November 2018). Dan seterusnya meletakkan mereka kepada calon yang tidak layak untuk meneruskan perjuangan mereka ke peringkat akhir pada minggu depan.

Markah Dari Juri Profesional

Kedua-dua peserta yang tersingkir telah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan mereka. Tapi adat pertandingan ada yang menang dan pasti ada yang akan kalah dan juga mungkin rezeki mereka untuk ke final itu masih belum lagi tiba.

Izzue Islam selaku wakil untuk kumpulan Forteen mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro, peminat dan semua yang menyokong selama ini.
"Terima kasih kepada semua yang menyokong kami selama ini. Kami dah cuba yang terbaik." seperti kata yang dipetik dari Izzue Isla.
"Rezeki kami di GV5 hanya setakat ini. Insya Allah...Ada rezeki kita jumpa lagi." katanya lagi.

Manakala Hetty Sarlene juga turut memberi ucapan dan seterusnya meluahkan rasa terharu atas sokongan peminat.
"Terima kasih kepada semua peminat terutama yang hadir datang menyokong hingga ke konsert separuh akhir." katanya mengulas diakhir persembahan.

Senarai Perserta Akhir

Peserta akhir konsert Gegar Vaganza 5 (GV5) 2018 ialah Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Zamani, Maya Ruslee, Zamani dan Billy Zulkarnain.

Kesemua 6 peserta ini akan mendendangkan lagu dan berduet dengan artis lain dan ditambah pula dengan lagu battle.

Bintang Cuccko Paling Gempak Minggu Ini

Maya atau dengan nama pentas beliau yang baru Mya Ruslee telah menjadi pilihan penonton untuk mejadi Bintang Cuccko Paling Gempak minggu ini.

Dan untuk rekod, pemenang-pemenang Bintang Cuccko Paling Gempak sebelum ini ialah seperti Safura, kumpulan Elite, Shafie Rio dan Farawahida tersingkir pada konsert minggu-minggu lepas.

Diadili Oleh Juri Profesional

Dan untuk makluman anda juga bahawa markah adalah seratus peratus dari pihak juri profesional. Yang mana Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap manakala Datuk Yusof Haslam sebagai juri jemputan pada malam separuh akhir konsert Gegar Vaganza tersebut.

Peminat Terkejut Apa Terjadi Pada Zamani

Zamani telah mempersembahkan lagu dari yang pernah dipopulerkan oleh Yusri KRU pada malam minggu separuh akhir Gegar Vaganza 5 (GV5) 2018. Dalam penonton amat menantikan persembahan penyanyi kesayangan ramai itu. Pun begitu, amatlah mengejutkan sekali lagi apabila Zamani kelihatan tidak terarah sewaktu membawa lagu Dekat Padamu nyanyian Yusri KRU.

Ramai yang bertanya mengapa Zamani lupa lirik sewaktu menyanyikan lagu ini , adakah kerana kehadiran penyanyi asal membuatkan Zamani gementar sehingga lupa lirik?

Apa yang pasti penonton terus memberi sokongan dengan menyanyikan bersama lagu tersebut bersama-sama dengan harapan agar Zamani tidak berhenti menyanyi. Namun kerisauan penonton berakhir bila Zamani kembali dapat membawa lagu tersebut sehingga tamat.

Jelas sekali tiba giliran untuk juri memberikan komen tapi Tok Ram atau Dato Ramli M S tidak mahu memberi ulasan ataupun komen beliau tentang persembahan Zamani ketika itu.





Zamani Paling Menyerlah Pada Persembahan Kedua

Kami di Kecoh Dot Info mengikuti persembahan pertama dan kedua semua peserta termasuk Zamani. Kami akui persembahan pertama Zamani agak mengecewakan. Ini kerana masuk sahaja baris pertama lirik dan ketika Zamani ingin melontarkan suaranya, key suara beliau sudah jelas kedengaran agak berlainan dan ada semacam tidak kena.

Ditambah pula dengan ada beberapa lirik yang beliau tidak ingat dan terpaksa skip. Pun begitu ada juga beberapa bahagian yang tidak jelas. Dan seterusnya menjadikan beliau mungkin peserta yang paling tercorot sekali mendapat markah pada persembahan pertama.

Tapi pada persembahan kedua Zamani kembali menonjol apabila menjadi peserta yang paling terbaik menyampaikan persembahan. Namun walaupun boleh dikatakan persembahan beliau pada pusingan kedua itu paling terbaik antara semua. Tapi malang tidak dapat meletakkan beliau di tangga teratas jika dicantumkan semua markah antara persembahan pertama dan kedua.

Siapa Akan Jadi Bakal Juara?

Sama-sama kita nantikan pada minggu akhir konsert Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5) 2018 ini pada minggu hadapan. Adakah anda boleh menjangka siapa yang bala menjadi juara? Atau mungkin ada peserta kegemaran atau pilihan anda?

Ikuti Kami Di Media Sosial

Jangan lupa LIKE dan FOLLOW SEE FIRST Facebook Page Kami Di Sini. Dan jadilah sebahagian komuniti kami dengan menyertai kumpulan/group facebook kami yang kini mencecah hampir 300,000 ahli Di Sini.

Dengan berbuat demikian anda akan menjadi dikalangan antara orang yang terawal mengetahui informasi dan maklumat terkini. Cubalah kerana ianya adalah percuma!

×


Kami menghormati secara total tentang hak privasi anda. Walaupun begitu, kami juga sarankan anda membaca terlebih dahulu dasar-dasar privasi yang telah ditetapkan pada laman ini di sini.

Dan dengan melayari laman ini juga kami beranggapan anda sudah pun bersetuju dan paham serta jelas dengan membaca keseluruhan isi kandungan tentang dasar privasi yang ditetapkan pada laman ini.
Untuk makluman juga, anda perlulah terlebih dahulu menyemak terma dan syarat yang terkandung dalam laman ini di sini.

Oleh kerana itu, kami beranggapan dengan melayari laman ini anda juga sudah pun membaca dan bersetuju sepenuhnya dengan terma dan syarat laman ini.
Sebarang kekeliruan atau kemusykilan silahkan hubungi kami. Dan kami juga akan membalas sebarang pertanyaan ataupun apa sahaja yang diajukan kepada kami dari anda dengan kadar yang segera.

Mungkin dengan segala maklumat dan informasi juga panduan yang telah kami sediakan ianya boleh menjadi rujukan anda pada bila-bila masa.

Sebagai kesimpulan, laman ini hanyalah menyediakan maklumat yang telah kami dapati dari laman-laman sumber lainnya dan anda mungkin juga sudah sedia maklum tentang perkara tersebut.

Apapun yang paling penting ialah maklumat yang disalurkan itu sahih dan telah pun disemak kebenarannya. Seterusnya anda boleh hubungi kami dengan layari pautan ini.

Sumber: Rujukan | Gambar Hiasan | Video Lampiran

https://www.kecoh.info/2018/11/zamani-ke-final-walau-persembahan.html

Open Comments

You Might Also Like:

Loading...