Skip to main content
THEATER MODE

Zamani Akhirnya Dedahkan Beliau Bakal Lumpuh Jika...


Zamani Akhirnya Dedahkan Beliau Bakal Lumpuh Jika... : Tahniah diucapkan kepada Zamani yang baru-baru ini telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ke-3 selepas selesai berentap pada pusingan akhir di salah satu program realiti terbitan Astro yang diberi nama Konsert Gegar Vaganza 2018 musim yang ke 5.

Dan jesteru itu pelbagai cerita tentang beliau semakin tular dan mendapat liputan oleh media tempatan khasnya. Terbaharu beliau telah menyatakan bahawa setelah menanggung sakit disebabkan penyakit skoliosis iaitu tulang bekalang melengkung, penyanyi Zamani mendedahkan bahawa beliau memerlukan pembedahan segara.

Bagaimanapun memetik laporan BH Online, Zamani berdepan dengan risiko lumpuh sekiranya beliau menjalani pembedahan tersebut. Oleh kerana bimbang kemungkinan hidup atas kerusi roda, beliau menangguhkan pembedahan yang disarankan oleh doktornya.

Zamani, 47 tahun, buat masa ini hanya bergantung kepada ubat tahan sakit.

"Sudah lama saya menderita sakit tulang belakang iaitu sejak mengikuti program pemulihan di Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih).

"Sekarang saya hanya bergantung kepada ubat tahan sakit... Ini kerana saya belum ada masa untuk menjalani pembedahan.

"Doktor sarankan saya dibedah tetapi risiko selepas itu membuatkan saya takut. Ini kerana doktor beritahu peratusan untuk saya berkerusi roda selepas dibedah sangat tinggi," kata beliau seperti dipetik oleh BH Online.

Malah, teman-teman Zamani termasuk rakan artis seperti Jamal Abdillah sering menasihatkan beliau supaya mendapat rawatan sepenuhnya.

"Abang Jamal pernah bercadang membawa saya menjalani rawatan akupuntur. Tetapi saya sibuk dengan persembahan dan komitmen dengan Gegar Vaganza (GV5).

"Tetapi sekarang, saya fikir apabila sudah sampai ke tahap mengganggu kerja, saya kena buat rawatan,” kata pemenang tempat ketiga musim kelima GV5 itu.

Zamani, bekas vokalis kumpulan Slam, berkata duit kemenangan GV5 akan dimanfaatkan untuk menjalani rawatan sakit tulang belakang.

BH Online turut menukil beliau sebagai berkata: "Insya-Allah dengan duit kemenangan ini, saya akan buat rawatan. Saya diberitahu tulang belakang saya yang sudah membengkok seperti huruf ‘S’."

Zamani meraih tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 serta trofi GV5.

Ikuti Kami Di Media Sosial

Jangan lupa LIKE dan FOLLOW SEE FIRST Facebook Page Kami Di Sini. Dan jadilah sebahagian komuniti kami dengan menyertai kumpulan/group facebook kami yang kini mencecah hampir 300,000 ahli Di Sini.

Dengan berbuat demikian anda akan menjadi dikalangan antara orang yang terawal mengetahui informasi dan maklumat terkini. Cubalah kerana ianya adalah percuma!

×


Kami menghormati secara total tentang hak privasi anda. Walaupun begitu, kami juga sarankan anda membaca terlebih dahulu dasar-dasar privasi yang telah ditetapkan pada laman ini di sini.

Dan dengan melayari laman ini juga kami beranggapan anda sudah pun bersetuju dan paham serta jelas dengan membaca keseluruhan isi kandungan tentang dasar privasi yang ditetapkan pada laman ini.
Untuk makluman juga, anda perlulah terlebih dahulu menyemak terma dan syarat yang terkandung dalam laman ini di sini.

Oleh kerana itu, kami beranggapan dengan melayari laman ini anda juga sudah pun membaca dan bersetuju sepenuhnya dengan terma dan syarat laman ini.
Sebarang kekeliruan atau kemusykilan silahkan hubungi kami. Dan kami juga akan membalas sebarang pertanyaan ataupun apa sahaja yang diajukan kepada kami dari anda dengan kadar yang segera.

Mungkin dengan segala maklumat dan informasi juga panduan yang telah kami sediakan ianya boleh menjadi rujukan anda pada bila-bila masa.

Sebagai kesimpulan, laman ini hanyalah menyediakan maklumat yang telah kami dapati dari laman-laman sumber lainnya dan anda mungkin juga sudah sedia maklum tentang perkara tersebut.

Apapun yang paling penting ialah maklumat yang disalurkan itu sahih dan telah pun disemak kebenarannya. Seterusnya anda boleh hubungi kami dengan layari pautan ini.

Sumber: Rujukan | Gambar Hiasan | Video Lampiran

Comment Policy: Please write your comments that match with the topic on this this page's posts. Comments that contain links will not be displayed.
Buka Komentar
You Might Also Like:
Loading...