Skip to main content
THEATER MODE

Tonton Polis Evo 2 2018 Full Movie

Tonton Polis Evo 2 2018 Full Movie : Watch Online Polis Evo 2 2017 Full Movie Here. Polis Evo 2 ialah satu filem aksi polis Malaysia 2018 arahan Joel Soh dan Andrew Chew yang akan ditayangkan di pawagam pada 22 November 2018 dan merupakan hasil dari kesinambungan daripada filem Polis Evo terdahulu yang pernah ditayangkan pada 2015.

Perkara-perkara yang menjadi lebih serius & lebih gelap bagi Inspektor Khai & Sani apabila apa yang mereka fikir akan menjadi operasi biasa membawa kepada kekacauan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.

Polis Evo 2 2018 Full Movie Janjikan Sekuel Yang Lebih Menarik
Pelakon dan pelawak popular Zizan Razak mendedahkan filem sekuel Polis Evo 2 yang dibintangi olehnya bakal menjanjikan aksi yang lebih hebat dan menarik daripada filem pertamanya.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak mendedahkan pekara demikian selepas mengalami kecederaan ketika penggambaran filem tersebut berlangsung gara-gara komitmen tinggi yang diberikannya.

“Terus-terang, saya memang kuat bekerja dan sangat fokus pada penggambaran filem ini. Namun, selepas pitam di lokasi, doktor dan pihak produksi membenarkan saya berehat sehari sebelum kembali ke lokasi untuk menyambung penggambaran filem itu. “Penggambaran bermula sejak sebulan lalu membabitkan lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Kuantan. Ia dijangka akan selesai pada Januari tahun hadapan,” – Zizan Razak

Menurut Zizan, filem sekuel ini menampilkan jalan cerita yang lebih mencabar termasuklah lebih banyak babak aksi dan pertarungan.

Tambahnya, pihak produksi juga sanggup menyewa kawasan kampung di tepi pantai dan membina perumahan khusus untuk penggambaran sahaja.

Dengan komitmen tinggi oleh pihak produksi dan para pelakon, Zizan berasa yakin Polis Evo 2 mampu sekali lagi menambat hati penonton.

Selain Zizan Razak, filem Polis Evo 2 bakal menyaksikan Shaheizy Sam yang akan kembali menghidupkan watak asal mereka iaitu sebagai Inspektor Polis, selain turut menampilkan pelakon lain seperti Erra Fazira, Hairul Azreen dan pelakon Indonesia, Raline Shah.

Terdahulu, filem “Polis Evo” yang ditayangkan pada tahun 2015 telah mencetuskan fenomena apabila berjaya mendapat kutipan pecah panggung sebanyak RM17.47 juta.

Sisi sudut pandang kami

Ini adalah bebenang Kecoh Dot Info tentang filem Polis Evo 2 yang semakin terpalit dengan kontroversi memaparkan imej buruk orang Islam dan diboikot oleh netizen yang bijak pandai hanya membuat spekulasi melalui trailer berdurasi 2 minit itu.

Kisah untuk memboikot tersebut dikecohkan diseluruh medium media sosial. Tidak kurangnya ada yang mencanangkan agar memboikot terus. Tapi kalau dilihat ianya juga seperti satu strategi marketing supaya orang ingin mengambil tahu tentang apa sebenarnya berlaku.

Dan bagi mereka yang belum menonton kesuluruhan filem ini dan terlebih bijak membuat andaian tersendiri kami ucapkan Tahniah!
Netizen sekarang ini pula lebih menyukai berita angin dari media sosial tanpa merasai , ataupun mencari bukti kukuh kepada sesuatu yang ditularkan dan terus mempercayai 100% berita angin yang disampaikan dan dicanang kepada orang ramai.

Ini adalah perkara yang buruk dan berfikiran sempit yang pernah dilihat . Berita itu pun dapat menguasai mereka yang berfikiran sempit dan tidak mempunyai perspektif view lebih dari itu. Mungkin kerana itu , dengan cepat proses memboikot filem ini tersebar dan dishare oleh beribu netizen yang tidak mempunyai pemikiran yang luas,

Salah seorang admin atau ahli sidang redaksi kami telah berkesempatan menghadiri Malam Gala Polis Evo 2 dan menonton keseluruhan filem tersebut.

Apa pandangan ikhlas kami?

Jadi sedikit ulasan kami ingin kongsikan. Jika ingin diboikot kerana pemakaian sangat tidak masuk akal. Tidak bermakna kita memakai serban jubah atau barangan lain menggambarkan kita Islam. Ianya adalah sehelai benang yang menjadi kain. Adakah dengan memakai baju Cheongsam kita di gambarkan kita ini orang Cina? Jawapannya sudahlah pasti tidak bukan?

Orang cina pun boleh memakai baju kurung.Tak semestinya memakai serban kita boleh aim Polis Evo 2 ni as memalukan islam . Sedangkan kita tahu,di zaman era ini memang ramai manusia bertopengkan syaitan dan berlapikkan daging manusia. Ada yang pakai serban tapi jahil nak mati.Ada yang berwajah ustaz tapi merogol anak-anak yatim seperti digambarkan dalam newspaper.

Jadi dalam Polis Evo 2 ini ketengahkan moral sebegini didalam filem ini supaya mereka dapat pengajaran supaya faham dan mengerti bahawa KEGANASAN DALAM ISLAM adalah DIHARAMKAN.

Kontroversi yang terlempar dan terpalit didalam karakter dibawa oleh Hasnul Rahmat juga adalah sangat memalukan seperti yang dituduh oleh Netizen, kerana ekstremis wujud dalam setiap agama dan bukan sahaja Islam. Tetapi filem ini menunjukkan bahawa keganasan tidak dibenarkan dalam Islam. Filem ini membawa kepada kita contoh sebenar untuk kehidupan kita kearah Jihad bukan sahaja dilakukan dengan merujuk kepada pistol sebagai anggota polis tetapi ia lebih berkesan untuk setiap tindakan dalam kehidupan kita untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik dan secara langsung ia akan menunjukkan contoh sebenar bagi kita untuk mewakili setiap agama masing-masing.

Bagi mereka yang meminta kempen memboikot filem ini sangat malu kerana pihak anda ya (NETIZEN) Anda hanya berfikir dalam satu pandangan perspektif sahaja. Watak Hafsyam Jauhari yang dilakonkan oleh Hasnul Rahmat ini juga adalah sama seperti Abuja (dalam filem Munafik 2) ,pengamal ajaran sesat yang berbalikkan islam untuk kesenangan dunia.

Filem ini cuba menyampaikan impak buruk kepada negara jika golongan-golongan ini masih wujud tak dikawal dan bagaimana pihak berkuasa membantu untuk menghindari golongan-golongan ini dari memecahkan belahkan saudara-saudara kita dan menggunakan agama sebagai lapisan mereka.Itulah apa yang ingin disampaikan.

Apa kata penerbit Polis Evo 2 itu sendiri?

Memetik kata-kata dari penerbit filem Polis Evo iaitu Datuk Khairul Anwar Salleh berkata,

"Majoriti di negara Islam tidak menginginkan keharmonian digadaikan dengan seseorang yang menggunakan kesempatan dan agama demi kepentingan dan kegiatan yang boleh mengganggu ketenteraman negara," akhirinya.

Jadi pesanan kami kepada anda terutama netizen yang kaki kecam tu sila rasai dan siasat terlebih dahulu sesuatu isi itu sebelum terus kongsikan kepada yang lain tanpa mengetahui hal yang sebenarnya. Jadi apa yang kami ingin tekankan ialah pentingnya anda mencari maklumat sahih dengan membaca fakta yang betul bukannya hanya beranggapan sahaja.

Tonton Polis Evo 2 2018 Full Movie
Tajuk Polis Evo 2 2018
Tarikh Tayangan 22 November 2018
Genre Aksi
Pengarah Joel Soh
Terbitan Astro Shaw
Pelakon Dan Watak:
-Shaheizy Sam as Inspektor Khai
-Zizan Razak as Inspektor Sani
-Raline Shah
-Hairul Azreen
-Erra Fazira
-Shafie Naswip
RATING/PENILAIAN KAMI: ★★★★☆

Tonton Polis Evo 2 2018 Full Movie


Jika anda ada pertanyaan/cadangan/saranan atau ingin menghubungi kami secara terus silalah hubungi kami melalui RUANGAN PESANAN INI atau boleh terus hubungi kami diruangan LIVE CHAT INI ataupun ruangan komen di bawah.

Dan Jangan Lupa Like/Follow Laman Facebook Kami Terlebih Dahulu Agar Anda Menjadi Orang Yang Terawal Mengetahui Segala Informasi Yang Terkini.

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang apa sahaja informasi yang berkaitan seperti tajuk artikel ini ( ) ,anda bolehlah join GROUP/KUMPULAN FACEBOOK kami yang mana kini telah melebihi 200,000 ahli.

Pastikan anda SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI terlebih dahulu agar membolehkan anda melihat kandungan yang kami kongsikan secara eksklusif.


Comment Policy: Please write your comments that match with the topic on this this page's posts. Comments that contain links will not be displayed.
Buka Komentar
You Might Also Like:
Loading...