Skip to main content
THEATER MODE

Tonton Drama Vila Ghazara Full Episod

Tonton Drama Vila Ghazara Full Episod : Satu lagi drama bersiri yang bersiaran di TV3 yang dinamakan sebagai Drama Vila Ghazara menjadi tajuk terbitan oleh produksi Excellent Pictures Sdn Bhd. Mempersembahkan beberapa pelakon hebat seperti Syukri Yahaya, Azira Shafinaz, Mustapha Kamal, Haleeda Mazlin, Aidil Aziz, Hafeez Mikail dan ramai lagi. Drama Vila Ghazara ini akan bersiaran sebanyak 40 episod dan ianya adalah arahan oleh pengarah terkenal Feroz Kader. Mula bersiaran mulai 17 September 2018 setiap Isnin hingga Jumaat setiap jam 7.00 malam di Slot Akasia TV3.

Tajuk: Vila Ghazara
Tarikh Tayangan: 17 September 2018
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Slot: Akasia
Siaran TV: TV3
Pengarah: Feroz Kader
Skrip: Wira Hijau & Amy Aimi
Terbitan: Excellent Pictures Sdn Bhd
Pelakon Dan Watak: Shukri Yahaya, Azira Shafinaz, Mustapha Kamal, Haleeda Mazlin, Elly Mazlein, Aidil Aziz, Tunku Hanis, Syed Aiman, Hafeez Mikail, Amirul Faqeem, Rafasya, Riena Diana, Cik Maggis, Qaralyana, Meor Mohd Afif, Zaryn Min, Sophia Liana, Hamizul Hafeez, Zuraini Kassim, Qazem Nor, Meor Mohd Afif, Zaidi Mat Zin, Nor Balqis, Hafiz Bahari, Yan Ibrahim, Elya Miera, Manan Howliau
Lagu Tema / OST : Tenung - Ebba | Hanya Dunia : Adam Malik | Kalimat Kita - Parasit
Bila Nanti - Elica
RATING/PENILAIAN KAMI: ★★★★☆

Sinopsis Tonton Drama Vila Ghazara Full Episod

Vila Ghazara teratak yang diberi nama hasil gabungan nama pemiliknya iaitu, Dr. Ghazaly Baqri (Ghaz), seorang doktor kosmetik yang juga ahli lembaga pengarah sebuah hospital swasta terkenal bersama isterinya iaitu Zaharah (Zara). Siapa sangka Vila Ghazara yang terlihat indah di luarannya, para penghuninya tidak sebahagia yang disangka.

Kejayaan Dr. Ghaz sebagai seorang doktor kosmetik yang tersohor dan ahli perniagaan berjaya membuatkan dia sering mengongkong dalam menentukan arah tuju lima puteranya iaitu Zarul (Syed Aiman), Adrian (Aidil Aziz), Hariz (Shukri Yahaya), Dazrin (Hafeez Mikail) dan Azrel (Amirul Faqeem). Walau terlihat hebat dengan keluarga sempurna di mata ramai, selama lima tahun lamanya, Dr. Ghaz menyimpan rahsia bahawa sebenarnya dia mempunyai seorang isteri lain bernama Maria (Elly Mazlein).

Kerana sikapnya yang mahukan kesempurnaan, dia mengatur kehidupan anak-anaknya tanpa memikirkan kemahuan atau minat tersendiri anak-anaknya. Tidak mahu hidupnya terus diatur, Hariz bertindak untuk meninggalkan Vila Ghazara. Apabila Hariz mengingkari arahannya, Dr. Ghaz terus menidakkan hak Hariz sebagai zuriatnya. Membawa diri selama 15 tahun, Hariz akhirnya pulang juga ke Villa Ghazara namun kepulangannya tetap tidak mengubah pandangan Dr. Ghaz terhadapnya. Bagi Dr. Ghaz, Hariz pulang tanpa sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan berbanding anak-anaknya yang lain

Seperti mana dia pernah merancang kehidupan anak-anaknya dulu, Dr Ghaz kini mula menyusun perancangan untuk cucu tunggalnya iaitu Alia yang kini tinggal bersama mereka setelah anaknya, Adrian yang juga seorang juruterbang, diberhentikan kerja. Sejak dibuang kerja, Adrian dan isterinya, Sofea (Tunku Hanis) sering bertengkar dan mengabaikan Alia.

Dr. Ghaz kemudiannya mengupah Ariana (Azira Shafinaz) graduan bidang perguruan yang terdesak mencari pekerjaan untuk menjadi guru tuisyen dan mengajar Alia di rumah. Rupa-rupanya, Ariana dan Hariz saling mengenali. Hariz membenci Ariana kerana Ariana pernah menyebabkan Hariz terlepas penerbangannya ke London suatu ketika dahulu. Kerana itu juga, sepanjang Arianna berada di Villa Ghazara, mereka sering berselisih faham.

Apakah kesudahan konflik keluarga dalam Vila Ghazara ini? Adakah Dr. Ghaz akhirnya akan menerima dan berbangga dengan Hariz? Mungkinkah rasa benci di antara Ariana dan Hariz akan membibitkan rasa cinta?

Tonton Drama Vila Ghazara Full Episod

Jika anda ada pertanyaan/cadangan/saranan atau ingin menghubungi kami secara terus silalah hubungi kami melalui RUANGAN PESANAN INI atau boleh terus hubungi kami diruangan LIVE CHAT INI ataupun ruangan komen di bawah.

Dan Jangan Lupa Like/Follow Laman Facebook Kami Terlebih Dahulu Agar Anda Menjadi Orang Yang Terawal Mengetahui Segala Informasi Yang Terkini.

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang apa sahaja informasi yang berkaitan seperti tajuk artikel ini ( Tonton Drama Vila Ghazara Full Episod ) ,anda bolehlah join GROUP/KUMPULAN FACEBOOK kami yang mana kini telah melebihi 200,000 ahli.

Pastikan anda SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI terlebih dahulu agar membolehkan anda melihat kandungan yang kami kongsikan secara eksklusif.

Sumber:
1) Rujukan
2) Gambar Hiasan
3) Video Lampiran

https://www.kecoh.info/2018/11/tonton-drama-vila-ghazara-full-episod.html

Open Comments