Skip to main content
THEATER MODE

Tidak Beri Nafkah Pada Anak Dan Isteri Kerajaan Bakal Beku Akaun Bank Suami


Tidak Beri Nafkah Pada Anak Dan Isteri Kerajaan Bakal Beku Akaun Bank Suami: Lelaki yang enggan atau culas menunaikan tanggungjawab masing-masing bakal berdepan dengan kemungkinan akaun bank mereka disekat.

Ini susulan Kerajaan bercadang untuk mengetatkan lagi peraturan berkaitan nafkah dalam hal rumah tangga.

Datuk Seri Mujahid Yusof yang juga selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata antara langkah yang sedang dipertimbangkan ialah mengenakan sekatan bank ke atas lelaki yang tidak membayar nafkah buat anak-anak atau bekas isteri mereka.

Menurut Datuk Seri Mujahid Yusof lagi bahawa perbincangan dengan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri telahpun dilakukan dan seterusnya memberikan mereka tugas untuk melaksanakan tindakan tersebut.

"Perkara ini telah dibincangkan diperingkat JKSN, juga diperingkat kami (kementerian) dan saya harap penguatkuasaan itu akan dipertingkatkan termasuk melibatkan isu sekatan bank.

"Kita perlukan sedikit penguatkuasaan ke atas suami-suami yang liat membayar nafkah untuk bekas isteri," katanya seperti dipetik Sinar Online.

Datuk Seri Mujahid Yusof yang juga selaku anggota parlimen Parit Buntar itu menghadiri sesi pertemuan Tadbir Urus Maqasid Syariah di Putrajaya, hari ini.

Kata beliau ramai kalangan wanita yang tidak diberi keadilan dari sudut nafkah walaupun sudah diputuskan oleh mahkamah syariah.

"Kebanyakan bekas isteri tiada tempat untuk mengadu dan terdapat kelemahan dari segi penguatkuasaan.

"Oleh itu saya harap penguatkuasaan juga mesti ditumpukan kepada soal keluarga yang mana wanita-wanita yang diceraikan banyak sekali tidak mendapat hak mereka bila bekas suami ini berasa mereka tidak dikuatkuasakan tanggungjawab mereka untuk memberi nafkah," katanya.


Ikuti Kami Di Media Sosial
Jangan lupa like Facebok Page Kami Di Sini. Sekiranya jika anda ingin sertai kumpulan/group facebook kami yang kini mencecah hampir 300,000 ahli anda boleh join Di Sini

https://www.kecoh.info/2018/11/tidak-beri-nafkah-pada-anak-dan-isteri.html

Open Comments