Skip to main content
THEATER MODE

Tarikh Keputusan UPSR 2018 Dan Cara Menyemaknya


Tarikh Keputusan UPSR 2018 Dan Cara Menyemaknya : Pelajar-pelajar atau murid-murid (calon) yang telahpun menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2018 boleh mendapatkan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2018 masing-masing pada satu tarikh dalam bulan November 2018 ini.

Dimana kami telah lampirkan dan sediakan juga cara paling mudah untuk menyemak keputusan UPSR samada untuk pihak anda ataupun bagi pihak orang lain.

Kami di Kecoh Dot Info telah membuat semakan dan merujuk sumber-sumber yang boleh dipercayai terhadap tarikh keputusan UPSR dikeluarkan bagi tahun-tahun sebelumnya mendapati Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memilih satu tarikh pada bulan November untuk mengumumkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Cara Menyemak Keputusan UPSR 2018 Secara Atas Talian Dan SMS

Untuk makluman calon ataupun anda sendiri boleh menyemak keputusan rasmi UPSR 2018 seawal jam 10 pagi pada tarikh rasmi yang akan diumumkan oleh pihak sekolah masing-masing.

Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut menyediakan perkhidmatan semakan ringkasan keputusan secara sistem pesanan ringkas, mySMS 15888.

Berikut adalah ruangan kemaskini maklumat terkini berkaitan dengan tarikh rasmi keputusan UPSR 2018 diumumkan keluar dan semakan serta cara untuk mendapatkan keputusan masing-masing:
Tarikh Pengumuman Keputusan: 29 November 2018 (Khamis)
Tarikh RASMI seperti diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Bagaimana Cara Mendapatkan Slip Keputusan Penuh UPSR 2018

  1. TindakanMelalui sekolah masing-masing (calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan / calon sekolah swasta) bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.

  2. Status BetulCalon-calon sekolah perlu hadir pada waktu yang ditetapkan dengan berpakaian sekolah. Waris adalah dibenarkan untuk mengambil dokumen pelaporan sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri

Bagaimana Cara Semak Keputusan UPSR 2018 Secara/Melalui SMS?

Semakan Keputusan UPSR 2018 Secara SMS
Semakan keputusan melalui sistem pesanan ringkas (mySMS 15888) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut:
  • Taip: UPSR (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888
  • Contoh: UPSR KC001A040 sms ke 15888
  • Semakan secara SMS boleh dibuat selepas jam 10:00 pagi, 29 November 2018 dan akan ditamatkan pada jam 600 petang, 8 Disember 2018

Bagaimana Cara Semak Keputusan UPSR 2018 Secara/Melalui Omline/Atas Talian?

Semakan Keputusan UPSR 2018 Secara Online
Sila Layari Pautan Ini Sistem Aplikasi Semakan Keputusan UPSR 2018 Online
Semakan keputusan UPSR secara online melalui Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.

Gred Dan Tafsiran Gred UPSR
Gred Tafsiran Gred
A Cemerlang
B Baik
C Memuaskan
D Mencapai Tahap Minimum
E Belum Mencapai Tahap Minimum

Permohonan Penyemakan Semula Keputusan UPSR 2018
  • Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan UPSR yang diperoleh boleh membuat permohonan penyemakan semula keputusan.
    Caj / kadar bayaran yang dikenakan untuk permohonan penyemakan semula keputusan UPSR adalah sebanyak RM50.00 bagi satu kertas peperiksaan.
  • Permohonan penyemakan semula keputusan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Borang boleh didapati di sekolah, JPN dan LP atau dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan lp.moe.gov.my
  • Tarikh tutup permohonan penyemakan semula keputusan adalah 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan UPSR
  • Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan UPSR

Ikuti Kami Di Media Sosial

Jangan lupa LIKE dan FOLLOW SEE FIRST Facebook Page Kami Di Sini. Dan jadilah sebahagian komuniti kami dengan menyertai kumpulan/group facebook kami yang kini mencecah hampir 300,000 ahli Di Sini. Dengan berbuat demikian anda akan menjadi dikalangan antara orang yang terawal mengetahui informasi dan maklumat terkini. Cubalah kerana ianya adalah percuma!

×

Kami menghormati secara total tentang hak privasi anda. Walaupun begitu, kami juga sarankan anda membaca terlebih dahulu dasar-dasar privasi yang telah ditetapkan pada laman ini di sini. Dan dengan melayari laman ini juga kami beranggapan anda sudah pun bersetuju dan paham serta jelas dengan membaca keseluruhan isi kandungan tentang dasar privasi yang ditetapkan pada laman ini.
Untuk makluman juga, anda perlulah terlebih dahulu menyemak terma dan syarat yang terkandung dalam laman ini di sini. Oleh kerana itu, kami beranggapan dengan melayari laman ini anda juga sudah pun membaca dan bersetuju sepenuhnya dengan terma dan syarat laman ini.
Sebarang kekeliruan atau kemusykilan silahkan hubungi kami. Dan kami juga akan membalas sebarang pertanyaan ataupun apa sahaja yang diajukan kepada kami dari anda dengan kadar yang segera. Mungkin dengan segala maklumat dan informasi juga panduan yang telah kami sediakan ianya boleh menjadi rujukan anda pada bila-bila masa. Sebagai kesimpulan, laman ini hanyalah menyediakan maklumat yang telah kami dapati dari laman-laman sumber lainnya dan anda mungkin juga sudah sedia maklum tentang perkara tersebut. Apapun yang paling penting ialah maklumat yang disalurkan itu sahih dan telah pun disemak kebenarannya. Seterusnya anda boleh hubungi kami dengan layari pautan ini.
Sumber: Rujukan | Gambar Hiasan | Video Lampiran

Comment Policy: Please write your comments that match with the topic on this this page's posts. Comments that contain links will not be displayed.
Buka Komentar
You Might Also Like:
Loading...