Skip to main content
THEATER MODE

Menteri Kantoi 'Tidur' Dalam Parlimen Jadi Kecoh

Menteri Kantoi 'Tidur' Dalam Parlimen Jadi Kecoh : Satu gambar telah tular di media sosial dan seterusnya mendapat kecaman hebat oleh penyokong dan pemimpin UMNO dan BN.

Lim Guan Eng yang juga selaku Menteri Kewangan Lim Guan Eng akhirnya menjelaskan bahawa beliau mengalami masalah kesihatan mata.

"Mata saya sedikit kurang sihat seperti sesi Parlimen yang lepas, tetapi masih hadir perbahasan parlimen untuk dengar ucapan wakil ketua pembangkang @Khairykj, dan sempat catat nota sambil rehatkan mata," kata Guan Eng.

Pemimpin UMNO Buat Kecaman

Sebelum ini salah seorang pemimpin UMNO iaitu Annuar Musa selaku Setiausaha Agung Umno menyelar Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang didakwa tidur ketika wakil BN membahaskan Belanjawan 2019.

Beliau juga turut memuat naik gambar Lim yang bersandar di kerusi dengan mata terpejam di Twitter beliau hari ini.

"Shadow MenKew BN (menteri kewangan bayangan BN) sedang membahaskan Bajet 2019 mengemukakan Initiatif Ekonomi Rakyat(IER) / bajet alternatif. MenKew kerajaan tertidur... atau terus tidur?” tulisnya.

Bagaimanapun, di sebalik kritikan itu, anggota parlimen penyokong kerajaan tampil memuji Lim kerana menjadi menteri kewangan pertama hari sewaktu ucapan sulung pembangkang.

Lim Guan Eng Jelaskan Dakwaan

Lim Guan Eng turut memuat naik catatannya di Internet bagi membuktikan beliau memberi perhatian kepada perbahasan dalam Dewan Rakyat.

Sementara itu, menjawab di media sosial yang sama, Guan Eng menyifatkan Annuar hilang modal politik dengan menjadikan perkara itu sebagai isu.

Isu terbaru hari ini seakan mengulangi apa yang berlaku dua tahun lalu apabila menteri besar ketika itu Ahmad Bashah Md Hanipah dikatakan tidur ketika sultan bertitah.

Bashah menjelaskan beliau hanya memejamkan mata untuk menghayati ucapan baginda.

Veteran DAP LIm Kit Siang, bapa Guan Eng, bagaimanapun menegaskan beliau telah menonton video rakaman situasi itu dua kali dan mendakwa Bashah benar-benar tidur.

Menteri Kantoi 'Tidur' Dalam Parlimen Jadi Kecoh

Ikuti Kami Di Media Sosial

Jangan lupa LIKE dan FOLLOW SEE FIRST Facebook Page Kami Di Sini. Dan jadilah sebahagian komuniti kami dengan menyertai kumpulan/group facebook kami yang kini mencecah hampir 300,000 ahli Di Sini.

Dengan berbuat demikian anda akan menjadi dikalangan antara orang yang terawal mengetahui informasi dan maklumat terkini. Cubalah kerana ianya adalah percuma!

×


Kami menghormati secara total tentang hak privasi anda. Walaupun begitu, kami juga sarankan anda membaca terlebih dahulu dasar-dasar privasi yang telah ditetapkan pada laman ini di sini.

Dan dengan melayari laman ini juga kami beranggapan anda sudah pun bersetuju dan paham serta jelas dengan membaca keseluruhan isi kandungan tentang dasar privasi yang ditetapkan pada laman ini.
Untuk makluman juga, anda perlulah terlebih dahulu menyemak terma dan syarat yang terkandung dalam laman ini di sini.

Oleh kerana itu, kami beranggapan dengan melayari laman ini anda juga sudah pun membaca dan bersetuju sepenuhnya dengan terma dan syarat laman ini.
Sebarang kekeliruan atau kemusykilan silahkan hubungi kami. Dan kami juga akan membalas sebarang pertanyaan ataupun apa sahaja yang diajukan kepada kami dari anda dengan kadar yang segera.

Mungkin dengan segala maklumat dan informasi juga panduan yang telah kami sediakan ianya boleh menjadi rujukan anda pada bila-bila masa.

Sebagai kesimpulan, laman ini hanyalah menyediakan maklumat yang telah kami dapati dari laman-laman sumber lainnya dan anda mungkin juga sudah sedia maklum tentang perkara tersebut.

Apapun yang paling penting ialah maklumat yang disalurkan itu sahih dan telah pun disemak kebenarannya. Seterusnya anda boleh hubungi kami dengan layari pautan ini.

Sumber: Rujukan | Gambar Hiasan | Video Lampiran

Comment Policy: Please write your comments that match with the topic on this this page's posts. Comments that contain links will not be displayed.
Buka Komentar
You Might Also Like:
Loading...