Skip to main content
THEATER MODE

Aliff Syukri Bikin Gimik Lagi Dengan Meninggalkan Konsert Final GV5


Aliff Syukri Bikin Gimik Lagi Dengan Meninggalkan Konsert Final GV5 : Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman selaku penaja utama untuk rancangan realiti iaitu Konsert Gegar Vaganza 2018 untuk musim yang ke 5 dan juga selaku pengasas produk D’Herbs telah bertindak meninggalkan Auditorium Wisma MBSA, lokasi berlangsungnya final Gegar Vaganza musim kelima (GV 5).

Melalui satu klip video yang dimuat naik di laman media sosial melalui platform Instagram milik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman itu sendiri, beliau menyata bahawa dia terpaksa berbuat demikian kerana kesal dengan sikap kakitangan produksi program realiti itu yang merosakkan rancangannya tatkala ingin mempersembahkan single baharunya, Biar Apa Orang Kata.

"Sepatutnya tadi, Datuk Seri Dr. Vida dan Datuk Seri Salmah Ismail turut sama naik ke atas pentas menari bersama saya dengan diiringi dua pelakon lain, Zoey Rahman serta Amira Maslan (Kak Girl). Bagaimanapun, perancangan saya itu digagalkan oleh pihak produksi. Mereka layan saya seperti budak sekolah!” marahnya dalam klip tersebut." memetik dari kata-kata beliau dari dalam video tersebut.

Walaupun begitu, segelintir netizen yang meninggalkan komen di Instagram Aliff beranggapan, dia sengaja mencetuskan kontroversi sebagai gimik mempromosikan lagu ciptaan Edry Abdul Halim itu.

Dakwaan itu dikuatkan lagi apabila Aliff sempat berpesan kepada pengikut media sosialnya agar melayari laman YouTube jika mahu mendengar versi penuh lagu itu yang cuma dinyanyikan kurang seminit ketika di atas pentas.

Klip video rasmi Biar Apa Orang Kata yang masih dalam pembikinan difahamkan turut mempunyai gimik tersendiri

Astro cuba memujuk

Sementara itu, pihak pengurusan Astro berusaha menghubungi Aliff dan memujuk ahli perniagaan itu supaya berpatah balik ke auditorium, sekali gus berbincang secara baik bagi menangani masalah yang timbul.

Perselisihan antara Aliff dan pihak Astro itu tidak disedari audiens di dalam dewan, namun dapat disaksikan oleh khalayak yang kebetulan sedang berada di luar auditorium.

Selepas setengah jam berlalu, Aliff akhirnya beralah dan kembali semula ke dalam auditorium menunggu sehingga program siaran langsung itu tamat.

Video klip ciplak?

Kalau di lihat pada video musik Biar Apa Orang Kata yang di nyanyikan oleh Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, seperti ada babak-babak dalam klip video yang diplagiat dari video bertajuk Satisfaction oleh Benny Benassi sedikit dan idea tersebut diterjemahkan pada video musik terbaharu beliau. Konsep dan idea seakan-akan sama walaupun tidak secara keseluruhannya, tetapi kalau dibandingkan video musik Biar Apa Orang Kata dan Satisfaction by Benny Benassi ada kesamaan sedikit. Apapun kami di Kecoh Dot Info mendoakan semoga maju jaya buat beliau.

Ikuti Kami Di Media Sosial

Jangan lupa LIKE dan FOLLOW SEE FIRST Facebook Page Kami Di Sini. Dan jadilah sebahagian komuniti kami dengan menyertai kumpulan/group facebook kami yang kini mencecah hampir 300,000 ahli Di Sini.

Dengan berbuat demikian anda akan menjadi dikalangan antara orang yang terawal mengetahui informasi dan maklumat terkini. Cubalah kerana ianya adalah percuma!

×


Kami menghormati secara total tentang hak privasi anda. Walaupun begitu, kami juga sarankan anda membaca terlebih dahulu dasar-dasar privasi yang telah ditetapkan pada laman ini di sini.

Dan dengan melayari laman ini juga kami beranggapan anda sudah pun bersetuju dan paham serta jelas dengan membaca keseluruhan isi kandungan tentang dasar privasi yang ditetapkan pada laman ini.
Untuk makluman juga, anda perlulah terlebih dahulu menyemak terma dan syarat yang terkandung dalam laman ini di sini.

Oleh kerana itu, kami beranggapan dengan melayari laman ini anda juga sudah pun membaca dan bersetuju sepenuhnya dengan terma dan syarat laman ini.
Sebarang kekeliruan atau kemusykilan silahkan hubungi kami. Dan kami juga akan membalas sebarang pertanyaan ataupun apa sahaja yang diajukan kepada kami dari anda dengan kadar yang segera.

Mungkin dengan segala maklumat dan informasi juga panduan yang telah kami sediakan ianya boleh menjadi rujukan anda pada bila-bila masa.

Sebagai kesimpulan, laman ini hanyalah menyediakan maklumat yang telah kami dapati dari laman-laman sumber lainnya dan anda mungkin juga sudah sedia maklum tentang perkara tersebut.

Apapun yang paling penting ialah maklumat yang disalurkan itu sahih dan telah pun disemak kebenarannya. Seterusnya anda boleh hubungi kami dengan layari pautan ini.

Sumber: Rujukan | Gambar Hiasan | Video Lampiran

Comment Policy: Please write your comments that match with the topic on this this page's posts. Comments that contain links will not be displayed.
Buka Komentar
You Might Also Like:
Loading...