Skip to main content
THEATER MODE

AJK Masjid Dan Imam Diberi Amaran Jangan Kritik Kerajaan


AJK Masjid Dan Imam Diberi Amaran Jangan Kritik Kerajaan : ALOR SETAR: Lebih 100 imam dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid di daerah Kuala Muda digertak dan diberi amaran oleh seorang pegawai khas kepada Exco Agama, supaya tidak mengkritik kerajaan dan membangkitkan isu masyarakat.

Pendedahan itu dibuat pada persidangan Dun Kedah oleh dua Adun Pas, iaitu Adun Tanjung Dawai, Hanif Ghazali dan Adun Pantai Merdeka, Ahmad Fadzli Hashim.

Menurutnya, amaran itu dibuat secara terbuka dalam satu majlis taklimat bersama pegawai khas terbabit pada 24 Oktober lalu.

Hanif berkata, AJK masjid turut diingatkan agar tidak membawa khatib luar yang tidak disenangi individu tersebut.

“Program yang diadakan di Sungai Petani itu dihadiri pegawai khas berkenaan, yang memberi amaran kepada imam dan setiausaha masjid agar jangan kritik kerajaan atau sentuh perkara berkaitan isu melibatkan masyarakat termasuk lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT),” katanya, ketika ditemui di luar Dewan.

Menurutnya, amaran itu dipercayai berpunca daripada khutbah khatib di sebuah masjid yang mengingatkan kemurkaan Allah SWT akibat aktiviti tidak patuh syariat, seperti LGBT bagi mengelak negara ditimpa bencana seperti di Sulawesi.

“Saya bimbang jika dibiarkan, ia akan berulang di masjid lain pula, seterusnya menimbulkan keresahan orang ramai,” katanya.

Manakala Ahmad Fadzli berkata, perbuatan individu berkenaan adalah keterlaluan dan tidak beradab kerana hadirin yang hadir merupakan imam dan AJK masjid yang berkelayakan dan bertauliah.

“Insiden ini berlaku di kawasan saya, yang hadir ada yang sudah lama berkhidmat dan diberikan anugerah oleh pejabat agama daerah. Beliau gertak imam selain dakwa senarai khatib yang dijemput tak diiktiraf, sedangkan mereka ada kelayakan untuk berceramah,” katanya.

Menurutnya, AJK masjid turut diberi peringatan bahawa aktiviti masjid akan dipantau terutama melibatkan jemputan penceramah dan senarai khatib.

“Ia akan wujudkan ketakutan kalangan imam dan akan sekat potensi pendakwah yang ada tauliah.

Tindakan beliau sangat tidak bertanggung jawab dan boleh wujudkan kekeruhan hubungan dalam masyarakat,” katanya.

Ahmad Fadzli berkata, terdapat hadirin yang meninggalkan majlis kerana tidak berpuas hati dengan perbuatan individu berkenaan, yang sebelum ini turut menggunakan masjid untuk menghentam kerajaan terdahulu.

“Sebahagian besar imam dan AJK masjid bukan sebarangan orang, mereka juga terdiri daripada golongan profesional. Sebolehnya kami mahu perkara seperti ini diberi perhatian dan tidak berulang,” katanya.

Menurutnya, pihaknya mahu pihak berkuasa agama mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu berkenaan.

“Saya juga mohon pejabat agama pantau penyebaran Bible secara terbuka kepada orang ramai, yang baru-baru ini berlaku di daerah Pantai Merdeka. Perbuatan itu tidak munasabah kerana edar di kawasan majoriti orang Islam, boleh undang ketidakharmonian kaum,” katanya.

Ahmad Fadzli berharap, kedua-dua isu terbabit ditangani sebaiknya dan dikenakan tindakan tegas.

Terdahulu, perkara itu didedahkan Hanif dan Ahmad Fadzli ketika membahaskan ucapan Belanjawan Kedah, pada sesi pagi. - Sumber&Kredit:SinarHarian

Ikuti Kami Di Media Sosial

Jangan lupa LIKE dan FOLLOW SEE FIRST Facebook Page Kami Di Sini. Dan jadilah sebahagian komuniti kami dengan menyertai kumpulan/group facebook kami yang kini mencecah hampir 300,000 ahli Di Sini.

Dengan berbuat demikian anda akan menjadi dikalangan antara orang yang terawal mengetahui informasi dan maklumat terkini. Cubalah kerana ianya adalah percuma!

×


Kami menghormati secara total tentang hak privasi anda. Walaupun begitu, kami juga sarankan anda membaca terlebih dahulu dasar-dasar privasi yang telah ditetapkan pada laman ini di sini.

Dan dengan melayari laman ini juga kami beranggapan anda sudah pun bersetuju dan paham serta jelas dengan membaca keseluruhan isi kandungan tentang dasar privasi yang ditetapkan pada laman ini.
Untuk makluman juga, anda perlulah terlebih dahulu menyemak terma dan syarat yang terkandung dalam laman ini di sini.

Oleh kerana itu, kami beranggapan dengan melayari laman ini anda juga sudah pun membaca dan bersetuju sepenuhnya dengan terma dan syarat laman ini.
Sebarang kekeliruan atau kemusykilan silahkan hubungi kami. Dan kami juga akan membalas sebarang pertanyaan ataupun apa sahaja yang diajukan kepada kami dari anda dengan kadar yang segera.

Mungkin dengan segala maklumat dan informasi juga panduan yang telah kami sediakan ianya boleh menjadi rujukan anda pada bila-bila masa.

Sebagai kesimpulan, laman ini hanyalah menyediakan maklumat yang telah kami dapati dari laman-laman sumber lainnya dan anda mungkin juga sudah sedia maklum tentang perkara tersebut.

Apapun yang paling penting ialah maklumat yang disalurkan itu sahih dan telah pun disemak kebenarannya. Seterusnya anda boleh hubungi kami dengan layari pautan ini.

Sumber: Rujukan | Gambar Hiasan | Video Lampiran

Comment Policy: Please write your comments that match with the topic on this this page's posts. Comments that contain links will not be displayed.
Buka Komentar
You Might Also Like:
Loading...