Skip to main content
THEATER MODE

Jho Low Mungkin Dibunuh Kerana Tahu Semuanya Pasal 1MDB?

Jho Low Mungkin Dibunuh Kerana Tahu Semua Pasal 1MDB?: Xavier Andre Justo dulu pernah kecoh tentang kes beliau ditahan kerana dakwaan memeras ugut bekas majikannya. Beliau yang juga bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi) itu mengandaikan bahawa Jho Low mungkin dibunuh pihak tertentu kerana ahli perniagaan kontroversi itu 'tahu segala-galanya'.

Xavier Andre Justo betkata bahawa Jho Low adalah orang yang paling mengetahui tentang pelbagai maklumat sulit berhubung skandal yang pernah menggemparkan seluruh dunia, ianya termasuk isu dan kes berkatian syarikat PetroSaudi, Goldman­Sachs, IPIC dan 1MDB.

Dakwa Xavier Andre Justo lagi, 'hilangkan selama-lamanya' Jho Low adalah cara yang paling selamat untuk pihak yang terbabit dalam skandal berkenaan mengelak daripada dikenakan tindakan.
"Bagi ramai orang, penyelesaian terbaik ialah memastikan dia (Jho Low) hilang selama-lamanya. Saya tidak akan terkejut jika Jho Low tidak ditemui di mana-mana lagi, atau ditemui mati," katanya dalam satu temu bual dengan akhbar The Star yang disiarkan hari ini.
Xavier Andre Justo berharap perkata aseumpama itu tidak akan berlaku malah mahu ahli perniagaan berkenaan dihadapkan kemuka pengadilan yang mana dipercayai Jho Low masih bersembunyi walaupun beliau dalam orang yang paling dikehendaki untuk menyelesaikan beberapa kes.

Kehadiran atau keberadaan Jho Low adalah amat diperlukan kerana ini bagi membantu siasatan kes atau isu berhubung dana syarikat pelaburan milik kerajaan diilhamkan Datuk Seri Najib Razak itu.

Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho adalah dipercayai telah menjadi dalang itama disebalik skandal 1MDB dan menjadi buruan pihak berkuasa pelbagai negara sebelumnya, kini termasuk Malaysia.

DOJ atau Jabatan Kehakiman AS mendakwa Jho Low lah yang bertanggungjawab menyelewengkan lebih AS$4 bilion dana milik 1MDB.

Xavier Andre Justo mengatakan lagi bahawa ada kemungkinan Jho Low ini masih hidup ketika ini dalam keadaan serba mewah kerana dia dan rakan sekutunya memang gemar berbelanja besar.

Jika menginap di hotel, katanya, Jho Low akan menyewa bilik yang besar dan mahal.

"Dia tidak akan bersembunyi selama-lamanya di kampung nelayan di Kemboja. Saya pasti sekarang pun dia hidup mewah, berbelanja besar untuk membeli berbotol-botol wain dan berpesta," katanya.

Jho Low Mungkin Dibunuh Kerana Tahu Semuanya Pasal 1MDB?

Jika anda ada pertanyaan/cadangan/saranan atau ingin menghubungi kami secara terus silalah hubungi kami melalui RUANGAN PESANAN INI atau boleh terus hubungi kami diruangan LIVE CHAT INI ataupun ruangan komen di bawah.

Dan Jangan Lupa Like/Follow Laman Facebook Kami Terlebih Dahulu Agar Anda Menjadi Orang Yang Terawal Mengetahui Segala Informasi Yang Terkini.

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang apa sahaja informasi yang berkaitan seperti tajuk artikel ini ( Jho Low Mungkin Dibunuh Kerana Tahu Semuanya Pasal 1MDB? ) ,anda bolehlah join GROUP/KUMPULAN FACEBOOK kami yang mana kini telah melebihi 200,000 ahli.

Pastikan anda SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI terlebih dahulu agar membolehkan anda melihat kandungan yang kami kongsikan secara eksklusif.


https://www.kecoh.info/2018/11/Jho.Low.Mungkin.Dibunuh.Kerana.Tahu.Semuanya.Pasal.1MDB.html

Open Comments