Skip to main content
THEATER MODE

Keluarga Najib Dan Rosmah Akui Kesempitan Wang?

Najib Dan Rosmah Rayu Minta Sumbangan Ramai Kerana Kesempitan Wang? "Secara Jujur Kami Mengalami Tekanan Kewangan" itulah ungkapan dari keluarga Najib dan Rosmah dan kisah mereka menjadi tular di media sosial.

September lalu, Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa atas empat pertuduhan rasuah membabitkan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.282 bilion, hari ini membayar jaminan RM1 juta daripada jumlah keseluruhan RM3.5 juta yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen.

Walau bagaimanapun, bayaran jamin itu dibuat anak lelaki Najib iaitu Mohammed Nizar dan seorang individu bernama Mohd Shahrir Arifin selaku penjamin. Rentetan kronologi ini, anak perempuan Najib, Nooryana menyeru rakyat Malaysia untuk membantu memberikan sumbangan bagi perbelanjaan Kos Guaman dan Ikat Jamin yang telah mencecah RM7 juta.

Salam & Seruan kpd Rakyat Malaysia yg menyayangi YB DS Najib Tun Razak dan pejuang transformasi.
Kami dalam usaha untuk membantu dgn mengwujudkan Satu Tabung Solidariti 2.0 DSN untuk membantu kewangan bagi meringankan beban Dato’ Sri Najib & keluarga bagi perbelanjaan Kos Guaman dan Ikat Jamin yg telah mencecah jutaan ringgit (anggaran RM7 juta).

Tabung ini juga akan digunakan untuk membela aktivis-aktivis yang mengalami tekanan ataupun tindasan dari kerajaan kerana kerja mereka yang mengkritik kerajaan.

Kami memohon jasa baik semua untuk memberi sumbangan semampu yang boleh untuk kita sama-sama membantu beliau sekeluarga.

Harap kita dapat menunjukkan solidariti kita membantu mantan Bekas Perdana Menteri Malaysia yang telah banyak berjasa kepada negara.

Ia juga boleh memberi keberanian dan sokongan untuk bersuara kepada aktivis-aktivis lain yang mengkritik kerajaan demi prinsip semak dan imbang yang sangat penting dalam sesuatu demokrasi seperti negara kita.

Sumbangan boleh dimasukan di dalam akaun NGO yg telah dipersetujui oleh keluarga DS Najib sendiri.

Nama NGO : Gerakan Belia Sejagat
No Acc : 8007 3953 53
Bank : CIMB Bank

Minta whstapp slip bank-in kepada no tel 0193888553 untuk penyelarasan dr pihak Sekretariat.

Semoga sumbangan anda sebagai rakyat Malaysia yg masih menyayangi DS Najib dan menghargai prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara akan memberi kekuatan dan sokongan moral kepada beliau, keluarga dan aktivis-aktivis pra-demokrasi untuk menghadapi dugaan ini.

Sekian Terima Kasih

Dtk Mohd Razlan Mohd Rafii
Sekretariat Tabung Solidariti DSN & Keluarga 2.0

Sementara itu, Najib melalui Facebook miliknya turut berkongsi status tersebut serta menekankan sumbangan tersebut turut akan digunakan untuk mempertahankan aktivis-aktivis pengkritik kerajaan yang kini menerima tekanan dan tindasan dari pihak kerajaan selain mengalami masalah kewangan peribadi.

Anak saya, dengan kerjasama sebuah NGO bernama Gerakan Belia Sejagat menubuhkan sebuah tabung,dalam usaha mereka untuk menolong saya dan untuk mempertahankan aktivis-aktivis pengkritik kerajaan yang kini menerima tekanan dan tindasan dari pihak kerajaan untuk menutup mulut mereka. – termasuk seorang yang kini disaman oleh Syabas kerana pernah mengeluarkan kenyataan yang mengkritik kerajaan Selangor kerana perkhidmatan air di sana sering putus dan mungkin memberi kesan kepada kesihatan orangramai.

Secara jujurnya, kami mengalami tekanan kewangan akibat kos guaman dan ikat jamin yang tinggi.

Setakat ini, kami memperoleh pertolongan dari sahabat terdekat dan saudara-mara yang tampil ke depan untuk menolong tetapi jika boleh, kami tidak mahu membebankan mereka lagi.

Jika tak keterlaluan, sudilah jika ada kalangan saudara dan saudari yang ingin membantu dengan turut menyumbang ke tabung ini.

Namun, jika ada keutamaan lain yang mengikat kewangan anda, utamakanlah yang itu dahulu.

Apapun, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kami sekeluarga.

Najib Dan Rosmah Rayu Minta Sumbangan Ramai Kerana Kesempitan Wang?

Jika anda ada pertanyaan/cadangan/saranan atau ingin menghubungi kami secara terus silalah hubungi kami melalui RUANGAN PESANAN INI atau boleh terus hubungi kami diruangan LIVE CHAT INI ataupun ruangan komen di bawah.

Dan Jangan Lupa Like/Follow Laman Facebook Kami Terlebih Dahulu Agar Anda Menjadi Orang Yang Terawal Mengetahui Segala Informasi Yang Terkini.

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang apa sahaja informasi yang berkaitan seperti tajuk artikel ini ( ) ,anda bolehlah join GROUP/KUMPULAN FACEBOOK kami yang mana kini telah melebihi 200,000 ahli.

Pastikan anda SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI terlebih dahulu agar membolehkan anda melihat kandungan yang kami kongsikan secara eksklusif.


https://www.kecoh.info/2018/10/najib-dan-rosmah-rayu-minta-sumbangan.html

Open Comments