Skip to main content
THEATER MODE

Najib Dan Rosmah Bunuh Altantuya Dan Anak Yang Dikandungkannya?

Rakaman Video Pendedahan Rosmah Mahu Bunuh Altantuya Dan Anak Yang Dikandungkannya Tersebar Dan Menjadi Tular? : Tersebar semula video rakaman yang menyatakan bahawa Rosmah yang mahu membunuh Altantuya dan anak yang dikandungkannya itu.

Dalam video tersebut J Deepak yang juga seorang ahli perniagaan yang dahulunya dipercayai mempunyai hubungan baik dengan pasangan tersebut delah mendakwa tentang perkara yang beliau tahu bahawa Rosmah lah yang mahu membunuh Altantuya dan anak yang dikandungkannya itu.

Untuk rekod, Altantuyaa Shaariibuu telah dibunuh dengan kejam sekitar tahun 2006 di kawasan hutan di Puncak Alam dengan kepalanya dilapor ditembak sebelum badannya diletupkan dengan bom jenis C4.

Isu itu berlarutan sehinggakan kes berkenaan selepas dibicarakan mendapati dua pegawai polis yang menjadi pengawal pengiring Najib yang juga merupakan perdana menteri ketika itu didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati.

Namun kami di Kecoh.Info tidak dapat mengesahkan kes tersebut secara bebas samada betul ada kaitan mahupun tidak. Tetapi dakwaan tersebut amatlah berat seperti yang diperkatakan dalam video tersebut oleh Deepak. Memetik laporan satu laporan media atas talian yang menyatakan polis akam ambil tindakan jika Najib, Rosmah terbabit kes Altantuya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga selaku Menteri Dalam Negeri(KDN) berkata, jika ada sebarang bukti atau maklumat baru mengenai kes yang menggemparkan itu, pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya.

"Mungkin KDN boleh panggil Deepak terlebih dulu untuk mendapatkan kenyataan sebenar.

"Kalau disabitkan dalam kenyataan itu nama-nama yang disebutkan tadi dan ia perlu disiasat, maka polis akan ambil tindakan sewajarnya," kata Muhyiddin semasa menggulung perbahasan usul kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam Ramkarpal Singh (HARAPAN-Bukit Gelugor) menggesa polis menyoal siasat Najib dan Rosmah selepas Deepak membuat kenyataan baru mengenai kes pembunuhan Altantuya.

Ramkarpal yang juga seorang peguam membuat kenyataan itu semasa membahaskan usul sama.

Menjelaskan lebih lanjut Muhyiddin berkata polis sudah menyerahkan kertas siasatan mengenai pembunuhan Altantuya kepada Jabatan Peguam Negara pada 29 Jun lalu.

"Pada 10 Oktober 2018, PDRM menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menemu duga semula beberapa orang saksi.

"Sekiranya terdapat bukti baharu, mana-mana pihak boleh mengemukakannya kepada PDRM untuk siasatan lanjut," katanya.

Jom sama-sama kita ikut petikan video wawancara seorang ahli perniagaan, J. Deepak menerusi satu rakaman video wawancara berhubung kes pembunuhan model dari Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu.


Rakaman Video Pendedahan Rosmah Mahu Bunuh Altantuya Dan Anak Yang Dikandungkannya Tersebar Dan Menjadi Tular?

Jika anda ada pertanyaan/cadangan/saranan atau ingin menghubungi kami secara terus silalah hubungi kami melalui RUANGAN PESANAN INI atau boleh terus hubungi kami diruangan LIVE CHAT INI ataupun ruangan komen di bawah.

Dan Jangan Lupa Like/Follow Laman Facebook Kami Terlebih Dahulu Agar Anda Menjadi Orang Yang Terawal Mengetahui Segala Informasi Yang Terkini.

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang apa sahaja informasi yang berkaitan seperti tajuk artikel ini ( Rakaman Video Pendedahan Rosmah Mahu Bunuh Altantuya Dan Anak Yang Dikandungkannya Tersebar Dan Menjadi Tular? ) ,anda bolehlah join GROUP/KUMPULAN FACEBOOK kami yang mana kini telah melebihi 200,000 ahli.

Pastikan anda SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI terlebih dahulu agar membolehkan anda melihat kandungan yang kami kongsikan secara eksklusif.

Comment Policy: Please write your comments that match with the topic on this this page's posts. Comments that contain links will not be displayed.
Buka Komentar
You Might Also Like:
Loading...