Skip to main content
THEATER MODE

"Najib Boleh Nafi Semuanya Tapi Satu Dunia Tahu" - Tun M

"Najib Boleh Nafi Semuanya Tapi Satu Dunia Tahu" - Tun M : Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7 yang juga selaku ahli parlimen Langkawi telah menyatakan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak boleh berkata apa sahaja berkaitan dana dana RM2.6 bilion yang dipercayai sah telah dimasukkan kedalam akaun peribadi beliau yang mana Najib bertegas bahawa apa yang diterimanya adakah sumbangan derma dari Arab.

Tun Dr Mahathir Mohamad juga berkata terpulang kepada mana-mana pihak sama ada untuk mempercayai kata-kata Najib atau sebaliknya kerana apa yang jelas ketika ini ialah Arab Saudi secara peribadinya telah menafikan pemberian derma tersebut kepada Najib.

"Beliau (Najib) boleh cakap apa sahaja yang dia suka. Jika kamu mahu mempercayainya, terpulang. Perlu ada bukti cukup untuk membuktikan dakwaan itu, atau dia akan terus didakwa. Apa yang lebih penting, sama ada undang-undang mahkamah mengatakan wang berkenaan adalah dari luar atau dari Arab Saudi, orang ramai akan bertanya juga bagaimana boleh dikatakan begitu? Mungkin beliau mengatakan ada bukti. Namun, sekarang mereka (Arab Saudi) sendiri sudah menafikan dana tersebut," katanya.

Ianya adalah satu kenyataan oleh Tun Dr Mahathir dalam satu sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Anti-Rasuah 2018 dan Tadbir Urus Yang Baik dan Integriti bagi Pertumbuhan Ekonomi Mampan hari ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad juga meberitahu bahawa sekiranya tidak ada apa-apa salah laku yang dilakukan oleh Najib, sepatutnya awal-awal lagi dia sudah mengambil tindakan ke atas individu yang membuat dakwaan berkenaan isu itu sebagai contoh dakwaan rasuah dan sebagainya.

"Seluruh dunia tahu, kerajaan di bawah pimpinan Najib sebelum ini dikenali sebagai kleptokrasi dan telah didedahkan oleh semua media termasuk di Wall Street Journal. Jika dia bebas rasuah, jadi kenapa dia tidak mengambil tindakan kepada mereka yang membuat dakwaan itu? Hari ini dia didakwa berdasarkan laporan dibuat bukan sahaja oleh media antarabangsa terlibat, malah laporan oleh agensi-agensi di sini yang berjaya menjejak aliran dana berkenaan," ujarnya lagi.

Untuk rekod, Menteri Luar Arab Saudi iaitu Adel Ahmed Al-Jubeir dipetik sebagai berkata, Kerajaan Arab Saudi tidak terlibat dalam sebarang kaitan dengan derma RM2.6 bilion yang didakwa diterima Najib sebelum ini.

"Najib Boleh Nafi Semuanya Tapi Satu Dunia Tahu" - Tun M

Jika anda ada pertanyaan/cadangan/saranan atau ingin menghubungi kami secara terus silalah hubungi kami melalui RUANGAN PESANAN INI atau boleh terus hubungi kami diruangan LIVE CHAT INI ataupun ruangan komen di bawah.

Dan Jangan Lupa Like/Follow Laman Facebook Kami Terlebih Dahulu Agar Anda Menjadi Orang Yang Terawal Mengetahui Segala Informasi Yang Terkini.

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang apa sahaja informasi yang berkaitan seperti tajuk artikel ini ( "Najib Boleh Nafi Semuanya Tapi Satu Dunia Tahu" - Tun M ) ,anda bolehlah join GROUP/KUMPULAN FACEBOOK kami yang mana kini telah melebihi 200,000 ahli.

Pastikan anda SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI terlebih dahulu agar membolehkan anda melihat kandungan yang kami kongsikan secara eksklusif.



https://www.kecoh.info/2018/10/najib-boleh-nafi-semuanya-tapi-satu.html

Open Comments