Skip to main content
THEATER MODE

Elyana Lumpuh Kerana Sel Kanser Sudah Merebak?


Elyana Berkemungkinan Lumpuh Kerana Sel Kanser Sudah Merebak Ke Saraf Tunjang : Elyana yang dikenali sebagai seorang Penyanyi dan pelakon telah memaklumkan sel kanser kelenjar yang dihidapi sejak tujuh tahun lalu sudah merebak ke bahagian saraf tunjang.

Beliau telah diberitahu oleh doktor yang membuat pemeriksaan terhadapnya bahawa dirinya kini berisiko lumpuh andai tidak membuang sel yang bersarang pada bahagian berkenaan.

"Semalam, doktor beritahu saya punya Limfa Node dah ada dalam saraf tunjang. Doktor beritahu jika saya tidak bertindak segera atau melakukan apa-apa kemungkinan saya boleh lumpuh. Jadi hari ini, nak jumpa doktor pakar dan bincang apa yang patut dilakukan," katanya.

Elyana yang juga salah seorang peserta Bintang Gegar Vaganza musim ke empat (GV4) itu mendedahkan keadaan kesihatannya yang terkini menerusi akaun Instagram (IG) Story miliknya yang mana menerusi perkongsian tersebut, Elyana dilihat sedang berada di hospital.

Beliau juga turut memberitahu kulitnya kini sudah mula mengering dah dia dinasihatkan untuk menjalani radiotherapy.

"Kalau korang boleh lihat, kulit, muka dan bibir saya sudah mula mengering. Doktor minta saya buat radiotherapy bermula hari ini. Ini pertama kali saya lakukannya, doakan saya ia berjalan lancar kerana saya agak gementar," katanya lagi.

Untuk rekod bahawa sebelum ini Elyana pernah membuat pendedahkan yang dirinya sedang menghidap kanser kelenjar tahap empat pada satu siaran live rancangan realiti TV yang mengemparkan seluruh industri hiburan.

Elyana Berkemungkinan Lumpuh Kerana Sel Kanser Sudah Merebak Ke Saraf Tunjang

Jika anda ada pertanyaan/cadangan/saranan atau ingin menghubungi kami secara terus silalah hubungi kami melalui RUANGAN PESANAN INI atau boleh terus hubungi kami diruangan LIVE CHAT INI ataupun ruangan komen di bawah.

Dan Jangan Lupa Like/Follow Laman Facebook Kami Terlebih Dahulu Agar Anda Menjadi Orang Yang Terawal Mengetahui Segala Informasi Yang Terkini.

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang apa sahaja informasi yang berkaitan seperti tajuk artikel ini ( Elyana Berkemungkinan Lumpuh Kerana Sel Kanser Sudah Merebak Ke Saraf Tunjang ) ,anda bolehlah join GROUP/KUMPULAN FACEBOOK kami yang mana kini telah melebihi 200,000 ahli.

Pastikan anda SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI terlebih dahulu agar membolehkan anda melihat kandungan yang kami kongsikan secara eksklusif.


Comment Policy: Please write your comments that match with the topic on this this page's posts. Comments that contain links will not be displayed.
Buka Komentar
You Might Also Like:
Loading...