Skip to main content
THEATER MODE

Datuk Seri Dr Zahid Hamidi Ditahan Dan Bakal Didakwa

Datuk Seri Dr Zahid Hamidi Ditahan Dan Bakal Didakwa? - Kecoh dimedia sosial membincangkan tentang perkara yang dinyatakan ini. Kami juga di Kecoh.Info tidak terlepas untuk mengambil maklum isu ini dan menyemak laporan media tempatan dan menurut surat perintah hadir diri SPRM terhadap Datuk Seri Zahid Hamidi yang diserahkan semalam, iaitu hari ini Khamis 18 Oktober, Presiden Umno itu perlu hadir pada pukul 3 petang di pejabat SPRM.

Ini menurut kenyataan tersebuat beliau perlu berada di pejabat SPRM Putrajaya, maka beliau akan terlepas mengikuti kajian RM-11 (2016-2020) yang dibentangkan pada pukul 4 petang di Dewan Rakyat.

Kecoh.Info juga difahamkan bahawa kehadiran Zahid pada kali ini, akan terus ditahan berkaitan Yayasan keluarga beliau Akal Budi dan seterusnya dihadapkan ke Mahkamah pada Jumaat.

Zahid disiasat kerana pihak pegawai kewangan beliau tersalah beri cek bayaran kad kredit beliau dan isteri yang membabitkan RM800,000, walaupun wang itu telah dikembalikan sepenuhnya.

"Sekiranya benar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bakal ditahan SPRM, maka ini adalah langkah kerajaan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus menekan dan melemahkan UMNO, selepas mantan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak juga didakwa dengan pelbagai tuduhan sebelum ini" - kata rata-rata penyokong umno yang menyatakan rasa tidak puas hati apabila seorang demi seorang pemimpin mereka cuba didakwa.

"Tindakan ini boleh dianggap sebagai satu usaha untuk melemahkan UMNO, juga terus memburukkan UMNO di mata rakyat dengan pelbagai tuduhan di bawah Akta AMLA, yang kini telah dijadikan senjata utama kerajaan untuk menahan dan menekan pemimpin-pemimpin UMNO dan seterusnya ingin memadamkan nama UMNO dalam kancah politik Malaysia." - menurut penyokong UMNO.

"Tindakan kerajaan yang berterusan menahan dan mendakwa pemimpin kanan UMNO ini menimbulkan persoalan mengapa hanya UMNO, mengapa ia tidak dibuat secara adil terhadap pemimpin parti-parti lain?." - soal mereka lagi

UMNO Perak ingin menyatakan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO walaupun berada dalam keadaan senang ataupun susah.

Pengerusinya Badan Perhubungannya, Datuk Saarani Mohamad berkata, UMNO Perak mendoakan semoga Ahmad Zahid akan menghadapi semua dugaan ini dengan tabah.

Katanya, pihaknya yakin Ahmad Zahid berada di pihak yang benar dan akan mendapat pertolongan Allah.

"Ahli-ahli UMNO Perak akan terus mengadakan majlis bacaan surah Yasin dan solat hajat memohon pertolongan daripada Allah. Semoga presiden diberikan kekuatan mental dan fizikal dalam menghadapi cabaran dan dugaan ini.

"Semoga Allah memberikan hidayahnya kepada orang-orang terlibat mengendalikan siasatan dan pendakwaan ke atas beliau, sehingga beliau akan dibebaskan. Insya-Allah!," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga menyatakan sokongan UMNO Kedah yang tidak berbelah bahagi kepada President Umno di dalam kemelut yang amat mencabar ini.

"Kami sentiasa berdiri teguh bersama disamping berdoa kepada Allah S.W.T agar mengurniakan kesabaran dan ketabahan YB DS Presiden disaat saat ini.

"Saya juga menyeru kepada semua rakyat, penyokong dan ahli ahli UMNO agar mengadakan solat hajat memohon pertolongan dari Allah S.W.T. samaada secara berjamaah atau persendirian", ujarnya.

Ahmad Zahid Hamidi diminta hadir esok di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya untuk diambil keterangan – buat kali keenam – berhubung siasatan kes seleweng dana sebuah yayasan.

Menurut sumber SPRM, Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Dalam Negeri, diminta hadir di bangunan SPRM itu pada 3 petang.

Beliau mengulas mengenai Ahmad Zahid yang akan dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khamis.

Difahamkan Ahmad Zahid diarahkan hadir ke SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana membabitkan yayasan milik keluarganya iaitu Yayasan Akal Budi.-18/10/2018

Zahid Hamidi Dijangka Akan Ditangkap, Para Pemimpin UMNO Mohon Ahli Berdoa

Spekulasi penangkapan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencetuskan kenyataan sokongan daripada pemimpin parti.

Ramai yang menggesa anggota Umno berdoa supaya Zahid diberikan kekuatan untuk menghadapi penyiasatan itu.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semua ahli Umno Selangor yang dipimpinnya akan berdiri teguh di belakang Zahid.

"Kami juga berdoa kepada Allah SWT agar mengurniakan kesabaran dan ketabahan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam melalui saat-saat yang menggetirkan ini.

"Sehubungan itu, saya menyeru seluruh rakyat, penyokong dan ahli Umno khususnya ahli Umno Selangor untuk berdiri teguh dan mendoakan serta mengadakan solat hajat memohon pertolongan kepada Allah SWT sama ada secara berjemaah atau persendirian," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Ketua Wanita Umno Datuk Noraini Ahmad pula berkata sayap parti itu sedang berdoa untuk Zahid supaya tuhan akan memberikan pertolongan kepadanya dalam melalui ujian ini.

"Ini suatu ujian yang hebat untuk orang yang hebat. Justeru, Wanita Umno mendoakan semoga Allah sentiasa mengurniakan kecekalan dan ketabahan kepada beliau dalam menghadapi ujian.

"Wanita Umno... akan terus menganjurkan solat hajat dan bacaan Yasin bertujuan memohon pertolongan Allah," katanya.

Sah SPRM tahan Ahmad Zahid, pendakwaan esok

SPRM hari ini menahan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas timbalan perrdana menteri itu akan berdepan dengan beberapa pertuduhan membabitkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang melibatkan dana sebuah yayasan milik keluarganya.

Penahanan itu dibuat pada jam 3.15 petang di ibu pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini, setelah bekas timbalan perdana menteri itu diarahkan untuk hadir.

Menurut kenyataan SPRM, Ahmad Zahid dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok untuk pendakwaan.

“Ia (SPRM) mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara,” kata kenyataan itu hari ini.

Ahmad Zahid akan dituduh mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sebelum itu, Ahmad Zahid hadir ke SPRM sekali lagi hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes penyelewengan dana sebuah yayasan.

Ia merupakan kali keenam bekas timbalan perdana menteri itu dipanggil ke SPRM berhubung siasatan kes berkenaan.

Ahmad Zahid yang menaiki kenderaan jenis Lexus berwarna putih itu tiba di ibu pejabat SPRM pada kira-kira 3 petang.

Anggota Parlimen Bagan Datuk yang berbaju batik itu sentiasa tersenyum dan melambai-lambai kepada kumpulan pengamal media yang bersesak-sesak mahu merakamkan kelibatnya sehingga beliau hilang daripada pandangan.

Kira-kira 50 penyokong Ahmad Zahid pula menunggu di pintu masuk bangunan SPRM untuk menunjukkan solidariti terhadap presiden Umno itu.

Datuk Seri Dr Zahid Hamidi Ditahan Dan Bakal Didakwa?

Jika anda ada pertanyaan/cadangan/saranan atau ingin menghubungi kami secara terus silalah hubungi kami melalui RUANGAN PESANAN INI atau boleh terus hubungi kami diruangan LIVE CHAT INI ataupun ruangan komen di bawah.

Dan Jangan Lupa Like/Follow Laman Facebook Kami Terlebih Dahulu Agar Anda Menjadi Orang Yang Terawal Mengetahui Segala Informasi Yang Terkini.

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang apa sahaja informasi yang berkaitan seperti tajuk artikel ini ( Datuk Seri Dr Zahid Hamidi Ditahan Dan Bakal Didakwa? ) ,anda bolehlah join GROUP/KUMPULAN FACEBOOK kami yang mana kini telah melebihi 200,000 ahli.

Pastikan anda SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI terlebih dahulu agar membolehkan anda melihat kandungan yang kami kongsikan secara eksklusif.


https://www.kecoh.info/2018/10/datuk-seri-dr-zahid-hamidi-ditahan-dan.html

Open Comments