Skip to main content
THEATER MODE

Alhijrah TV Live Stream


Pada 16hb September 2009, stesen tv Islami pertama di Malaysia, TV AlHijrah hadir sebagai penanda era baru dalam industri penyiaran di Malaysia. Tujuan utama penubuhan stesen ini ialah menyediakan sebuah platform tv untuk mendidik, menghibur dan menyatukan ummah.

Kandungannya sesuai untuk semua lapisan umur, bagi penonton Islam dan bukan Islam. Demografi utama disasarkan kepada golongan muda dan kumpulan penonton bawah 40 tahun.

VISI
Visi TV AlHijrah ialah menjadi penyiar yang mendidik, menghibur dan menyatupadukan Ummah, melalui siaran dan penerbitan kreatif, berkualiti dan universal yang berlandaskan Islam, sesuai dan relavan untuk masyarakat tempatan dan antarabangsa.
 
MISI

TV AlHijrah akan menjadi stesen TV berkonsep Islam pertama dan terunggul di Malaysia menyiarkan kandungan berkualiti dan kreatif yang mengajak masyarkat melakukan penghijrahan berterusan ke arah kebaikan dalam semua bidang kehidupan. Misi ini akan dicapai melalui :-
  • Penyediaan kandungan berbentuk majalah, dokumentari, drama, berita, ehwal semasa, hiburan dan riadah berlandaskan prinsip Islam dan nilai sejagat
  • Memastikan kandungan menarik, bermaklumat serta sesuai untuk semua lapisan masyarakat
  • Menggunakan teknologi transmisi, penyiaran dan IT yang terkini serta menyalurkan kandungan dalam pelbagai platform
  • Pengurusan yang profesional, berakhlak, telus, berintegri, dinamik dan kreatif
  • Polisi, prosedur dan proses kerja yang efisen, efektif dan menepati amalam “best practices”
  • Pembangunan modal insan yang berterusan bagi mengharungi industri media yang dinamik
  • Perikatan strategik dengan pelbagai pihak dengan konsep “win-win”
  • Penyediaan pakej penajaan dan pemasaran yang inovatif dan kreatif
  • Memperkenalkan sistem prestasi syarikat yang memberi ganjaran dan imbuhan kepada kakitangan yang cemerlang

Alhijrah TV Live Stream

TV Alhijrah Live Streaming menyajikan siaran TV Alhijrah secara langsung melalui internet. Pengguna boleh menggunakan komputer peribadi, komputer riba, tablet mahupun telefon pintar yang mempunyai sambungan ke internet untuk mengakses TV Alhijrah Live Streaming.

Pelbagai rancangan menarik disediakan setiap hari untuk memenuhi citarasa pengguna dari pelbagai lapisan umur dan masyarakat. Di antara rancangan yang disediakan adalah Cinta Ilmu. Program ini bertemakan soal jawab tentang isu semasa serta kemusykilan agama. Program Cinta Ilmu ini dibahagikan kepada Cinta Ilmu Fiqh Syariah, Cinta Ilmu Celik Hadis, Cinta Ilmu Medan Fatwa, Cinta Ilmu Fiqh Wanita dan Cinta Ilmu Akidah & Falsafah.

Rancangan 30 Minit Ustaz Don pula merupakan kuliah interaktif yang dikendalikan oleh Ustaz Don Daniyal. Topik pengisian adalah terdiri dari pembelajaran bacaan Al Quran Al Karim (tajwid dan tadarus) dan bual bicara mengenai pelbagai isu berkaitan agama. Jalan Orang Mukmin pula adalah sebuah rancangan yang berkonsepkan kuliah fardhu ain . Ia bertujuan untuk mengajar dan memberi ilmu dalam keadaan berbeza dengan program-program agama sebelum ini.

Selain itu, program berbentuk bual bicara dapat disaksikan penonton melalui rancangan Assalamualaikum, Persepsi dan Pentas Dakwah. Majalah Islam pula adalah rancangan yang memaparkan kisah-kisah mengenai masyarakat Muslim, alam persekitaran, lokasi dan isu semasa dari perspektif Islam.

Bagi kaum Hawa, beberapa rancangan telah disediakan seperti Dr. Muhaya Dot Com, Menu Alam, Chef Ammar, Soal Wanita dan Al-Maraaya.

Bagi kanak-kanak pula, rancangan Little Tornandos, Crafty Kids Club , Zon Aulad, Misi Ady, Cloud Bread dan Pada Zaman Dahulu sesuai ditonton oleh mereka.

Reflections adalah sebahagian rancangan TV Alhijrah dalam Bahasa Inggeris. Reflections yang dihoskan oleh Imam Suhaib Webb menterjemahkan ayat-ayat Quran dengan topik yang relevan kepada umat Islam.

Fattabiouni adalah program yang mendedahkan sunnah-sunnah Nabi Muhamamd SAW selaras dengan gaya hidup masyarakat kini dengan cara yang ringkas dan padat. Siri Taman Syurga menampilkan pendakwah terkenal, Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid menyampaikan mutiara ilmu yang dipetik dari Al-Quran dan As-sunnah dengan diiringi bacaan Al-Quran dan qasidah.

Banyak lagi rancangan-rancangan menarik dan informatif yang dapat anda saksikan di TV Alhijrah Live Streaming. Bagi mengetahui susunan rancangan TV Alhijrah, sila layari http://www.tvalhijrah.com/Jadual-Rancangan.aspx

Alhijrah TV Live Stream

Jika anda ada pertanyaan/cadangan/saranan atau ingin menghubungi kami secara terus silalah hubungi kami melalui RUANGAN PESANAN INI atau boleh terus hubungi kami diruangan LIVE CHAT INI ataupun ruangan komen di bawah.

Dan Jangan Lupa Like/Follow Laman Facebook Kami Terlebih Dahulu Agar Anda Menjadi Orang Yang Terawal Mengetahui Segala Informasi Yang Terkini.

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang apa sahaja informasi yang berkaitan seperti tajuk artikel ini seperti di atas,anda bolehlah join GROUP/KUMPULAN FACEBOOK kami yang mana kini telah melebihi 200,000 ahli.

Pastikan anda SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI terlebih dahulu agar membolehkan anda melihat kandungan yang kami kongsikan secara eksklusif.


https://www.kecoh.info/2018/10/alhijrah-tv-live-stream.html

Open Comments