Skip to main content
THEATER MODE

Akhirnya Muhyiddin Yassin Sendiri Dedahkan Penyakit Luar Biasa Beliau


Akhirnya Muhyiddin Yassin Sendiri Dedahkan Penyakit Luar Biasa Beliau : Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berkongsi cerita tentang kesihatan diri beliau sendiri kepada umum. Dalam satu rakaman video beliau telah memberitahu tentang pendedahan doktor yang merawatnya.

"Alhamdulillah, kesihatan saya sudah 60 peratus pulih selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas serta beberapa sesi kemoterapi,"
kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, menyatakan bahawa beliau sudah menjalani empat sesi kemoterapi dan masih mempunyai baki empat sesi yang perlu dilakukan. Tambah beliau lagi keadaan terkini kesihatannya itu dikongsikan untuk berkongsi kepada masyarakat dan memaklumkan beliau sudah bersedia sepenuhnya untuk terus bekerja dan berbakti kepada negara.

"Saya sebenarnya sudah lama tak berucap namun hari ini saya ingin memberitahu rakyat Pagoh keadaan kesihatan terkini saya. Saya disahkan doktor mengalami kanser pankreas tahap pertama atau peringkat awal dan dinasihatkan membuang ketumbuhan kanser yang ada.

"Pankreas saya dipotong 40 peratus begitu juga deodenum dan saluran hempedu (bile duct) turut dipotong. Saya perlu menjalani lapan sesi kemoterapi di mana empat sudah selesai, empat lagi akan dilakukan dalam tempoh empat bulan ini.

"Alhamdulillah selepas menjalani empat kali sesi kemoterapi dah boleh balik kawasan hari ini. Sudah boleh pergi ke Mesyuarat Jemaah Menteri semalam, mesyuarat parti selain mempengerusikan mesyuarat berkenaan pendatang asing," katanya.

Akhirnya Muhyiddin Yassin Sendiri Dedahkan Penyakit Luar Biasa Beliau

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Menteri Dalam Negeri serta Ahli Parlimen Pagoh di Dewan Serbaguna Pagoh, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, isterinya, Puan Sri Norainee Abd Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian, Dr Sahruddin Jamal.

Difahamkan bahawa lebih 600 rakyat Pagoh menghadiri majlis ramah mesra tersebut yang juga telah menjadi kali pertama Muhyiddin pulang ke kawasan Parlimennya selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas pada 12 Julai lalu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, beliau kini berasa kesihatannya semakin pulih terutama selepas mula bekerja.

"Apabila kurang sihat, badan lemah, kepala pening, muntah-muntah dan lebih banyak berehat di rumah serta menumpukan kepada amal ibadah.

"Tapi apabila badan semakin kuat dan memaklumkan doktor yang merawat mahu pulang ke Pagoh, beliau pula risau kerana bimbangkan saya terkena jangkitan,"
katanya.

Akhirnya Muhyiddin Yassin Sendiri Dedahkan Penyakit Luar Biasa Beliau

Jika anda ada pertanyaan/cadangan/saranan atau ingin menghubungi kami secara terus silalah hubungi kami melalui RUANGAN PESANAN INI atau boleh terus hubungi kami diruangan LIVE CHAT INI ataupun ruangan komen di bawah.

Dan Jangan Lupa Like/Follow Laman Facebook Kami Terlebih Dahulu Agar Anda Menjadi Orang Yang Terawal Mengetahui Segala Informasi Yang Terkini.

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang apa sahaja informasi yang berkaitan seperti tajuk artikel ini ( Akhirnya Muhyiddin Yassin Sendiri Dedahkan Penyakit Luar Biasa Beliau ) ,anda bolehlah join GROUP/KUMPULAN FACEBOOK kami yang mana kini telah melebihi 200,000 ahli.

Pastikan anda SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI terlebih dahulu agar membolehkan anda melihat kandungan yang kami kongsikan secara eksklusif.


Comment Policy: Please write your comments that match with the topic on this this page's posts. Comments that contain links will not be displayed.
Buka Komentar
You Might Also Like:
Loading...