Skip to main content
THEATER MODE

Pingat Kebesaran Najib & Rosmah Ditarik


Pingat Darjah Kebesaran Najib dan Rosmah Ditarik Balik Oleh Pihak Istana : Pingat Darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor yang membawa gelaran Datuk Seri telah ditarik balik oleh pihak Istana Negeri Sembilan berkuat kuasa serta-merta.

Memetik dari sumber yang menyatakan bahawa pendaftar darjah negeri Dr Razali Ab Malik telah memberitahu pihak media bahawa Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS) kepada Najib dan Darjah Seri Paduka Tuanku Ja'afar Yang Amat Terpuji (SPTJ) kepada Rosmah telah pun ditarik balik yang mana setiap anugerah itu masing-masing membawa gelaran Datuk Seri Utama dan Datuk Seri.

Namun begitu beliau (Dr Razali Ab Malik) sebagai pendaftar darjah negeri tidak pula menyatakan sebabnya secara khusus dan hanya memberitahu bahawa "keputusan itu bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan institusi diraja di Negeri Sembilan".

Umum ketahui bahawa penarikan balik darjah kebesaran itu dibuat di tengah-tengah isu kes pendakwaan dan siasatan yang tidak putus serta bertali arus terhadap pasangan itu atas pelbagai dakwaan salah laku guna kuasa beserta kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Dr Razali Ab Malik juga berkata bahawa keputusan penarikan balik pingat Darjah Kebesaran tersebut dibuat dalam mesyuarat khas pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat yang hari ini di Istana Besar Seri Menanti.

Untuk rekod Najib dianugerahkan pingat Darjah kebesaran berkenaan pada tahun 2005 manakala Rosmah, yang dilahirkan di Negeri Sembilan, menerima pingatnya pada tahun 2006.

Pun begitu, Najib dan Rosmah masih mempunyai banyak lagi gelaran Datuk Seri dari negeri-negeri lain.

Najib mempunyai sembilan dari Pahang, Perak, Selangor, Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Rosmah mempunyai gelaran dari Pahang, Selangor, Melaka, Kedah, Sabah dan Sarawak, yang membawa panggilan Datuk Seri atau setaraf dengannya.

Kalau dahulunya Pada awal sekitar Februari lalu, istana Kelantan juga menarik balik Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) Al-Yunusi Kelantan yang dianugerahkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada April 2002.

Yang mana ianya berlaku kira-kira tiga bulan sebelum Pakatan Harapan memenangi pilihan raya ke-14 dan Mahathir mengangakat sumpah jawatan sebagai jadi perdana menteri di hadapan ang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, yang juga Sultan Kelantan.

Dan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah mengalami situasi yang sama pada tahun 2014. Dimana istana Selangor turut membatalkan pingat Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSSA) yang diberikan kepada bakal Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa gelaran Datuk Seri.

Pingat Darjah Kebesaran Najib dan Rosmah Ditarik Balik Oleh Pihak Istana

Jika anda ada pertanyaan/cadangan/saranan atau ingin menghubungi kami secara terus silalah hubungi kami melalui RUANGAN PESANAN INI atau boleh terus hubungi kami diruangan LIVE CHAT INI ataupun ruangan komen di bawah.

Dan Jangan Lupa Like/Follow Laman Facebook Kami Terlebih Dahulu Agar Anda Menjadi Orang Yang Terawal Mengetahui Segala Informasi Yang Terkini.

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang apa sahaja informasi yang berkaitan seperti tajuk artikel ini ( Pingat Darjah Kebesaran Najib dan Rosmah Ditarik Balik Oleh Pihak Istana ) ,anda bolehlah join GROUP/KUMPULAN FACEBOOK kami yang mana kini telah melebihi 200,000 ahli.

Pastikan anda SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI terlebih dahulu agar membolehkan anda melihat kandungan yang kami kongsikan secara eksklusif.


https://www.kecoh.info/2018/10/Pingat.Darjah.Kebesaran.Najib.dan.Rosmah.Ditarik.Balik.Oleh.Pihak.Istana.html

Open Comments