Skip to main content
THEATER MODE

Keadaan Terkini Rosmah Mansor Selepas Bebas Dari Tahanan SPRM


Keadaan Terkini Rosmah Mansor Selepas Bebas Dari Tahanan SPRM
Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya dibebaskan sementara dengan wang jaminan RM2 juta dan juga dengan 2 orang penjamin. Ianya selepas diputuskan oleh Mahkamah Sesyen semalam selepas pendakwaan dengan 17 pertuduhan penggubahan wang haram.

Kecoh.Info difahamkan bahawa ramai pihak media tempatan dan luar negara berkumpul dan membuat liputan berkaitan isu tersebut.

Passport Rosmah Mansor Diserahkan Pada Mahkamah
Mahkamah juga telah memerintahkan syarat tambahan iaitu Datin Seri Rosmah mestilah menyerahkan pasport miliknya kepada mahkamah sehingga kes tersebut selesai dan tidak dibenarkan menghubungi dan juga mengganggu saksi yang akan terlibat dalam kes tersebut.

Wang Jaminan Dikurangkan Dari 10 Juta Kepada 2 Juta
Pihak pendakwaan yang diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap Rosmah.

"Jika mahkamah membenarkan cadangan, pihak kami mencadangkan jaminan RM10 juta selain pasport diserahkan kepada mahkamah dan tidak mendekati saksi," katanya.

Bagaimanapun, peguam bela Datuk Geetham Ram yang mewakili Rosmah memohon mahkamah membenarkan jumlah jaminan dengan kadar yang munasabah iaitu RM250,000 atas alasan anak guamnya itu sentiasa memberi kerjasama dalam siasatan.

"Saya pohon jumlah jaminan yang munasabah. Usia tertuduh 67 tahun, merupakan isteri bekas Perdana Menteri dan bersedia menyerahkan pasport kepada mahkamah.

"Tertuduh telah dipanggil tiga kali pada 5 Jun, 26 September dan 3 Oktober. Beliau telah hadir tanpa gagal oleh SPRM, walaupun pada tarikh singkat, tertuduh patuh.

"Saya cadangkan jumlah jaminan RM250,000 adalah wajar dan munasabah untuk jamin kehadirian beliau ke mahkamah. Beliau sedia dengan syarat yang dipohon pihak pendakwaan iaitu pasport diserahkan. Beliau juga telah akur janji tidak mendekati mana-mana saksi berhubung kes pendakwaan," katanya.

Rosmah Mansor Bayar Jaminan
Selain itu, mahkamah juga memerintahkan Rosmah, 67, membayar jaminan RM500,000 pada hari ini manakala baki selebihnya perlu dibuat sebelum 11 Oktober ini.

Sebelum itu, Rosmah mengaku tidak bersalah terhadap 17 pertuduhan penggubahan wang haram membabitkan hampir RM7 juta selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.


Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan Rosmah berhubung siasatan pengubahan wang haram selepas SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Sebelum itu, Rosmah hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan buat kali ketiga.

Pada 26 September lalu, Rosmah dipanggil memberi keterangan dan disoal siasat hampir 13 jam.

Kali pertama Rosmah dipanggil memberi keterangan kepada SPRM ialah pada 5 Jun lalu dan disoal siasat lebih lima jam.


Keadaan Terkini Rosmah Mansor Selepas Bebas Dari Tahanan SPRM


Jika anda ada pertanyaan/cadangan/saranan atau ingin menghubungi kami secara terus silalah hubungi kami melalui RUANGAN PESANAN INI atau boleh terus hubungi kami diruangan LIVE CHAT INI ataupun ruangan komen di bawah.

Dan Jangan Lupa Like/Follow Laman Facebook Kami Terlebih Dahulu Agar Anda Menjadi Orang Yang Terawal Mengetahui Segala Informasi Yang Terkini.

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang apa sahaja informasi yang berkaitan seperti tajuk artikel ini ( Keadaan Terkini Rosmah Mansor Selepas Bebas Dari Tahanan SPRM ) ,anda bolehlah join GROUP/KUMPULAN FACEBOOK kami yang mana kini telah melebihi 200,000 ahli.

Pastikan anda SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI terlebih dahulu agar membolehkan anda melihat kandungan yang kami kongsikan secara eksklusif.


https://www.kecoh.info/2018/10/Keadaan.Terkini.Rosmah.Mansor.Selepas.Bebas.Dari.Tahanan.SPRM.html

Open Comments