Skip to main content
THEATER MODE

Inilah Sebab Kenapa Tok Pa Keluar Umno Dan masuk BERSATU

Inilah Sebab Kenapa Tok Pa Keluar Umno Dan masuk BERSATU: Datuk Seri Mustapa Mohamed atau lebih dikenali sebagai Tok Pa akhirnya telah sah masuk menjadi ahli dan anggota BERSATU. Beliau yang juga bekas anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno itu telah membuat pengumuman dalam sidang media di ibu pejabat BERSATU sebentar tadi.

Dalam sidang media itu yang mana dihadiri barisan kepimpinan tertinggi parti itu termasuk pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau membuat keputusan itu setelah meneliti perkembangan politik semasa sepanjang beberapa minggu keluar dari UMNO dan seterusnya menjadi anggota parlimen bebas.

"Saya percaya ini akan memberi peluang kepada saya untuk memainkan peranan yang lebih berkesan bagi membela kepentingan pengundi saya di Jeli..., Saya menyokong segala usaha Mahathir untuk memberi penekanan terhadap integriti dan ketelusan ke arah mewujudkan tadbir urus yang lebih baik dalam parti dan negara. Saya juga menyokong langkah oleh beliau dan kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan. Usaha ini amat penting meletakkan asas yang kukuh dalam memastikan ekonomi negara membangun secara lestari dan mampan,"
katanya yang juga anggota parlimen Jeli.

Sebelum itu, dalam sidang media tersebut juga Datuk Seri Mustapa Mohamed telah menyerahkan borang keanggotaannya sebagai ahli BERSATU kepada Tun Dr Mahathir dan kemudian beliau menerima replika kad keanggotaan yang tertera namanya.

Untuk rekod, Datuk Seri Mustapa Mohamed telah mengumumkan keluar Umno selepas lebih 40 tahun berjuang dalam parti itu pada 18 September lalu.

Beliau menyatakan bahawa antaranya beliau berbuat demikian kerana percaya hala tuju parti itu tidak lagi selari dengan prinsip politiknya dan "tidak banyak usaha dibuat untuk melakukan proses rejuvenasi" secara dalaman.

Inilah Sebab Kenapa Tok Pa Keluar Umno Dan masuk BERSATU

Memetik pandangan Tun Dr Mahathir yang juga selaku presiden parti BERSATU beliau amat mengalu-alukan penyertaan Mustapa, Mahathir berkata bekas menteri itu layak untuk menyertai partinya.

"Kita beri masa untuknya menjadi anggota parlimen bebas. Setelah kita melihat pendiriannya (dalam isu-isu), kita setuju bahawa dia layak menjadi anggota BERSATU,"
kata Tun Dr Mahathir yang juga kini menjawat sebagai jawatan perdana menteri Malaysia yang ke-7.

Ketika ditanya oleh pihak media sama ada lebih ramai bekas anggota parlimen UMNO, atau yang masih bersama parti itu, akan menyusuli langkah Mustapa, Mahathir hanya berkata beliau mengalu-alukannya.

"Kita terbuka tetapi mereka perlu jadi bebas dahulu,"
katanya.

Umum ketahui bahawa bukan sahaja Datuk Seri Mustapa Mohamed atau Tok Pa telah keluar UMNO,tapi telah ramai ahli parlimen keluar dari parti UMNO tersebut antara anggota parlimen yang telah keluar Umno selepas PRU ke-14 adalah Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Rosman Isli (Labuan), Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis) dan Datuk Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai).

Difahamkan bahawa Rozman telah menyertai Parti Warisan Sabah, lagi empat belum menyertai mana-mana parti. Dan seterusnya menjadikan anggota parlimen Umno berkurang daripada 54 kepada 48 orang selepas kejadian 9 Mei kekalahan pemerintahan terdahulu.

Inilah Sebab Kenapa Tok Pa Keluar Umno Dan masuk BERSATU

Jika anda ada pertanyaan/cadangan/saranan atau ingin menghubungi kami secara terus silalah hubungi kami melalui RUANGAN PESANAN INI atau boleh terus hubungi kami diruangan LIVE CHAT INI ataupun ruangan komen di bawah.

Dan Jangan Lupa Like/Follow Laman Facebook Kami Terlebih Dahulu Agar Anda Menjadi Orang Yang Terawal Mengetahui Segala Informasi Yang Terkini.

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang apa sahaja informasi yang berkaitan seperti tajuk artikel ini ( ) ,anda bolehlah join GROUP/KUMPULAN FACEBOOK kami yang mana kini telah melebihi 200,000 ahli.

Pastikan anda SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI terlebih dahulu agar membolehkan anda melihat kandungan yang kami kongsikan secara eksklusif.


https://www.kecoh.info/2018/10/Inilah.Sebab.Kenapa.Tok.Pa.Keluar.Umno.Dan.masuk.BERSATU.html

Open Comments