Skip to main content
THEATER MODE

40 MP Umno Akan Keluar Parti Lagi

40 MP Umno Akan Keluar Parti Lagi : Kalau sebelum ini kecoh tentang penyertaan Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Terbaharu salah seorang Anggota Majlis Tertinggi BERSATU Datuk A Kadir Jasin memberi gambaran kemungkinan 40 lagi wakil rakyat Umno akan keluar parti.

Memetik daripada laporan media-media tempatan Datuk A Kadir Jasin menyatakan bahawa beliau telah pun mendengar khabar angin tersebut buat beberapa kalinya dan akan menjangkakan sejumlah pemimpin Umno akan keluar parti dan seterusnya menyertai BERSATU.

"Saya ada terdengar khabar angin, cakap-cakap, sehingga 40 orang ahli parlimen Umno akan keluar parti. Dan mungkin sebahagian dari mereka akan menyertai BERSATU," katanya memetik dari satu laporan portal berita atas talian.

Datuk A Kadir Jasin bagaimanapun tetap menegaskan bahawa BERSATU menetapkan syarat agar anggota parlimen yang ingin menyertai parti itu berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas terlebih dahulu dan BERSATU berhak menerima atau menolak permohonan mereka.

"Bukan semua orang akan diterima menyertai BERSATU," katanya lagi.

40 MP Umno Akan Keluar Parti Lagi

Datuk A Kadir Jasin menjawab pertanyaan wartawan yang bertanyakan sama ada perkara itu dibincangkan ketika mesyuarat Majlis Tertinggi BERSATU semalam sebagai berkata ianya bukanlah agenda rasmi mesyuarat itu, namun disebutkan ketika parti itu mengadakan persediaan menerima Mustapa.

Datuk Seri Mustapa Mohamed atau lebih dikenali sebagai Tok Pa adalah merupakan seorang bekas menteri, mengumumkan keputusannya menyertai BERSATU semalam, lebih kurang sebulan selepas meninggalkan Umno.

Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar dari Umno sebelum ini kerana beliau telah tidak lagi percaya dengan hala tuju parti itu yang menurutnya tidak selari dengan prinsip politiknya.

Dan untuk rekod juga selain Datuk Seri Mustapa Mohamed, wakil rakyat Umno yang lain yang meninggalkan parti itu selepas pilihan raya umum ke-14 ialah: Anggota Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Syed Abu Hussin, Anggota Parlimen Labuan Datuk Seri Rozman Isli, Anggota Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman, dan Anggota Parlimen bagan Serai Datuk Seri Noor Azmi Ghazali.

Umum ketahui selepas PRU14 yang lalju Umno mempunyai 54 anggota parlimen tetapi dengan keluarnya beberapa ahli parlimen dari parti UMNO tersebut telah menjadikan jumlah terkini hanya ada 48 sahaja.

Dengan penyertaan Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai BERSATU kini mempunyai 14 kerusi di parlimen, AMANAH 3, DAP 42, dan PKR 50 kerusi.

40 MP Umno Akan Keluar Parti Lagi

Jika anda ada pertanyaan/cadangan/saranan atau ingin menghubungi kami secara terus silalah hubungi kami melalui RUANGAN PESANAN INI atau boleh terus hubungi kami diruangan LIVE CHAT INI ataupun ruangan komen di bawah.

Dan Jangan Lupa Like/Follow Laman Facebook Kami Terlebih Dahulu Agar Anda Menjadi Orang Yang Terawal Mengetahui Segala Informasi Yang Terkini.

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang apa sahaja informasi yang berkaitan seperti tajuk artikel ini ( ) ,anda bolehlah join GROUP/KUMPULAN FACEBOOK kami yang mana kini telah melebihi 200,000 ahli.

Pastikan anda SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI terlebih dahulu agar membolehkan anda melihat kandungan yang kami kongsikan secara eksklusif.


https://www.kecoh.info/2018/10/40-mp-umno-akan-keluar-parti-lagi.html

Open Comments