Skip to main content
THEATER MODE

1News TV Live Stream

1News TV Malaysia Live Streaming adalah salah satu stesen siaran television Malaysia. Channel yang dimiliki oleh RTM ini telah mendapat hati dikalangan peminat tv tempatan iaitu Malaysia.

Walaupun bernaung di bawah bumbung Radio Televisyen Malaysia (RTM), 1News mempunyai hala tuju yang berbeza. Dengan konsep segar, portal yang bakal menyambut ulang tahun pertama pada bulan April ini menjadikan golongan muda sebagai sasaran utama.

Penggunaan laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram merupakan salah satu langkah terbaik dalam usaha memberi maklumat terkini kepada golongan muda melalui penyampaian berita.

Bagi yang pernah melayari portal 1News, anda pasti melihat ciri-ciri interaktif terutama aspek grafik yang ditonjolkan. Grafik juga memainkan peranan utama yang membantu menarik perhatian pembaca sewaktu melayari portal 1News.

Pereka Grafik 1News, Mohd. Suhail Mohamed Rahmat, 26, memberitahu, dia bersama empat orang unit grafik yang lain merupakan tulang belakang dalam rekaan montaj untuk setiap berita yang akan disiarkan.

Unit Grafik

Menurut graduan Fakulti Seni dan Reka Bentuk (Grafik), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor itu, tugas Unit Grafik tertumpu kepada rekaan latar belakang program berita yang akan disiarkan di portal tersebut.
  • Empat berita bahasa Melayu dan empat berita dalam bahasa Inggeris akan disiarkan setiap hari. Tugas grafik lebih tertumpu kepada rekaan montaj setiap berita dan program. Setiap program dan berita portal 1News seperti Sportlight, Wawancara Khas dan Carta Muzik Top 7 mempunyai montaj yang berbeza.
  • Selain itu, kami juga bertungkus lumus memproses berita kepada gambaran grafik yang interaktif dan santai untuk diletakkan di laman Facebook. Kaedah itu juga merupakan salah cara 1News mempromosikan berita menerusi laman sosial, ujarnya.

Matlamat asal penubuhan 1News ialah untuk menyampaikan berita yang boleh diakses oleh segenap lapisan masyarakat.

Laporan yang disiarkan melalui portal 1News merangkumi berita tempatan, dunia, bisnes, gaya hidup, sukan dan kesihatan. Selain itu, program bercorak wawancara khas pula terbahagi kepada dua iaitu Di Sebalik Islam dan Laporan Khas.

Unit Grafik 1News terbahagi kepada dua pasukan iaitu grafik gerakan untuk montaj dan grafik untuk berita di laman portal serta Facebook.

Mesyuarat antara pihak pengurusan dan Unit Grafik yang diadakan pada setiap bulan juga merupakan salah satu langkah terbaik untuk menjana idea baharu dalam usaha mempertingkatkan kualiti grafik portal tersebut.

Berkongsi pengalaman sebagai Pembaca Berita portal 1News, Abdul Rahman Khairuddin, 23, memberitahu, sekurang-kurangnya dia akan menyampaikan berita sebanyak tiga kali sehari.

Menurut anak jati Shah Alam, Selangor itu, penyertaannya bersama 1News kerana meminati dalam penyampaian berita yang berkonsepkan isu-isu rakyat di negara ini.

  • Sebelum menceburi bidang pembacaan berita di 1News, saya pernah menjalankan latihan industri di salah sebuah syarikat televisyen swasta ketika menuntut di semester akhir dalam jurusan Kewartawanan di Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC). Saya gunakan pengalaman itu sebagai bekalan untuk memulakan karier di 1News.
  • Setelah menyertai 1News, saya diberi tugasan untuk menyampaikan berita sukan. Daripada tugasan itu, saya mula meminati berita sukan. Penyampaian berita sukan perlu lebih bersemangat dan dalam masa yang sama elemen santai harus diterapkan, ujarnya yang mengagumi cara pembacaan penyampai Berita Dunia saluran TV1, Farit Ismeth Emir.

Menurutnya, pembahagian masa sewaktu menyampaikan berita portal 1News berbeza siaran menerusi televisyen. Dia diperuntukkan masa selama lima hingga lapan minit untuk membaca enam atau lapan berita.

Abdul Rahman juga perlu membaca berita yang padat dengan maklumat dalam masa seminit. Kaedah itu merupakan salah satu langkah terbaik untuk mengasah bakatnya dalam penyampaian berita.

  • Kebiasaannya, saya sendiri akan menyunting berita yang diperoleh daripada Bernama dan Unit Berita Televisyen RTM kerana 1News tidak mempunyai wartawan sukan. Sesi penyuntingan berita itu juga mengajar saya cara untuk menyelaraskan penulisan dan pembacaan berita dalam masa yang ditetapkan, ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Mencari bahan

Selain itu, Abdul Rahman turut membantu aspek teknikal seperti pengendalian kamera ketika rakan-rakan penyampai berita yang lain mengadakan rakaman.

Tidak lengkap sesebuah portal berita tanpa wartawan yang bertungkus lumus mencari bahan untuk siaran.

Wartawan Meja Bisnes portal 1News, Nor Amalina Abdul Karim, 24, berkongsi pengalaman, setiap hari dia bersama seorang jurukamera akan keluar mencari satu bahan berita bisnes untuk siaran di portal tersebut.

Menurut graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dalam bidang Penyiaran, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu, dia juga perlu mencari bahan untuk laporan khas yang akan disiarkan dalam segmen Bisnes.

  • Walaupun gaya penulisan untuk laporan bisnes lebih serius, saya dilatih agar menjadikan berita itu lebih santai dan mudah difahami. Pada masa yang sama, olahan ayat yang ringkas juga perlu untuk menyelaraskan dengan skrip yang bakal dibaca oleh pembaca berita di studio.
  • Usai mendapatkan bahan berita, setiap wartawan 1News perlu mempunyai komunikasi yang baik dengan jurukamera dan editor visual. Mereka merupakan individu penting yang membantu memudahkan tugasan wartawan untuk menyiapkan laporan dan skrip,� ujar anak jati Seberang Perai, Pulau Pinang itu.

Tambahnya, bertugas sebagai wartawan menuntut dirinya untuk menjalankan pelbagai tugasan dalam satu masa. Tidak hanya tertumpu kepada penghasilan laporan, Nor Amalina juga perlu menyunting video daripada jurukamera untuk kegunaan ketika sesi rakaman penyampaian berita.

Sebagai seorang wartawan di sebuah portal baharu, Nor Amalina tidak menafikan bahawa amat sukar untuknya memperkenalkan portal tersebut kepada syarikat-syarikat dan orang ramai ketika menjalankan tugasan.

  • Saya bangga bekerja sebagai wartawan di portal 1News walaupun sering dibayangi oleh Unit Berita RTM. Ia bukan menjadi satu masalah kerana saya berpeluang menerangkan kewujudan portal 1News secara lebih terperinci kepada mereka, jelasnya.

Sementara itu, Editor Visual 1News, Mohamad Zulazri Suradi, 26, memberitahu, unit tersebut bertanggungjawab untuk merekod berita yang disampaikan oleh pembaca di studio.

Skrip

Menurutnya, lapan orang editor visual juga dilatih untuk mengendalikan mesin Tricaster (penukar saluran) ketika pembaca membaca berita.
  • Video pembacaan berita yang dirakamkan pada skrin hijau akan disunting menggunakan perisian Adobe Premier. Editor visual juga akan memastikan skrip yang dibaca oleh penyampai berita diselaraskan dengan video yang dipaparkan.
  • Selain rakaman, portal 1News juga menyampaikan berita secara langsung pada waktu pagi berdasarkan bahan laporan yang diperoleh semalam. Tugasan visual editor visual lebih mencabar ketika berita disiarkan secara langsung. Kami perlu lebih cekap menyelaraskan visual dengan berita yang dibaca oleh penyampai, ujar graduan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dalam bidang penyiaran UiTM, Shah Alam itu.
Bagi Mohamad Zulazri, dia sentiasa berkolaborasi dengan wartawan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai penulisan berita agar memudahkan tugasnya untuk memilih visual dan video yang bersesuaian untuk siaran.

1News TV Malaysia Live Streaming


1News TV Malaysia Live Streaming

Jika anda ada pertanyaan/cadangan/saranan atau ingin menghubungi kami secara terus silalah hubungi kami melalui RUANGAN PESANAN INI atau boleh terus hubungi kami diruangan LIVE CHAT INI ataupun ruangan komen di bawah.

Dan Jangan Lupa Like/Follow Laman Facebook Kami Terlebih Dahulu Agar Anda Menjadi Orang Yang Terawal Mengetahui Segala Informasi Yang Terkini.

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang apa sahaja informasi yang berkaitan seperti tajuk artikel ini seperti di atas,anda bolehlah join GROUP/KUMPULAN FACEBOOK kami yang mana kini telah melebihi 200,000 ahli.

Pastikan anda SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI terlebih dahulu agar membolehkan anda melihat kandungan yang kami kongsikan secara eksklusif.

Comment Policy: Please write your comments that match with the topic on this this page's posts. Comments that contain links will not be displayed.
Buka Komentar
You Might Also Like:
Loading...