Skip to main content
THEATER MODE

Tonton Gegar Vaganza 2018 Secara Online



Tonton Gegar Vaganza 2018 Secara Online : Program Gegar Vaganza 2018 ini adalah salah satu program realiti tempatan Malaysia dimana pihak Astro sebagai penyiar rasmi untuk program tersebut. Dalam program itu juga seramai 12 orang penyanyi professional lama atau berpengalaman dalam industri muzik di Malaysia berentap ataupun bersaing dalam satu pertandingan nyanyian dan seterusnya merebut selaku juara.

Terdahulu program Gegar Vaganza ini yang pertama kalinya telah disiarkan pada sekitar tahun 2014 telah mendapat sambutan ramai yang mana pada tahun ini menjadikan siri yang 5 untuk program itu sendiri.

Melalui Program Gegar Vaganza ini juga telah mengiktirafkan peserta-peserta yang turut serta bertanding dalam program tersebut dan di bawah ini kami imbas kembali:
Pemenang Gegar Vaganza Musim 1 (2014) : Ayai (Illusi) Juara (RM100,000)
Pemenang Gegar Vaganza Musim 2 (2015) : Siti Nordiana : Juara (RM100,000), Persembahan Terbaik Pilihan Penonton (RM5,000)
Pemenang Gegar Vaganza Musim 3 (2016) : Azharina : Juara (RM 100,000)
Pemenang Gegar Vaganza Musim 4 (2017) : Aishah : Juara (RM 100,000)
Pemenang Gegar Vaganza Musim 5 (2018) : Anda rasa siapa bakal juara?

Rancangan realiti TV Gegar Vaganza 2018 ini akan disiarkan di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Jom kita semak maklumat penuh di bawah ini:

Siaran Langsung / Live
Tajuk Gegar Vaganza 2018
Tarikh Tayangan 30 September 2018 (Setiap Ahad, 9 Malam)
Genre Program Realiti TV
Terbitan Astro
Peserta:
-Elite
-Forteen
-Billy Zulkarnain
-Hetty Sarlene
-Amelina
-Farahwahida
-Dia Fadila
-Safura
-Noryn Aziz
-Maya
-Shafie Rio
-Zamani
RATING/PENILAIAN KAMI: ★★★★☆

Tonton Gegar Vaganza 2018 Secara Online

Dan Inilah Biodata Penuh Peserta Gegar Vaganza 2018

1) Elite
Anggota:
  • Azza = Nor AzzarimaBinti Zawari
  • Sasha= Sasha Mohamad Saidin
  • Watie= NorwatiBinti Sadali
  • Linda= AzlindaBinti Rafar,
Fakta:Kumpulan Elite merupakan artis rakaman KRU Records yang sulung, ditubuhkan pada tahun 1996. Kumpulan Elite digelar sebagai Spice Girls Malaysia. Anggota Elite mula mengadakan persembahan pertama mereka ketika konsert 'Awasda' Concert' KRU 1995

Lagu Popular:
  • G.I.G
  • Trauma

2) Forteen
Anggota:
  • Ariz = Saiful Ridzuan Abdul Hamid
  • One = Muhammad Ridzuan Sharifuddin
  • Izzue Islam = Muhammad Izzul Islam Mazlan
  • Ameer = Mohamad Arif Ameerais Azhar
Fakta: Mula aktif pada tahun2011 di bawah syarikat rakaman KRU Records. Kesemua ahli Forteen kini aktif secara solo, dalam bidang nyanyian & lakonan. Pada tahun2017, One Forteen telah menyertai sebuah rancangan reality di Indonesia berjudul D’ Academy Asia 3

Lagu Popular:
  • Berdua Bersatu
  • Seperti Dulu

3) Billy Zulkarnain
Anggota:
  • Nine = Meor Zulkarnain Bin Mohd Zamhuri
  • Billy = Sheikh Ahmad Rabilly bin Sheikh Abdul Rahman
Fakta: Nine dan Billy merupakan2 penyanyi utama kumpulan Phyne Ballerz
Phyne Ballerz berpisah pada tahun 2004. Pada Februari 2005, KRU menubuhkan kumpulan duo Billy Zulkarnain

Lagu Popular:
  • Hati Terluka
  • Apa Yang Kau Mahu

4) Hetty Sarlene
Nama Penuh: Hetty Sarlene Binti Abdul Hamid
Asal: Singapura
Fakta: Dinamakan bersempena dengan penyanyi wanita Indonesia, Hetty Koes Endang
Pernah mewakili Singapura dalam Festival Lagu Asia 1999 (ke-4). Pernah menyertai Asia Bagus1999 di Bali, Indonesia (ke-5)
Lagu Popular:
  • Rindu Aku Rindu (2000)
  • Demi Cinta Kita ft Anuar Zain (2000)

5) Amelina
Nama Penuh: Norazlina Bt Amir Sharipuddin
Asal: Negeri Sembilan
Fakta: Merupakan penyanyi dangdut wanita pertama di Malaysia hasil eksperimen Warner Music 1994 . Lagu"Rindu" menjadi lagu megahits pada tahun tersebut hingga menjuarai carta Radio Muzik selama lebih dari 6 minggu. Album sulung Amelina Berjaya terjual melebihi200,000 unit dalam tempoh setahun termasuk di Indonesia serta mendapat Anugerah Platium.
Lagu Popular:
  • Rindu (1994)
  • Yang Indah Yang Hangat (1995)

6) Farahwahida
Nama Penuh: Farahwahida Binti Razali
Asal: Perak
Fakta: Farwahida telah diundang oleh Millenium Art untuk menyanyikan lagu tema ‘Masih Ada Rahsia’ untuk drama bersiri terbitan Eurofine yang ditayangkan untuk Astro
Kemunculan awal Farawahida banyak menyanyikan lagu untuk Ost Drama & Filem

Lagu Popular:
  • Tanpamu
  • Semunya Ada Di Sini

7) Dia Fadila
Nama Penuh:Nur Fardilla Nadia Abu Bakar
Asal: Selangor
Fakta: Dia Fadila juga merupakan anak didik Syafinaz.
Mewakili Malaysia ke ASEAN Golden Melodies Festival 2008 dan menang Piala Emas untuk katergori Pop & Piala Silver untuk kategori Tradisional
Karier seni Dia Fadila sebagai seorang penyanyi bermula dari menyertai beberapa pertandingan nyanyian.
Lagu Popular:
  • Aku Masih Setia
  • Andai

8) Safura
Nama Penuh: Safura Binti Yaacob
Asal: : Kuala Lumpur
Fakta:Pada awal 1990an, Safura mula menjinakkan diri dalam dunia nyanyian sebagai penyanyi di kelab malam. Hanya pada tahun 1996 beliau mula diikat kontrak oleh BMG Music Malaysia sebagai penyanyi rakaman. Album Sedalam Mana Cintamu terbitan komposer LY menerima nominasi AnugrahIndustri Muzik.

Lagu Popular:
  • Sedalam Mana Cintamu
  • Jangan Menangis Sayang

9) Noryn Aziz
Nama Penuh:Norazmahwati Binti Abd Aziz
Asal:Shah Alam, Selangor
Fakta:Merupakan penyanyi jaz Malaysia. Memulakan kerjaya muzik pada tahun 1996 bersama kumpulan Sister-Sister. Bergerak solo pada tahun 1997

Lagu Popular:
  •  Cerita Cinta
  • Fantasi o Realiti

10) Maya
Nama Penuh: Meyanaliza Ruslee
Asal: Johor Bahru
Fakta:Popular pada tahun 90-an dengan lagu Matahari
Maya kini sudah berhijab (2018). Album pertama Maya dilahirkan pada 25 Mac 1995, memuat kan single nya, Matahari

Lagu Popular:
  • Matahari
  • Perlu Ada Setia

11) Shafie Rio
Nama Penuh: Shafiee Bin Ali
Asal: Johor
Fakta: Merupakan kumpulan penyanyi pertama yang menanda tangani kontrak Bersama Fantasia Music City (FMC Music). Mencipta nama sekitar tahun1990-an. Pencapaian terbaik beliau ialah menjadi finalis pertandingan Pujaan 10 Nescafe 1992

Lagu Popular:
  • Layu Di Hujung Mekar
  • Haruskah

12) Zamani
Nama Penuh: Zamani Bin Ibrahim
Asal: Ampang, Selangor
Fakta: Pada penghujung tahun1999 Slam secara rasmi direhatkan seketika apabila Zamani keluar dan Shah pula sebagai ketua kumpulan bertindak menyertai kumpulan lagenda Search untuk album SelepasBanjir. Zamani memulakan karier solo pada tahun 2002

Lagu Popular:
  • Gerimis Mengundang
  • Buat Seorang Kekasih

Tonton Gegar Vaganza 2018 Secara Online


Jika anda ada pertanyaan/cadangan/saranan atau ingin menghubungi kami secara terus silalah hubungi kami melalui RUANGAN PESANAN INI atau boleh terus hubungi kami diruangan LIVE CHAT INI ataupun ruangan komen di bawah.

Dan Jangan Lupa Like/Follow Laman Facebook Kami Terlebih Dahulu Agar Anda Menjadi Orang Yang Terawal Mengetahui Segala Informasi Yang Terkini.

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang apa sahaja informasi yang berkaitan seperti tajuk artikel ini ( ) ,anda bolehlah join GROUP/KUMPULAN FACEBOOK kami yang mana kini telah melebihi 200,000 ahli.

Pastikan anda SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI terlebih dahulu agar membolehkan anda melihat kandungan yang kami kongsikan secara eksklusif.


Comment Policy: Please write your comments that match with the topic on this this page's posts. Comments that contain links will not be displayed.
Buka Komentar
You Might Also Like:
Loading...