Skip to main content
THEATER MODE

Saleem Iklim Meninggal Dunia?


Saleem Iklim Meninggal Dunia? - Kecoh di media sosial tentang penyebaran keadaan terkini penyanyi Saleem Iklim yang dikatakan telah meninggal dunia.

Satu status hantaran yang dikongsikan oleh pengguna laman sosial dan menggunakan nama Mohd Amir menyatakan Saleem Iklim telahpun meninggal dunia. Tapi posting tersebut tidak menyatakan dari mana sumber dan kesahihannya.





Pun begitu, melalui tinjauan Kecoh.Info pada posting tersebut ramai yang memberi komen sedekahkan Al-fatihah kepada beliau.

Dulu pernah viral 2 kali pasal isu Saleem Iklim meninggal dunia, harap kali ni pula janganlah viral benda sama.

Terdahulu, bernama Saleem yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Khamis selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta dari arah belakang ketika vokalis kumpulan Iklim itu keluar membeli barang.

Isterinya, Julia Bachok ketika dihubungi mStar Online memberitahu kejadian itu berlaku berdekatan rumah mereka di Bandar Mahkota Cheras sebelum Saleem dibawa ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan.

"Ketika kejadian saya tidak berada di rumah kerana sedang membeli baju untuknya pakai di majlis bertemu peminat sebelah malam di Shah Alam."

"Dia ada beritahu hendak keluar sebentar beli barang dan tidak sangka pula Saleem kemalangan."

"Panik saya dibuatnya apabila ada orang beritahu suami kemalangan dan segera saya bergegas ke hospital," katanya.

Julia berkata demikian sebagai mengesahkan khabar angin mengatakan Saleem kemalangan jalan raya di laman sosial.

Menerusi status yang tersebar itu, Saleem dikatakan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang selain berada dalam keadaan koma.

Maklumat tersebar itu mendakwa impak kemalangan berkenaan menyebabkan tulang rusuk penyanyi lagu Suci Dalam Debu itu tersusuk ke bahagian paru-parunya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai keadaan sebenar Saleem, Julia berkata, suaminya berada dalam keadaan stabil namun dia enggan mengulas lanjut mengenainya.

Bagiamanapun kata Julia, pihaknya sedang dalam proses memindahkan Saleem ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Apa yang boleh saya katakan sekarang keadaan Saleem stabil. Tentang apa yang ditularkan mengenai keadaan suami, saya enggan mengulas."

"Bukan saya tidak mahu beritahu tapi tidak mahu kalau cerita orang ingat saya ingin minta simpati tetapi Saleem stabil dan tidaklah seteruk yang diberitahu."

"Pinta saya agar semua peminat mendoakan agar Saleem segera sembuh dan apa yang berlaku ini adalah ujian Allah," katanya.

Hasil pemeriksaan kami pada akaun facebook milik anak beliau Nursyafiq Farhain, beliau menafikan dan meminta agar netizen menghentikan viralkan desas-desus perkara itu.

Apa-apa pun kami doakan agar semua dipermudahkan. Amin!

Saleem Iklim Meninggal Dunia?


Jika anda ada pertanyaan/cadangan/saranan atau ingin menghubungi kami secara terus silalah hubungi kami melalui RUANGAN PESANAN INI atau boleh terus hubungi kami diruangan LIVE CHAT INI ataupun ruangan komen di bawah.

Dan Jangan Lupa Like/Follow Laman Facebook Kami Terlebih Dahulu Agar Anda Menjadi Orang Yang Terawal Mengetahui Segala Informasi Yang Terkini.

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang apa sahaja informasi yang berkaitan seperti tajuk artikel ini ( ) ,anda bolehlah join GROUP/KUMPULAN FACEBOOK kami yang mana kini telah melebihi 200,000 ahli.

Pastikan anda SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI terlebih dahulu agar membolehkan anda melihat kandungan yang kami kongsikan secara eksklusif.


https://www.kecoh.info/2018/09/saleem-iklim-meninggal-dunia.html

Open Comments