Skip to main content
THEATER MODE

Pelakon Dan Pelawak Acappan Meninggal Dunia


Pelakon Dan Pelawak Acappan Meninggal Dunia
Seorang pelakon lelaki dan juga pelawak terkenal Accapan atau nama sebenarnya Samynathan A/L Rethinam (63 tahun) telah meninggal dunia pada pagi ini. Takziah kepada keluarga beliau. Industri hiburan tanah air berdukacita atas pemergian pelakon yang popular melalui sitkom Pi Mai Pi Mai Tangtu ini.


Menurut Hafiz Nafiah Setiausaha Agung Seniman, "Anak bongsu mendiang iaitu Yhuveneshwary memberitahu bapanya menghembuskan nafas terakhir lebih kurang pukul 2.43 pagi di rumahnya dan di sisi keluarga. Anaknya mendakwa bapanya meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang. Upacara penghormatan terakhir akan dilakukan di rumah beliau sekitar pukul 3 petang hari ini di alamat 12A Jalan PU 3/2A, Taman Puchong Utama 47140, Selangor."

Accapan meninggalkan seorang isteri Yogeswari Subramaniam (53) dan tiga orang anak iaitu Vikneshwaran Samynathan (31), Dhineshwaran Samynathan (28) dan Yhuveneshwary Samynathan(24).

Accapan telah banyak berlakon drama dan filem tempatan dengan pelbagai watak yang mencuit hati penonton. Tentunya para peminat akan merindui telatah beliau.

Kami di Kecoh Dot Info mengucapkan salam takziah kepada keluarga beliau.

Pelakon Dan Pelawak Acappan Meninggal Dunia


Jika anda ada pertanyaan/cadangan/saranan atau ingin menghubungi kami secara terus silalah hubungi kami melalui RUANGAN PESANAN INI atau boleh terus hubungi kami diruangan LIVE CHAT INI ataupun ruangan komen di bawah.

Dan Jangan Lupa Like/Follow Laman Facebook Kami Terlebih Dahulu Agar Anda Menjadi Orang Yang Terawal Mengetahui Segala Informasi Yang Terkini.

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang apa sahaja informasi yang berkaitan seperti tajuk artikel ini ( ) ,anda bolehlah join GROUP/KUMPULAN FACEBOOK kami yang mana kini telah melebihi 200,000 ahli.

Pastikan anda SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI terlebih dahulu agar membolehkan anda melihat kandungan yang kami kongsikan secara eksklusif.


Comment Policy: Please write your comments that match with the topic on this this page's posts. Comments that contain links will not be displayed.
Buka Komentar
You Might Also Like:
Loading...