Skip to main content
THEATER MODE

Peguam Najib Ditahan Dan Bakal Didakwa Pagi Ini


Peguam Najib Ditahan Dan Bakal Didakwa Pagi Ini
Peguam kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini terhadap empat pertuduhan pengubahan wang haram.

Menurut sumber, beliau ditahan di sekitar Kuala Lumpur, awal pagi ini.

“Beliau didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. (AMLATFPUAA)," kata sumber berkenaan.

Baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pasukan peguamnya sudah menyerahkan afidavit yang ditandatangani oleh pegawai Jabatan Peguam Negara mengesahkan dakwaan pembayaran dibuat kepada Muhammad Shafee, kepadanya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya, Anwar berkata, pembayaran sebanyak RM9.5 juta itu dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak antara September 2013 sehingga Februari 2014.

“Umum mengetahui bahawa Muhammad Shafee bertindak sebagai pendakwa raya khas dalam rayuan terhadap pembebasan saya bermula Julai 2013 sehingga selesai di Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015.

“Saya mengulangi bahawa Muhammad Shafee tidak sepatutnya dibenarkan bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes rayuan itu. Pelantikan seorang pendakwa raya bukanlah amalan biasa bagi Peguam Negara dan lebih ganjil lagi yang dilantik itu seorang kenalan rapat Najib,” katanya.

Anwar berkata, Muhammad Shafee sendiri menjadi saksi kejadian konspirasi terhadapnya yang berlaku dalam kehadiran Najib dan membuatkan kedua-dua mereka berkemungkinan menjadi saksi.

“Apabila Muhammad Shafee menerima RM 9.5 juta dari akaun peribadi Najib sewaktu beliau bertugas sebagai pendakwa raya dalam rayuan kes saya, ia menghancurkan kredibiliti beliau sebagai seorang ejen Jabatan Peguam Negara yang tidak berat sebelah.

“Afidavit itu sedang disebar secara meluas. Saya percaya dalam Malaysia Baharu ini kita tidak boleh berkompromi dalam komitmen kita terhadap kedaulatan undang-undang dan mengembalikan kredibiliti institusi kehakiman serta para peguam,” katanya.

Menurutnya, salah guna kuasa seperti itu tidak patut dibenarkan berterusan, dan mesti ada pihak yang bertanggungjawab.

“Saya gesa pihak yang bertanggungjawab untuk menjaga institusi kita mempertimbang langkah-langkah memperbetul keadaan supaya rakyat Malaysia, malah juga dunia yakin terhadap integriti sistem perundangan kita,” katanya.

Peguam Najib Ditahan Dan Bakal Didakwa Pagi Ini


Jika anda ada pertanyaan/cadangan/saranan atau ingin menghubungi kami secara terus silalah hubungi kami melalui RUANGAN PESANAN INI atau boleh terus hubungi kami diruangan LIVE CHAT INI ataupun ruangan komen di bawah.

Dan Jangan Lupa Like/Follow Laman Facebook Kami Terlebih Dahulu Agar Anda Menjadi Orang Yang Terawal Mengetahui Segala Informasi Yang Terkini.

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang apa sahaja informasi yang berkaitan seperti tajuk artikel ini ( ) ,anda bolehlah join GROUP/KUMPULAN FACEBOOK kami yang mana kini telah melebihi 200,000 ahli.

Pastikan anda SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI terlebih dahulu agar membolehkan anda melihat kandungan yang kami kongsikan secara eksklusif.


https://www.kecoh.info/2018/09/peguam-najib-ditahan-dan-bakal-didakwa.html

Open Comments