Skip to main content
THEATER MODE

Akhirnya Bukti Dokumen Derma RM 2.6 Bilion Kepada Najib Didedahkan


Akhirnya Bukti Dokumen Derma RM 2.6 Bilion Kepada Najib Didedahkan
Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melalui satu perkongsian di laman facebooknya memuat naik beberapa keping dokumen yang dinyatakan sebagai bukti derma RM 2.6 bilion daripada kerajaan Arab Saudi.

Dokumen-dokumen membabitkan perjanjian pembiayaan kewangan daripada bekas pemerintah Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz itu dimuat naik bersama-sama dengan satu kenyataan.

Salah satu dokumen berkenaan yang tertera perkataan ‘Recognition of Contribution to the Islamic World’ atau pengiktirafan sumbangan kepada dunia Islam itu bertarikh 1 Februari 2011. Manakala dua lagi dokumen membabitkan bukti transaksi bertarikh 24 Februari dan 25 November, tahun yang sama.

Najib pada masa yang sama turut memberitahu bahawa sumbangan tersebut diberikan oleh pemerintah Arab Saudi berkenaan kerana bimbang dengan situasi semasa akibat Arab Spring yang melanda banyak negara Islam di Timur Tengah.

”Ini berlaku selepas Kebangkitan Arab atau Arab Spring pada lewat 2010 di kalangan negara Islam di Timur Tengah dan Afrika termasuk negara sekutu Arab Saudi.

”Almarhum Raja Abdullah sangat bimbang ketika itu dan bertindak membiayai pemimpin dan kerajaan negara Islam dengan sejumlah wang yang banyak bagi mengekalkan kestabilan.

”Pada masa itu, harga minyak paling tinggi dan Arab Saudi memperoleh pendapatan yang banyak hasil darinya,’‘ katanya.

Manakala sumbangan berkenaan disalurkan kepadanya setelah Almarhum Raja Abdullah selepas mendapat tahu ada kemungkinan berlakunya Malaysia Spring pada ketika itu memandangkan Malaysia juga merupakan sebuah negara Islam, biarpun jauh daripada negara-negara Arab yang lain.

”Pada 1 Februari 2011, Putera Abdulaziz Al-Saud menulis kepada saya, memberitahu bahawa Arab Saudi akan menyediakan US$100 juta (RM415 juta) kepada saya bagi tahun 2011.

”Dokumen pemindahan wang SWIFT bagi tahun 2011 menunjukkan yang US$20 juta dipindahkan daripada akaun Putera Faisal bin Turkey bin Al Saud dan US$80 juta dipindahkan daripada akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi kepada saya,” katanya lagi.

Najib turut menjelaskan bahawa dokumen tersebut merupakan dokumen pertama yang dihantar oleh pemerintah Arab Saudi kepadanya, sebelum disusuli dengan beberapa sumbangan untuk tahun-tahun berikutnya.

Tambah Najib, semua dokumen tersebut turut disertakan semasa dana-dana berkenaan dipindahkan ke akaun peribadinya di Ambank, selain dalam pengetahuan Bank Negara Malaysia yang tidak pernah mempersoalkan atau menyatakan kebimbangan terhadap sumbangan tersebut.

Selain itu katanya, Kementerian Luar Arab Saudi sendiri sebanyak dua kali telah mengesahkan pemberian dana berkenaan sebelum ini, biarpun Almarhum Raja Abdullah di peringkat awal tidak mahu pemberian sumbangan tersebut diuar-uarkan kepada orang ramai.

Berkenaan dengan tujuan dana tersebut, Najib memberitahu sebahagian besarnya digunakan untuk operasi politik Barisan Nasional. Ini termasuklah peruntukkan untuk membeli van bagi UMNO Johor, yang kemudian disita oleh kerajaan semasa.

Katanya lagi, selain sumbangan wang ringgit, antara lain pemberian Raja Abdullah adalah kelambu Kaabah – kain kiswah Kaabah dan penambahan kuota haji 20 ribu untuk jemaah haji Malaysia.













Akhirnya Bukti Dokumen Derma RM 2.6 Bilion Kepada Najib Didedahkan

Sekiranya anda ada cadangan atau apa sahaja pertanyaan mahupun perlukan bantuan sila hubungi kami melalui RUANGAN PESANAN INI.

Dan Jangan Lupa Like/Follow Laman Facebook Kami Terlebih Dahulu Agar Anda Menjadi Orang Yang Terawal Mengetahui Segala Informasi Yang Terkini.

Sekiranya anda ingin melihat video-video terbaru dan terkini anda bolehlah SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI terlebih dahulu agar membolehkan anda melihat kandungan yang kami kongsikan secara eksklusif.


Open Comments

You Might Also Like:

Loading...