Skip to main content
THEATER MODE

Video Timbalan Menteri Intai Dan Rakam Bawah Kain Wanita


Pembantu Timbalan Menteri Intai Dan Rakam Bawah Kain Wanita
Kecoh di media sosial tentang video yang sedang tular dan hangat diperkatakan tentang satu rakaman CCTV yang mana seorang lelaki telah mengintai bawah kain wanita dan merakamnya dengan telefon bimbit.

Pembantu kepada seorang timbalan menteri persekutuan disebut dalam aduan gangguan seksual oleh seorang pakar optik, yang berkata dia merakam video bawah kainnya semasa dia sibuk menjalankan pemeriksaan mata ke atas majikannya.

Menurut laporan polis yang dilihat FMT, pakar optik itu sedang memeriksa Timbalan Menteri Azis Jamman di satu kedai di satu pusat beli-belah di Kuala Lumpur semalam, apabila dia perasan seorang lelaki, yang duduk dibelakangnya, meletakkan video bawah kainnya.

Rakaman CCTV menunjukkan lelaki itu meletakkan telefon bimbit berdekatan kain pakar optik itu semasa dia sedang memeriksa penglihatan Azis Jamman.

"Semasa saya berpusing mengadap skrin di sebelah, saya perasan lelaki tersebut memegang 1 telefon bimbit dan sedang merakam. Selepas melihat rakaman CCTV saya dapati lelaki tersebut telah merakam saya dari bawah skirt," kata pakar optik itu dalam laporan polisnya.

Ketika dihubungi, balai polis di mana laporan itu difailkan menafikan ada aduan seperti itu.

Bagaimanapun, Azis Jamman mengesahkan kejadian itu kepada media, dan menambah pegawai itu sudah dipecat.

"Saya tak boleh terima tingkah laku seperti itu. Saya terkejut melihat video itu," katanya.

Beliau berkata dia ke pakar optik itu ditemani isteri dan pembantu.

Atas permintaannya, Azis Jamman berkata pembantu itu mengikutinya ke bilik konsultasi.

"Saya bawa pembantu saya kerana saya tidak mahu bersendirian dengan seorang perempuan lain. Saya mahu pembantu saya jadi saksi, itu sahaja," katanya.

Tetapi "saksi" itu ada muslihat yang tidak baik, dan Azis Jamman bersemuka dengannya selepas melihat rakaman CCTV.

"Saya pecat dia berkuatkuasa serta-merta," tambahnya.

Pembantu Timbalan Menteri Intai Dan Rakam Bawah Kain Wanita


Sekiranya anda ada cadangan atau apa sahaja pertanyaan mahupun perlukan bantuan sila hubungi kami melalui RUANGAN PESANAN INI.

Dan Jangan Lupa Like/Follow Laman Facebook Kami Terlebih Dahulu Agar Anda Menjadi Orang Yang Terawal Mengetahui Segala Informasi Yang Terkini.

Sekiranya anda ingin melihat video-video terbaru dan terkini anda bolehlah SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI terlebih dahulu agar membolehkan anda melihat kandungan yang kami kongsikan secara eksklusif.


https://www.kecoh.info/2018/09/Video.CCTV.Pembantu.Timbalan.Menteri.Kantoi.Intai.Dan.Rakam.Bawah.Kain.Wanita.html

Open Comments

You Might Also Like:

Loading...