Skip to main content
THEATER MODE

Rupanya Tun Mahathir Yang Suruh Najib Tangkap Anwar Dedah Pendakwa Raya?


Rupanya Tun Mahathir Yang Suruh Najib Tangkap Anwar Dedah Pendakwa Raya?
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa telah mendesak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar melantik Tan Sri Shafee Abdullah sebagai pendakwa raya khas dalam perbicaraan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shafee dalam satu kenyataan hari ini mendakwa, Najib sebenarnya tidak begitu berminat dengan idea pelantikannya itu.

"Sebab beliau (Najib) mahu jaga hati Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Gani Patail. Malah beliau paling keberatan."

"Tapi Tun Mahathir beria mahu saya dilantik sebagai pendakwa raya khas dalam kes Anwar sebab beliau (Tun Mahathir) tidak yakin Pejabat Peguam Negara boleh menang."

"Mungkin sebab mereka telah kalah dalam kes liwat II di Mahkamah Tinggi sebelum itu. Mereka juga kalah sebelumnya di mahkamah Persekutuan dalam kes liwat I," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Shafee lagi, beliau telah dipanggil ke Yayasan Perdana di Putrajaya pada tahun 2013 untuk bertemu dengan Mahathir.

"Tun Mahathir beritahu saya sendiri Najib baru meninggalkan Yayasan Perdana selepas beliau berjaya memujuk Najib agar meyakinkan Peguam Negara melantik saya. Bagi kes itu."

"Matthias Chang (bekas setiausaha politik Tun Mahathir) kata pada saya, pelantikan saya ini salah satu daripada enam permintaan Tun Mahathir kepada Najib, kalau tak beliau akan menentang Najib," katanya.

Pendedahan Shafee ini sebagai menafikan maklumat baharu daripada Pejabat Peguam Negara yang mendakwa beliau menerima RM9.5 juta daripada Najib sebelum perbicaraan kes liwat tersebut.

Kelmarin, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sudah menerima afidavit mengesahkan dakwaan pembayaran dibuat kepada Shafee yang ditandatangani oleh pegawai Jabatan Peguam Negara.

Katanya, pelantikan seorang pendakwa raya bukanlah amalan biasa bagi Peguam Negara dan lebih ganjil lagi yang dilantik itu seorang kenalan rapat Najib.

Kata Anwar lagi, apabila Shafee menerima RM 9.5 juta dari akaun peribadi Najib sewaktu beliau bertugas sebagai pendakwa raya dalam rayuan kes, ia menghancurkan kredibilitinya sebagai seorang ejen Jabatan Peguam Negara yang tidak berat sebelah.

Rupanya Tun Mahathir Yang Suruh Najib Tangkap Anwar Dedah Pendakwa Raya?


Sekiranya anda ada cadangan atau apa sahaja pertanyaan mahupun perlukan bantuan sila hubungi kami melalui RUANGAN PESANAN INI.

Dan Jangan Lupa Like/Follow Laman Facebook Kami Terlebih Dahulu Agar Anda Menjadi Orang Yang Terawal Mengetahui Segala Informasi Yang Terkini.

Sekiranya anda ingin melihat video-video terbaru dan terkini anda bolehlah SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI terlebih dahulu agar membolehkan anda melihat kandungan yang kami kongsikan secara eksklusif.


Open Comments

You Might Also Like:

Loading...