Skip to main content
THEATER MODE

Keadaan Terkini Tan Sri Muhyiddin Yassin


Keadaan Terkini Tan Sri Muhyiddin Yassin Sempena Sambutan Ulangtahun PPBM
Sentiasa ingat untuk laksanakan janji kepada rakyat, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, di kala rakyat sedang memerhati semua tindakan kerajaan Persekutuan kini, maka perlu dielakkan sikap cuai sehingga dianggap tidak amanah kerana melanggar janji sendiri.

"Bagi ahli-ahli parti yang memegang jawatan dalam kerajaan, baik di peringkat persekutuan, negeri atau majlis tempatan, sentiasalah kita bermuhasabah dan mengingatkan diri kita supaya melaksanakan janji-janji kita kepada rakyat.

"Jangan kita bertindak cuai sehinggakan kita dilihat sengaja melanggar janji kita sendiri untuk menegakkan sebuah kerajaan yang berintegriti dan beramanah.

"Rakyat sedang memerhati dan menilai tindak tanduk kita. Jaga imej kita sebagai parti yang memerintah supaya rakyat terus yakin dengan kemampuan kita untuk mentadbir negara dengan baik," katanya ketika berucap di Sambutan Kedua PPBM.

Muhyiddin yang tidak dapat menghadiri sambutan itu kerana keadaan kesihatannya menyampaikan ucapannya menerusi rakaman video.

Tambah Menteri Dalam Negeri itu lagi, masih banyak janji rakyat yang perlu dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.

"Perkara utama yang perlu diberikan perhatian oleh Pakatan Harapan ialah pelaksanaan manifesto yang terkandung di dalam Buku Harapan.

"Alhamdulillah, dalam tempoh 100 hari pemerintahan PH, kita telah berjaya melaksanakan sebahagian janji-janji utama kepada rakyat.

"Masih banyak janji-janji yang perlu kita laksanakan dalam tempoh 5 tahun akan datang. Antara yang paling utama ialah meringankan beban kos sara hidup rakyat," jelas beliau.

Muhyiddin dalam masa yang sama turut mengingatkan agar semua ahli PPBM menjaga hubungan sesama sendiri juga pertalian dan perpaduan bersama Pakatan Harapan.

Beliau juga menasihatkan ahli-ahli parti supaya mengelakkan amalan berpuak-puak.

"Jagalah hubungan baik sesama kita. Sentiasalah bersangka baik atau husnu zan dengan rakan- rakan kita.

"Jangan kita memperbesarkan kelemahan orang lain sehingga menimbulkan prasangka dan pergaduhan sesama sendiri.

"Jangan kita wujudkan kem-kem dan kumpulan- kumpulan di dalam parti. Ini semua budaya buruk yang akan menyebabkan perpecahan. Elakkanlah perkara ini.

"Kita juga mestilah memperkukuhkan Pakatan Harapan dengan menjalin kerjasama yang lebih erat antara parti-parti anggota PH," katanya lagi.

Keadaan Terkini Tan Sri Muhyiddin Yassin Sempena Sambutan Ulangtahun PPBM


Sekiranya anda ada cadangan atau apa sahaja pertanyaan mahupun perlukan bantuan sila hubungi kami melalui RUANGAN PESANAN INI.

Dan Jangan Lupa Like/Follow Laman Facebook Kami Terlebih Dahulu Agar Anda Menjadi Orang Yang Terawal Mengetahui Segala Informasi Yang Terkini.

Sekiranya anda ingin melihat video-video terbaru dan terkini anda bolehlah SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI terlebih dahulu agar membolehkan anda melihat kandungan yang kami kongsikan secara eksklusif.


Open Comments

You Might Also Like:

Loading...