Skip to main content
THEATER MODE

Datuk Seri Najib Tun Razak Ditahan Dan Bakal Didakwa


Datuk Seri Najib Tun Razak Ditahan Dan Bakal Didakwa
Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan oleh SPRM hari ini. Ianya disahkan sendiri oleh SPRM dan dipercayai ianya ada hubungan dengan siasatan kes 1MDB.

Dikatakan sebanyak RM2.6 billion telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memetik kenyataan media tempatan, Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditahan oleh pada jam 4.13 petang di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

SPRM juga memaklumkan akan berkerjasama penuh dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk merakam percakapan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum beliau dibawa ke mahkamah esok untuk pendakwaaan.

Yang mana ianya adalah untuk membantu siasatan pihak polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

"Najib akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara."

"Najib akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok (20 September), jam 3.00 petang untuk pertuduhan di mahkamah," katanya.

Dengan penahanan Datuk Seri Najib Tun Razak, ini bermakna Datuk Seri Najib Tun Razak akan sekali lagi terpaksa bermalam di lokap SPRM.

Dan untuk rekod Datuk Seri Najib Tun Razak telah dihadapkan ke mahkamah kali yang ketiga termasuk esok.

Kalau sebelum ini, Datuk Seri Najib Tun Razak yang pernah menjawat jawatan presiden Umno itu telah dikenakan tujuh dakwaan berhubung syarikat subsidiari 1MDB, SRC International Sdn.

Yang mana tuduhan dan dakwaan itu berkaitan dengan pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa semasa berada menjadi perdana menteri.

Beberapa hari yang lalu pihak media tempatan ada melaporkan tentang bahawa isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor juga mungkin berdepan sehingga 20 dakwaan jenayah tidak lama lagi yang mana kebanyakannya berkaitan dengan pengubahan wang haram.

Untuk makluman juga, Jumaat lepas peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga dikenakan empat pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan RM9.5 juta yang diterimanya daripada Najib.


Datuk Seri Najib Tun Razak Ditahan Dan Bakal Didakwa


Jika anda ada pertanyaan/cadangan/saranan atau ingin menghubungi kami secara terus silalah hubungi kami melalui RUANGAN PESANAN INI atau boleh terus hubungi kami diruangan LIVE CHAT INI ataupun ruangan komen di bawah.

Dan Jangan Lupa Like/Follow Laman Facebook Kami Terlebih Dahulu Agar Anda Menjadi Orang Yang Terawal Mengetahui Segala Informasi Yang Terkini.

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang apa sahaja informasi yang berkaitan seperti tajuk artikel ini ( Datuk Seri Najib Tun Razak Ditahan Dan Bakal Didakwa ) ,anda bolehlah join GROUP/KUMPULAN FACEBOOK kami yang mana kini telah melebihi 200,000 ahli.

Pastikan anda SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI terlebih dahulu agar membolehkan anda melihat kandungan yang kami kongsikan secara eksklusif.


Open Comments

You Might Also Like:

Loading...