Skip to main content
THEATER MODE

Bekas Menteri Besar Selangor Meninggal Dunia


Bekas Menteri Besar Selangor Meninggal Dunia
Tan Sri Abu Hassan Omar yang pernah menjadi menteri besar Selangor ke-12 dilaporkan meninggal dunia, malam ini.

Memetik dari laporan Sinar Harian, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Colombia sebentar tadi dipercayai akibat masalah jantung.

Urusan pengkebumian dijangka dibuat esok.
Abu Hassan menjadi menteri besar Selangor dari 1997 sehingga 2000.

Abu Hassan mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Muhammad Muhd Taib selepas meletak jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Allahyarham juga pernah dilantik menjadi pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Kami di Kecoh Dot Info mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan dan kenalan Allahyarham. Al-Fatihah.

Bekas Menteri Besar Selangor Meninggal Dunia


Sekiranya anda ada cadangan atau apa sahaja pertanyaan mahupun perlukan bantuan sila hubungi kami melalui RUANGAN PESANAN INI.

Dan Jangan Lupa Like/Follow Laman Facebook Kami Terlebih Dahulu Agar Anda Menjadi Orang Yang Terawal Mengetahui Segala Informasi Yang Terkini.

Sekiranya anda ingin melihat video-video terbaru dan terkini anda bolehlah SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI terlebih dahulu agar membolehkan anda melihat kandungan yang kami kongsikan secara eksklusif.


https://www.kecoh.info/2018/09/Bekas.Menteri.Besar.Selangor.Meninggal.Dunia.html

Open Comments