Skip to main content
THEATER MODE

Filem Langsuir Lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha


Filem Langsuir Lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha
Filem Langsuir Lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha akan mula ditayangkan di pawagam pada 20 September ini.

Terbitan Guam Teamwork Sdn Bhd dan kerjasama produksi Nuansa Films. Diarahkan oleh pengarah terkenal Osman Ali.

Para Pelakon
Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Julia Farhana Marin, Firdaus Nadxaman, Shahkimin, Halim Radzi, Daaim Jailani, Nazri John, Naza Manas.

Lagu Tema /OST
Lara Suri - Hannah Delisha

Sinopsis Filem Langsuir
Menceritakan kisah cinta dua dunia antara Azlan dan Suri. Mereka bertemu ketika Azlan dan kawan-kawannya berkunjung ke pulau terlarang bernama Pulau Langsuir. Azlan yang jatuh cinta dengan Suri tidak mengetahui bahawa Suri adalah langsuir yang mendiami pulau itu.

Zaman irihati dengan hubungan Azlan dan Suri telah merancang untuk menikam paku tajam ke kepala Suri untuk melihat sejauh mana kebenaran mitos mengatakan langsuir akan kekal menjadi perempuan cantik jika kepalanya ditebuk paku. Tindakan Zaman telah berjaya dengan bantuan Kamal namun telah menimbulkan kemarahan Dewi, kakak Suri.

Dewi nekad mahu membalas dendam dan menghancurkan Zaman serta rakan-rakannya. Mampukah cinta antara dua dunia bertahan atau terkubur demi menyelamatkan sebuah persahabatan?

Filem Langsuir Lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha


Open Comments

You Might Also Like:

Loading...