Skip to main content
THEATER MODE

Seorang Pemimpin Pakatan Harapan Meninggal Dunia


Seorang Pemimpin Pakatan Harapan Meninggal Dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin telah menghembuskan nafas terakhir hari ini.

Perkara ini disahkan oleh anak Allahyaham, Atiqah Shaharuddin.

"Jenazah akan dibawa pulang ke rumah selepas Maghrib di alamat No 15, Jalan Pinggiran Putra 2/3 Desa Pinggiran Putra 43000 Kajang, Selangor," umum Atiqah melalui sebuah kenyataan.

Allahyarham Shaharuddin yang berusia 56 tahun, dikatakan menghidap kanser usus (Colon Cancer) tahap empat.

Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dan juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau adalah bekas Timbalan Naib Canselor UNISEL dan Ahli Lembaga Pengarah Institut Darul Ehsan (IDE).

Shaharuddin dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN) Selangor selepas memenangi kerusi DUN Seri Setia pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Seorang Pemimpin Pakatan Harapan Meninggal Dunia


https://www.kecoh.info/2018/08/Seorang.Pemimpin.Pakatan.Harapan.Meninggal.Dunia.html

Open Comments

You Might Also Like:

Loading...