Skip to main content
THEATER MODE

Resepi Murtabak Maggi Ayam


Resepi Murtabak Maggi Ayam
Resepi ini telah diminta/request oleh follower kami di group/kumpulan facebook kami. Jadi kami siapkannya.

Bahan-bahan
  • 4 peket maggi - direbus mee saja
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 biji telur
  • 1 batang carrot
  • Isi ayam dan chicken ball secukupnya
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 4 peket serbuk perisa maggi
  • Sedikit daun sup dan bawang

*Paket serbuk maggi jangan dibuang boleh diguna sebagai bahan perisa.

Cara-cara:

1. Bersihkan isi ayam serta chicken ball dan potong semua menjadi ketulan kecil. Kupas semua bawang dan diracik halus kemudian bersihkan carrot dan dipotong kecil-kecil. Bersihkan daun bawang dan sup serta diracik halus juga. Rebus mee maggi sehingga kembang dan tos kemudian ketepikan dulu.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang sehingga menjadi layu dan wangi kemudian terus masukkan isi ayam kacau, masukkan chicken ball, carrot, daun sup/ daun bawang dan kacau semua bahan sehingga isi ayam masak. Masukkan sepeket serbuk perisa maggi dan kacau.

3. Masukkan semua mee maggi, tepung jagung kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau semua bahan-bahan ni. Masukkan serbuk perisa maggi secukupnya dan rasa jika kurang masin boleh la ditambah lagi serbuk perisa maggi atau bahan-bahan lain kemudian kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan rata. Fungsi tepung jagung supaya adunan mee dan bahan-bahan lain melekat.

4. Panaskan frying pan dengan sedikit minyak dan goreng murtabak ni sehingga masak. Angkat dan tos serta boleh dihidangkan.

Nampak mudah dan sedap je kan kan resepi dan gambar-gambar/video marvelous di atas ni?

Gulp. Tak boleh tengok lama lama ni, nanti mengidam susah hahaha.

Okay selamat mencuba semua~! Daa~ wassalam!

Resepi Murtabak Maggi Ayam


https://www.kecoh.info/2018/08/Resepi.Murtabak.Maggi.Ayam.html

Open Comments