Skip to main content
THEATER MODE

Wak Doyok Sertai Parti Amanah Mendapat Perhatian Netizens


Wak Doyok Sertai Parti Amanah Mendapat Perhatian Netizens

Sebut saja Wak Doyok apa yang anda terbayang tentang selebriti tersebut? Mesti pelbagai andaian bagi mereka yang mengikuti perkembangan selebriti itu ataupun perkembangan politik tanahair hari ini.

Nampaknya politik bukan sahaja didominasi oleh golongan berumur ini kerana di dalam negara Malaysia hari ini, semua sudah terdedah dan bijak memahami selok belok politik. Jangan kata remaja atau orang muda, bahkan kanak-kanak sudah pandai bermain isu politik.

Ini menunjukkan negara kita hampir menuju ke arah negara yang maju dengan bertambah atau semakin ramai yan celik dan pandai untu menilai sesuatu perkara termasuklah cerita politik.

Berbalik kepada kisah selebriti tersebut, politik yang melibatkan selebriti bermisai lentik, Wak Doyok, seakan tiada kesudahannya memandangkan ada saja kisah baru melibatkannya menarik perhatian netizens.

Memetik satu laporan yang telah diterbitkan oleh satu portal berita atas talian, pereka fesyen tempatan itu pernah dilihat menghadiri majlis-majlis berkaitan BN namun beliau mendakwa kehadirannya hanya kerana memenuhi undangan dan menambah pendapatan.

Malah, sebelum ini juga beliau pernah mengaku menjadi ahli Pas sejak 1998 dan terbaru, sekali lagi kisahnya menjadi tumpuan apabila jejaka berusia 38 tahun ini dikatakan menyertai Amanah pula pada minggu lepas.

"Saya baru saja serah borang di pejabat cawangan baru, Seksyen 13 Shah Alam. Saya difahamkan mungkin proses untuk mendapatkan nombor keahlian boleh memakan masa hingga sebulan.

"Saya sayang pucuk pimpinan lama seperti Mohamad Sabu, Khalid Abdul Samad, Salahuddin Ayub dan Dr Dzulkefli Ahmad. Dr Dzulkefli itu bapa mertuanya menjadi imam di surau tempat saya, jadi memang rapat dengan keluarganya.

"Saya memang bergiat aktif untuk masyarakat sejak dulu, kali ini saya ingin mengajak anak-anak muda agar menjadi bangsa lebih dihormati di mata antarabangsa dan membantu membentuk belia yang mempunyai perancangan masa depan,” katanya.

Menyedari tindakannya itu menerima kecaman daripada netizens, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor menegaskan tiada yang pelik dengan tindakannya itu kerana Malaysia adalah negara demokrasi.

"Yang tidak berpuas hati, mereka tiada hak untuk menghalang kerana ini pilihan individu malah mereka tidak boleh sekat sesiapa untuk masuk mana-mana parti.

"Nak cakap saya lalang atau masuk sebab jawatan itu, terpulang kerana yang penting saya tahu apa yang diperjuangkan.

"Yang banyak cakap itu, entah-entah belum pun mendaftar sebagai pengundi," katanya memetik laporan dari artikel sebuah portal atas talian tersebut.

Wak Doyok Sertai Parti Amanah Mendapat Perhatian Netizens


https://www.kecoh.info/2018/07/wak-doyok-sertai-parti-amanah-mendapat.html

Open Comments