Skip to main content
THEATER MODE

Kerajaan Sekarang Tidak Adil Dan Penipu?


Kerajaan Sekarang Tidak Adil Dan Penipu?
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkritik kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan kerana tidak menepati manifesto mereka dalam isu pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Menulis dalam laman Facebooknya, Najib menegaskan adalah tidak adil dan tidak betul apabila parti politik mendapat kuasa dengan menipu rakyatnya.

Menurutnya, rakyat selepas ini tidak seharusnya terus menerima apa saja alasan dikemukakan kepimpinan Harapan dalam masa lima tahun mendatang.

"Kami di pihak BN merancang manifesto PRU14 dengan sangat teliti malah kami berulang kali melihat dan mengkaji semula kerana saya mahu pastikan setiap janji dibuat mampu ditepati.

"Mungkin kami terlalu berhati-hati dan hanya janjikan perkara yang kami boleh tunaikan. Mungkinkah saya ambil pendekatan berbeza? Tidak sama sekali.

"Saya bercakap mewakili rakyat dan akan menuntut supaya kerajaan Harapan menunaikan manifestonya kerana janji adalah janji," katanya dalam kenyataan itu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melantik Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baru.

Pelantikan Mohamad Ariff dilihat melanggar manifesto Harapan sebelum ini yang menetapkan Yang Dipertua Dewan Rakyat mestilah dalam kalangan ahli Parlimen.

Begitupun, Dr Mahathir menegaskan manifesto hanyalah panduan dan bukannya kitab yang harus dipatuhi semuanya.

Kerajaan Sekarang Tidak Adil Dan Penipu?


https://www.kecoh.info/2018/07/kerajaan-sekarang-tidak-adil-dan-penipu.html

Open Comments