Skip to main content
THEATER MODE

Gambar Najib Dan Rosmah Buat Ritual Pelik Tersebar Dan Jadi Kecoh



Gambar Najib Dan Rosmah Buat Ritual Pelik Tersebar Dan Jadi Kecoh
Satu gambar yang telah beredar dan seterusnya menjadi tular di media sosial mendapat perhatian para netizen. Ini kerana warga maya lebih suka berkongsi perkara sebegitu dilaman media sosial.

Terdahulu, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan bekas perdana menteri telah di bebaskan dari tahanan dan mengaku tidak bersalah terhadap 3 pertuduhan melakukan pecah amanah dan 1 dakwaan menyalahgunakan jawatannya membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Beliau yang kini menyandang sebagai Ahli Parlimen Pekan itu meminta dibicarakan selepas 4 pertuduhan itu dibacakan di depan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Sofian Abdul Razak.

Difahamkan bahawa hakim telah menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta untuk semua pertuduhan, di mana RM500,000 dibayar hari ini dan baki sebelum 3 petang Isnin depan, bersama 2 penjamin.

Najib juga perlu menyerahkan 2 pasportnya kepada mahkamah dan 8 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengurusan kes.

Hakim turut mencadangkan 19 hari perbicaraan kes itu pada tahun depan, dari 18 hingga 28 Februari, 4 hingga 8 Mac dan 11 hingga 15 Mac, di mana sebarang perubahan tarikh akan dilakukan bulan depan.

Terdahulu, pasukan pendakwaan yang diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas meminta ikat jamin ditetapkan pada RM4 juta, iaitu RM1 juta bagi setiap pertuduhan.

Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagaimanapun memohon hakim mengurangkan jumlah itu kepada RM500,000 hingga RM800,000 dan membenarkan anak guamnya menyerahkan geran tanah yang mempunyai nilai sama sebagai cagaran.

Bagi pertuduhan pertama, Najib didakwa sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu perdana menteri dan menteri kewangan, Advisor Emeritus SRC dan dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, melakukan pecah amanah jenayah terhadap RM27 juta.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No 55, Jalan Raja Chulan, antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ke-2, Najib didakwa sebagai perdana menteri dan menteri kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, melakukan pecah amanah jenayah terhadap RM5 juta di tempat dan tarikh sama.

Pertuduhan ke-3, Najib didakwa sebagai perdana menteri dan menteri kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, melakukan pecah amanah jenayah terhadap RM10 juta di tempat sama antara 10 Februari 2015 dan 2 Mac 2015, mengikut seksyen sama.

Bagi pertuduhan ke-4, Najib didakwa sebagai seorang pegawai badan awam, iaitu perdana menteri dan menteri kewangan, menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya berjumlah RM42 juta apabila mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Presint 1, Putrajaya, antara 17 Ogos 2011 dan 8 Februari 2012.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

SRC ialah anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Berbalik semula tentang isu gambar yang telah menjadi tular tersebut, tidak dapat disahkan ketulenan gambar tersebut namun rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk memberi komen serta pandangan masing-masing.

Di bawah ini kami sertakan tangkapan layan beberapa komen-komen dari netizen yang memperkatakan tentang gambar tersebut:






Sumber Komen-Komen: Facebook

Gambar Najib Dan Rosmah Buat Ritual Pelik Tersebar Dan Jadi Kecoh

Sumber Gambar Hiasan: Google Image | Sumber Pautan Video: Youtube

Open Comments

You Might Also Like:

Loading...