Skip to main content
THEATER MODE

Dewan Rakyat Kecoh Bila Zahid Hamidi Tuduh Tun Dr Mahathir Munafik


Dewan Rakyat Kecoh Bila Zahid Hamidi Tuduh Tun Dr Mahathir Munafik
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memuji Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming pada hari pertama beliau mempengerusikan sidang Parlimen hari ini.

Ini selepas Nga menerima penjelasan Zahid bahawa presiden Umno itu tidak menuduh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara peribadi sebagai 'munafik'.

"Ini bukan kerana kita berjiran, tapi ini contoh Yang Dipertua yang adil," kata Zahid, merujuk kepada kerusi Bagan Datuk yang terletak bersebelahan dengan Teluk Intan yang diwakili Nga.

Terdahulu, Zahid menyelar Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana gagal memenuhi manifesto pilihan raya dan mengatakan hanya golongan 'munafik' akan berbohong dan tidak menunaikan janji.

"Akujanji dalam manifesto tetap akujanji. Bukan apabila tidak boleh melakukan dalam tempoh 100 hari kononnya manifesto, akujanji ini bukan bible, bukan kitab suci.

"Tak boleh buat, tak boleh buatlah. Janganlah memesongkan dan cari alasan," kata Zahid ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong.

"Apa ciri-ciri orang munafik? Bila berjanji tidak ditepati, bila bercakap bohong, itu munafik. Bila tahu tidak boleh laksanakan jangan janji, ini penipuan," tambahnya.

Pada masa ini, RSN Rayer (HARAPAN-Jelutong) bangun dan menuntut agar Zahid menarik balik kata-kata penghinaan terhadap Mahathir.

Selepas bertikam lidah, Nga kemudian mengarahkan Zahid menjelaskan siapa yang dimaksudkan sebagai 'munafik'.

Zahid bagaimanapun berkata beliau tidak merujuk kepada sesiapa dan mengatakan menyebut perkara itu secara umum.

Nga kemudian menerima penjelasan berkenaan.

Dalam ucapan sulungnya dalam Dewan Rakyat, Nga juga menggesa semua anggota parlimen belajar daripada insiden pada hari pertama persidangan apabila Ramkarpal Singh (HARAPAN - Bukit Gelugor) diarahkan keluar dewan.

Beliau mengingatkkan agar semua anggota parlimen menjaga tingkah laku mereka agar kejadian sama tidak berulang.

Dewan Rakyat Kecoh Bila Zahid Hamidi Tuduh Tun Dr Mahathir Munafik


https://www.kecoh.info/2018/07/dewan-rakyat-kecoh-bila-zahid-hamidi.html

Open Comments