Skip to main content
THEATER MODE

Anak Lelaki Najib Kantoi Berfoya Dengan Artis Taiwan Selepas Bapa Didakwa


Anak Lelaki Najib Kantoi Berfoya Dengan Artis Taiwan Selepas Bapa Didakwa


Datuk Mohd Nazifuddin Najib, anak lelaki bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dilihat bersama seorang pelakon Taiwan di Taipei, lapor Taiwan News.

Portal dalam talian Taiwan itu menyebut Mohd Nazifuddin keluar bersama Celia Chang selepas Najib dibebaskan dengan ikat jamin susulan penahanannya pada 3 Julai lalu atas dakwaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Laporan yang memetik Apple Daily menyebut Mohd Nazifuddin dilihat makan di sebuah restoran stik dan mengambil khidmat urut di sebuah kawasan membeli-belah mewah dekat Taipei 101 pada Khamis.

Memetik laporan berkenaan, pasangan itu dilihat menghabiskan masa lebih tiga jam di restoran tersebut dan menikmati makanan bersama.

Laporan tersebut turut menyebut pasangan itu kemudian bersantai di sebuah pub selama dua jam sebelum ke hotel Grand Hyatt Taipei pada pukul 1 pagi.

Bagaimanapun, menurut laporan tersebut, jurucakap Chang telah menjelaskan bahawa Mohd Nazifuddin hanya 'rakan kepada Chang' dan wanita itu membawanya keluar sepanjang lawatannya ke Taipei.

Mohd Nazifuddin dilaporkan pulang ke Malaysia pada Jumaat. -Sumber: HK.News Apple Daily | Mstar Online

Anak Lelaki Najib Kantoi Berfoya Dengan Artis Taiwan Selepas Bapa Didakwa


Open Comments

You Might Also Like:

Loading...