Skip to main content
THEATER MODE

Akaun Cucu Najib Pun Dibekukan Dedah Anak Perempuan Najib


Akaun Cucu Najib Pun Dibekukan Dedah Anak Perempuan Najib




Nooryana Najwa yang juga anak perempuan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendakwa ada pihak mengarahkan pihak bank untuk membekukan akaun peribadi beliau dan anaknya yang baru berusia 10 bulan.

Nooryana Najwa memaklunkan lagi bahawa akaun bank anaknya itu hanya mengandungi wang berjumlah RM100 untuk menyimpan duit raya yang pertama kali diterima bayi itu.

"Sebaik saya menjamin bapa saya semalam (Rabu) menggunakan wang yang dikumpul daripada rakan-rakan dan kaum keluarga, pihak bank memaklumkan mereka menerima arahan untuk membekukan akaun peribadi yang saya gunakan untuk membayar yuran persekolahan sendiri.

"... termasuk akaun simpanan anak saya berusia 10 bulan yang mengandungi RM100 di dalamnya. Ia adalah duit raya pertamanya tahun ini.

Nooryana Najwa yang juga dikenali sebagai Yana mempersoalkan tindakan pihak kerajaan yang dianggap bersifat berdendam terhadap keluarganya.

Di bawah ini adalah petikan hantara beliau pada laman sosial facebook:



"Adakah kerajaan sangat berdendam dan mahu menyingkirkan seluruh ahli keluarga kami? Apakah kaitan simpanan anak saya dengan 1MDB?

"Adakah ini Malaysia Baru yang rakyat harapkan?," tulis Nooryana Najwa melalui catatan Facebook yang ditujukan kepada grup Malaysians for Civil Liberty (Rakyat Malaysia untuk Kebebasan Sivil).

Dilaporkan, Nooryana Najwa dan adiknya Norashman membayar jaminan sebanyak RM500,000 daripada RM1 juta di kaunter Maybank cawangan mahkamah jam 2.45 petang Rabu.

Baki sebanyak RM500,000 akan dilunaskan pada Isnin depan.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM1 juta dikenakan terhadap Najib dengan dua orang penjamin serta beliau perlu menyerahkan pasport diplomatik dan pasport awam.








SPRM Nafi Beku Akaun Cucu Najib

Memetik dari laporan berita atas talian yang mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun menafikan dakwaan pihaknya telah membekukan akaun cucu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Datuk Seri Azam Baki yang juga Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM membuat penafian itu dan dipetik sebagai berkata:

“Akaun cucu Najib tidak pernah dibekukan,” Ujarnya kepada pihak media yang bertanyakan tentang isu tersebut.

Terdahulu, anak Najib, Nooryana Najwa mempertikaikan tindakan kerajaan membekukan akaun peribadinya dan juga anaknya berusia 10 bulan selepas beliau selesai membayar jaminan untuk bapanya, semalam.

Beliau telah memuat naik rasa tidak puas hati itu dalam laman Facebook miliknya mendakwa pihak bank menghubunginya dan memaklumkan mereka menerima arahan untuk membekukan akaunnya, semalam.








NGO Bidas Penafian SPRM Berkaitan Beku Akaun Cucu Najib Dan Akan Lapor Polis

Pemantau Malaysia Baru membidas kenyataan dibuat oleh Timbalan Ketua Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohd Azam Baki semalam yang menafikan pembekuan akaun cucu kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Presidennya Datuk Lokman Noor Adam berkata, akaun cucu Najib itu dibuka atas nama ibunya Nooryana Najwa kerana Adam masih berusia 10 bulan yang menjadi peraturan bank tidak dibenarkan untuk membuka akaun atas nama kanak-kanak di bawah umur.

“SPRM nak nafi? Memanglah akaun atas nama ibu sebab Adam masih bayi, tapi tak faham ke erti Junior Saver (Adam) 7069275734 CIMB, Ada ke mak orang pakai Junior Account,” soalnya, menerusi aplikasi whatsapp yang dihantar kepada media pagi ini.

Sebagai bantahan kepada tindakan pihak SPRM membeku akaun cucu kepada bekas perdana menteri itu satu himpunan dipanggil sebagai ‘Himpunan Anti Pembekuan Akaun Kanak-kanak’ akan diadakan di hadapan Sogo jam 9 malam ini.

Ia bertujuan untuk mengajak penyokong berkumpul dan membuat laporan polis terhadap Timbalan Ketua Operasi SPRM Datuk Mohd Azam Baki dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Laporan polis itu dijangka akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Jalan Campbell Kuala Lumpur.

“Pertama laporan ini berhubung tindakan SPRM membekukan akaun Adam, cucu Datuk Seri Najib yang disyaki mempunyai unsur membalas dendam.

“Keduanya, laporan keatas Perdana Menteri yang memenangi pilihan raya dengan memfitnah Datuk Sri Najib mencuri RM2.6bilion dari 1MDB sedangkan ianya tiadapun dalam pertuduhan semalam dan kenyataan Peguam Negara bahawa tiada pertuduhan lain keatas beliau akan dibuat,” ujar Ahli Majlis Tertinggi Umno ini lagi.

Pemantau Malaysia Baru juga akan mengadakan solat Hajat dengan kerjasama dengan NGO Barisan 33 di Surau Al Abbas Alhabshi di Flat PPR Laksamana Jalan Peel, malam ini.

“Semua rakyat Malaysia dijemput untuk menghadiri ketiga-tiga program tersebut.

“Tiada apa yang perlu anda takut, kita bebas perhimpun secara aman, marilah kita sama-sama hadir bagi menyatakan bantahan kita terhadap Politik Dendam dan kezaliman pemerintah yang semakin berleluasa sekarang. Kita akan turun pakai baju putih,” ujarnya.

Semalam hmetro online melaporkan penafian dibuat oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki susulan dakwaan anak perempuan Najib iaitu Nooryana Najwa mengenai akaun anaknya dibekukan.

“Akaun cucu (Najib) tidak pernah dibekukan,” kata Mohd Azam seperti dipetik hmetro online.

Semalam di laman facebook milik Nooryana Najwa mendakwa sama ada kerajaan berdendam dengan seluruh keluarganya selepas akaun bank peribadi dia dan anak lelakinya dibekukan.

Turut dibekukan akaun Norashman, anak bungsu Najib.








PM nafi beku akaun cucu Najib tindakan balas dendam

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan tindakan pembekuan akaun cucu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu perbuatan untuk membalas dendam.

Jelas beliau, jika ahli keluarga Najib tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut dan menganggap ia adalah satu kesalahan maka mereka boleh membawa perkara tersebut kepada mahkamah.

“Balas dendam apa? yang dia buat dulu lebih lagi masa itu kita tidak mengadu, semua kawan-kawan saya dihalau tidak bagi berkawan dengan saya malah akaun mereka telah dibekukan tetapi kita tak ada mengadu.

“Ini adalah tuduhan apa nak tuduh dia boleh tuduhlah, sebab dia salah kalau dia kata ini (beku akaun) salah, dia boleh bawa ke mahkamah,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu (Presiden Amanah); Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran (Naib Presiden Kebangsaan DAP).

Semalam, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa mempersoalkan kewajaran pihak bank membekukan akaun anak lelakinya yang berusia 10 bulan.

Dalam satu catatan di Facebook beliau, Nooryana Najwa memberitahu, akaun anaknya itu mengandungi hanya RM100 yang merupakan duit raya pertamanya tahun ini.

Beliau juga mempersoalkan sama ada kerajaan baharu hari ini sangat berdendam sehingga ingin menyingkirkan kesemua anggota keluarganya yang kini sedang menyiasat kes syarikat pelaburan 1MDB.

Dalam pada itu, Nooryana Najwa mendakwa akaun peribadi beliau yang digunakan untuk membayar yuran pembelajaran sendiri turut dibekukan.

Akaun Cucu Najib Pun Dibekukan Dedah Anak Perempuan Najib

Sumber Gambar Hiasan: Google Image | Sumber Pautan Video: Youtube

Open Comments

You Might Also Like:

Loading...