Skip to main content
THEATER MODE

YDP Agong Sindir Ahli Parlimen "Sila Duduk & Jangan Lari"


YDP Agong Sindir Ahli Parlimen "Sila Duduk & Jangan Lari"
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berseloroh apabila baginda menitahkan supaya semua Ahli Parlimen duduk dan tidak lari sebelum memulakan titah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

“Ahli Yang Berhormat, sila duduk dan jangan lari,” titah baginda sambil tersenyum.

Ia sekali gus menceriakan suasana pagi pembukaan sidang Dewan Rakyat.

Dalam titah baginda selepas itu, Sultan Muhammad V mahu supaya Ahli Parlimen yang dipilih menggalas tugas tugas dan titipan amanah yang diberikan dengan jujur serta penuh dedikasi.

Menurut baginda, pemilihan berkenaan adalah satu tanggungjawab yang besar yang harus dipikul dengan penuh wibawa.

Justeru, baginda percaya Ahli Parlimen akan mengambil bahagian dalam perbahasan yang sihat, matang dan dapat merangsang dinamik berfikir.

"Bukan untuk mencari pihak yang benar tetapi untuk menemukan apa yang baik lagi benar, memberi cadangan, teguran dengan penuh berhemah dan bijaksana, penuh kesopanan bertatasusila, supaya institusi Parlimen terus dihormati, dipandang tinggi oleh rakyat serta dunia luar," titahnya dalam ucapan tersebut.

YDP Agong Sindir Ahli Parlimen "Sila Duduk & Jangan Lari"


Open Comments

You Might Also Like:

Loading...